• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Bahaya Bebola Kristal (Colour Crystal Ball)

Bahaya Bebola Kristal (Colour Crystal Ball)

By Hazmin Hamudin | 3 November 2011 | 9 Comments

Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairuddin

Pada bulan Ogos hari tu colour crystal ball di haramkan penjualannya oleh kerajaan kepada orang ramai kerana produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan. Bagi yang tidak tahu, colour crystal ball ataupun dikenali juga dengan nama seeds growing kits digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu ataupun baja tanaman hiasan.

Tetapi baru sahaja beberapa bulan produk tersebut diharamkan oleh kerajaan, seorang kanak-kanak perempuan yang menanggung kesakitan terpaksa dibedah kelmarin selepas menelan beberapa biji colour crystal ball (bebola kristal) di hadapan rumahnya di Perkampungan Sri Mahkota Jaya di sini pada 26 Oktober lalu.

Nampaknnya langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengharamkan produk tersebut sememangnya tepat dan betul selepas berlakunya kejadian seperti ini yang boleh meragut nyawa kanak-kanak lain.

Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Khairudin Harun, 29, kejadian disedari oleh isterinya, Siti Aishah Yusof, 27, yang berada di rumah tetapi menyangka anaknya itu mengunyah gula-gula.

“Namun, selepas diteliti barulah perasan bahawa itu bukan gula-gula, tetapi bebola jeli kristal. Isteri saya sempat mengambilnya, namun dua daripada tiga biji bebola itu telah ditelan anak kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Sumber

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • chii 6 November 2011 at 12:42 AM

    bahaya kan menda ni..dia akan mengembang bila kena air..selagi air ada..selagi tu dia kembang..masuk plak kat usus si kecik..mmg xkan kecut la dibuatnya

    Reply
  • titan 4 November 2011 at 11:57 PM

    benda ni leh mengembang. tu yang bahaya..selagi ada air..selagi tu la..leh kembang..kembang…bahaya tuk budak kecil sebab diorang memang tak leh tengok benda warna-warni nih..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2011 at 1:10 PM

      tu la…mula-mula memang la kecik…dah masuk dalam badan terus mengembang.lepas tu tersekat dalam badan

      Reply
  • puanbee 4 November 2011 at 7:36 PM

    kesian baby tu , mcm laila je .. bahaya .. akk suka gak kristal ball tu tp sejak ada anak memang tk beli dah ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2011 at 1:08 PM

      elok la pentingkan keselamatan anak daripada beli benda-benda macam ni kan kak

      Reply
  • ohcikgu 3 November 2011 at 11:56 PM

    pehh..bahaya nih. kalau saya pun..kalau masa kecil..pernah gak mak saya kata saya nak telan batu..haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2011 at 7:28 AM

      Bebola kristal ni bahaya sebab boleh mengembang dalam badan kita.

      Reply
  • akubiomed 3 November 2011 at 11:26 PM

    Kerajaan telah mengharamkan penjualan bebola Crystal ini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2011 at 7:27 AM

      Tu la. Boleh baca dekat entri saya yang lepas.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong

By Hazmin Hamudin

PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip

By Hazmin Hamudin

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha al-Yahya

By Hazmin Hamudin

Wanita India Paling Tertekan Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Alexa Kembali Semula Ke Landasan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in