• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Fesyen / Pomade Untuk Gaya Rambut Pompadour

Pomade Untuk Gaya Rambut Pompadour

By Hazmin Hamudin | 11 July 2014 | 47 Comments

Layrite Pomade

Untuk membuat gaya rambut Pompadour, bukan semua jenis minyak rambut atau gel boleh digunakan untuk menggayakan rambut jenis ini. Kalau sebelum ni entri – Tertarik Dengan Gaya Rambut Pompadour, menerangkan tentang gaya rambut Pampadour. Pada entri kali ni, aku nak terangkan mengenai Pomade pula.

Kebiasaannya kita menggunakan gel, wax ataupun minyak rambut biasa untuk merapikan rambut. Untuk membuat gaya rambut Pompadour, sudah pastinya Pomade menjadi pilihan. Aku rasa ramai juga yang tak tahu apa itu Pomade. Apa yang membezakan Pomade dengan wax rambut yang lain ialah Pomade membuatkan rambut kelihatan berkilat dan lebih kuat daripada wax.

Sebab itu untuk membuat gaya Pompadour ni, Pomade menjadi pilihan terbaik berbanding wax ataupun gel.

Pomade boleh didapati daripada jenis water base ataupun oil base. Jenis water base ni mudah untuk ditanggalkan ketika mencuci rambut manakala oil base adalah sebaliknya. Tetapi Pomade daripada jenis oil base ni lebih tahan lama.

Buat masa ni aku baru cuba yang jenis water base je. Senang tanggal masa cuci rambut. Pomade yang menjadi pilihan aku adalah Layrite Deluxe Super Hold. Setakat ni baru cuba yang ni je dan berpuas hati dengan hasilnya. Bau pun wangi seakan bau vanilla.

Hanz de Fuko Modify Pomade & Quicksand

Yang ni pula adalah Modify Pomade daripada jenama Hanz de Fuko. Pomade ni jenis medium hold je. Bagi aku best lagi pakai Pomade Layrite Deluxe sebab lebih tahan lama. Tapi Hanz de Fuko ni lebih terkenal dengan produk Quicksand nya.

Banyak lagi sebenarnya jenama Pomade yang boleh dibeli. Antara yang terkenal ialah jenama Suavecito, Layrite Deluxe, JS Sloane dan Shiner Gold.

Harga Pomade ni sebenarnya agak mahal jugak kalau nak dibandingkan dengan produk rambut yang lain. Harga untuk Pomade Layrite Deluxe Super Hold yang aku beli tu ialah RM75. Manakala Hanz de Fuko Modify Pomade dan Quicksand pula berharga RM70 untuk setiap satu.

Aku tahu mesti ada yang cakap mahal dengan harga yang sebegini. Tapi apa salahnya keluar duit sikit untuk kelihatan hensem dan kacak lebih-lebih lagi untuk menyambut Syawal yang bakal tiba ni. Haha. Tapi akhirnya terpulanglah dekat diri masing-masingkan untuk gayakan rambut yang macam mana.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Wak pepek 15 January 2017 at 9:47 PM

    Lazada ade jual bro

    Reply
  • Wak pepek 15 January 2017 at 9:47 PM

    Lazda ade bro
    .

    Reply
  • aieman 15 August 2015 at 4:58 PM

    pakai malaya pomade je, baru RM40

    Reply
  • ZamierolHaizad 4 March 2015 at 7:35 PM

    Besar ke saiz pomade tu

    Reply
  • Amirul 20 October 2014 at 10:43 AM

    mcm mne nk beli online minyak rambut ni?

    Reply
  • amir 27 September 2014 at 7:23 AM

    hazmin beli pomade tu online ke or ada jual kat mana2? sebab tu brad internqationalkan, kalau kat area KL ada jual kat maa je? rasa macam nak beli, tak berani nak beli online…..

    Reply
  • kelipkelip 25 August 2014 at 9:11 PM

    shiner gold brape pulak hargenye?

    Reply
  • Nafira 14 July 2014 at 3:29 PM

    boleh tahan jugak harganye.
    setahun sekali beli rasanye ok lah.
    bergaya sakan untuk raya. hehehehe

    Reply
  • syazana zainn 13 July 2014 at 4:05 PM

    err mahalnya.
    penah nampak org promote Pomade ni kat ig. hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:07 AM

      Dekat ig memang bersepah orang promote benda ni. Hehe. Senang dah nak beli.

      Reply
  • amirulfaiz 13 July 2014 at 2:08 PM

    Ooo.. baru aku tahu Pomade tu apa. Rupanya jenis-jenis minyak rambut. Aku pakai Tancho yang murah jer. Haha. 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:06 AM

      Tancho tu kira legend tu. Zaman sekolah dulu memang famous. Hehe

      Reply
  • ewanthology 13 July 2014 at 5:34 AM

    takpe melabut skit asalkan bergaya 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:06 AM

      Itu sudah pasti bro. hehe

      Reply
  • Bahrain 12 July 2014 at 9:54 PM

    Setakat ni tak pernah beli lagi minyak rambut yang mahal seperti ini. hehe,. Teringin juga nak pakai tapi tak mampu. haha.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:05 AM

      Takpa bro. Kalau belum mampu nak beli jangan dipaksa. nanti Tak cukup pulak duit untuk keperluan lain. Hehe

      Reply
  • Zulham Efendi 12 July 2014 at 4:53 PM

    kalau mau rambut indahnyang gampang ngaturnya kayaknya cocok nih hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:05 AM

      Ya, kalau mau rambut yang indah harus guna produk ni.

      Reply
  • zara 12 July 2014 at 10:47 AM

    Mahal juga ye harga produk lelaki ni..mujur suami tak pakai minyak rambut

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:04 AM

      Kalau nak diikutkan rasanya produk wanita pun tak kurang jugak mahalnya. Hehe. benda ni pakai bila ada function ke ok la. Jimat. Hehe

      Reply
  • Hero Borneo 12 July 2014 at 8:58 AM

    kalau mampu tak salah kerana penampilan diri penting..saya cuma beli minyak rambut RM2.90 je!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:02 AM

      Hehe. minyak rambut apa RM2.90 tu bro?

      Reply
  • fazrol 12 July 2014 at 6:54 AM

    mahal juga harga dia ye…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:01 AM

      Boleh tahan la. Tapi benda tak pakai hari-hari rasanya ok la. Takda la cepat abis. Hehe

      Reply
  • jeBateja 11 July 2014 at 6:47 PM

    Omak aiiii…..hargo ehhh….kawe dah tuo….tak sesuai dah…..ahakz

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 8:01 AM

      Orang tuo pun ada je yang pakai ni. haha.

      Reply
  • ~uncle gedek! 11 July 2014 at 6:25 PM

    Mahal jugak tu… tapi kalau kualiti, takpe…

    (Uncle sikat pakai jari, pastu ikat je…!) hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:56 AM

      Kualiti tu uncle. Hehe. Uncle punya style lagi best. Senang dan cepat.

      Reply
  • Strider 11 July 2014 at 6:09 PM

    Untuk harga 70 not bad gak harga mintak rambut nie…nanti boleh laa dipikir2kan incase terasa nak tukar style rambut..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:55 AM

      Haha. Sila tukar bro. Baru la bertambah hensem.

      Reply
  • ema 11 July 2014 at 4:54 PM

    memang boleh tahan harganya…untuk yang tak ada rambut lah ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:55 AM

      Untuk yang takda rambut tak payah pakai benda ni. Hehe. Ni untuk yang ada rambut kak.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 11 July 2014 at 2:27 PM

    Nak hensem punya pasal kenalah keluar duit lebih sikit ye:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:54 AM

      Itulah pasal kak. Hehe. Benda boleh pakai lama takpe kot. 🙂

      Reply
  • Kaio 11 July 2014 at 2:21 PM

    mana gambar yang dah setting rambut guna gel ni? hehhe! kasi upload satu kali lah!
    http://kaio.my

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:54 AM

      Hehe. Ada dah gambar dekat entri sebelum-sebelum ni bro.

      Reply
  • suri 11 July 2014 at 1:03 PM

    wah hebatlah dia heee…gaya tu penting pastu senyum eh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:53 AM

      Gaya memang penting. Duit keringpun takpe. haha.

      Reply
  • syaifuddin alias 11 July 2014 at 12:22 PM

    apakah ni ? haha..macam cappucino je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:53 AM

      Lebih kurang cappucino la ni bro. Hehe

      Reply
  • anies 11 July 2014 at 11:37 AM

    produk br ke ni??

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:52 AM

      Takda la baru produk ni. Cuma rasanya ramai yang tak tahu pasal produk ni.

      Reply
  • tiha 11 July 2014 at 11:32 AM

    wahh boleh tahan harga dia kan 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 July 2014 at 7:51 AM

      Boleh la tahan. Hehe

      Reply
  • akubiomed 11 July 2014 at 10:29 AM

    Saya guna pomade Shinner Gold dan Suavecito. Pengalaman guna ada rambut kemas disikat dan tidak mengalami masalah kelemumur mungkin tidak sesuai mengunakan minyak rambut sebatian kimia. Walaupun mahal dari minyak rambut biasa tetapi saya sangat berpuas hati. Selepas ini akan cuba mengunakan Pomade Layrite.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 July 2014 at 10:46 AM

      Shinner Gold ni water base jugak ke bro? Tak sangka bro pun peminat pomade jugak ye.

      Reply
      • akubiomed 11 July 2014 at 10:55 AM

        Ya sama, water base. Cuci pun senang

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Coconut Shake Klebang, Melaka

By Hazmin Hamudin

Kereta Ferrari Termasuk Ke Dalam Laut

By Hazmin Hamudin

11 April Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Sarapan Pagi

By Hazmin Hamudin

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in