• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Sinopsis Drama dan Filem / Sinopsis Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3

Sinopsis Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3

By Hazmin Hamudin | 21 September 2012 | 12 Comments

Drama Runtun Qalbu

Sinopsis Drama Runtun Qalbu. Drama Runtun Qalbu yang diterbitkan oleh Excellent Pictures akan mula menemui penonton pada malam ini, 21 September dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3. Drama Runtun Qalbu akan menggantikan Drama Nazihah yang telahpun tamat. Drama ini diarahkan oleh adik kepada Ahmad Idham, Ahmad Khalid Ahmad Nadzri.

Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

Menurut Pengarahnya, apa yang disangkakan penonton adalah tidak sama sekali dengan apa yang akan dipersembahkan nanti. Macam menarik je cerita Runtun Qalbu ni kan. Jom kita baca sinopsis drama Runtun Qalbu ni.

Sinopsis Drama Runtun Qalbu

Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Pelakon Utama Drama Runtun Qalbu

  1. Kamal Adli sebagai Qalbu
  2. Fasha Sandha sebagai Idayu
  3. Shah Iskandar sebagai Kelabu
  4. Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah
  5. Shukri Yahya sebagai Bon
  6. Reen Rahim sebagai Amy
  7. Kaza sebagai Zaidi
  8. Razak Ahmad sebagai Imam Musa
  9. Rosnah Johari sebagai Rahimah
  10. Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hairul Azni 21 September 2012 at 5:50 PM

    Saya tak minat sangat drama Melayu tapi kalau dah tengok sekali dengan orang rumah,last2 terikut2 jugak..cerita bersiri macam ni,bila dah mula tengok episod yang pertama,confirm nak tengok jugak sambungan di episod yang kedua dan yang seterusnya..

    ** Setuju dengan Encik Melastik Bintang..tiba2 jadi kureng sikit nak tengok sebab fasha sendat ada berlakon..

    Reply
  • sop 21 September 2012 at 5:13 PM

    jarang tgk drama sbb layan kartun jer.. bukan Sop yg tengok tp anak2.. hahaha
    terpaksa ngadap laptop sahaja 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 6:15 PM

      Ingatkan Sop yang layan kartun tadi. Hehe. Tumpang sekaki dengan anak-anak la.

      Reply
  • donnyien 21 September 2012 at 4:06 PM

    mesti ramai yang tengah cari info pasal wayang ni kan.. hehe nice info bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 6:15 PM

      Agaknya la.. Ramai peminat drama dekat luar tu.

      Reply
  • Melastik Bintang 21 September 2012 at 3:57 PM

    tengok promo macam best..tapi fasha sendat pula berlakon….hehe…kurang sikit la….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 6:14 PM

      Itu la. Ramai yang tak berapa minat Fasha Sandha ni.

      Reply
  • gamep01nt 21 September 2012 at 3:05 PM

    Oi bagi link download oi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 6:14 PM

      Cerita pun belum start lagi. Hehe

      Reply
  • Mak lagenda 21 September 2012 at 11:54 AM

    Try tgk dulu 1-2 episod then kalo rasa2 menarik,baru la mak lekat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 6:14 PM

      Saya ni jarang nak melayan drama sangat. Hehe

      Reply
  • beckhr00y 21 September 2012 at 11:22 AM

    kita tgk dulu bagus ke tak drama ni

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sabtu | Kebosanan

By Hazmin Hamudin

Mari Berkempen Untuk Kebaikan

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Jururawat 2012

By Hazmin Hamudin

Dapat Baju Melayu Percuma

By Hazmin Hamudin

Jom Keluar Jalan-Jalan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in