• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Hukum Menyambut Valentine’s Day

Hukum Menyambut Valentine’s Day

By Hazmin Hamudin | 13 February 2012 | 9 Comments

Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.

Valentines Day 2012Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M). Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Hukum Menyambut Valentine’s Day

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

  1. Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
  2. Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
  3. Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
  4. Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
  5. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Kesimpulannya bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Patrice Soo 19 March 2013 at 3:30 PM

    hi Hazim, bolehkah Hazim contribute artikle mengenai agama islam untuk syarikat saya untuk buat majalah at-taqwa ini… Kami tengah mencari penulis-penulis sambilan. ..
    content majalah kami berunsurkan Sirah, aqidah, sunnah , feqah, hukum, isu semasa, keluarga, cinta, kesihatan , dan perkara-perkara yang berkaitan dengan islam..bayaran adalah dalam rm50-rm150 depend on the artical…sila hubungi saya @
    012-6037718 atau email saya: [email protected] jika berminat…terima kasih..

    Reply
  • ciksembang 13 February 2012 at 10:09 PM

    masa dulu2 zaman kampus mmg kami sambut sebab masa tu kurang pendedahan..taubat dah..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 February 2012 at 11:11 PM

      nasib la dah besar dah ada kesedarankn… 🙂

      Reply
  • Jomtonton 13 February 2012 at 4:51 PM

    Salam,
    Walaupun hari-hari ada larangan jangan sambut Valentine, kat fb ramai post pasal ni. Blogger macam kita pun ada wat entri. Tapi macam curah air di daun keladi.. Apa nak jadi lah kan.. Masing-masing kena bersihkan hati agar mudah terima hidayah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 February 2012 at 6:25 PM

      blogger macam kita ni sepatutnya buat entri untuk sedarkan budak2 yang tak faham bahasa ni.. tu la.. kat fb bersepah yang sibuk nak sambut benda ni

      Reply
  • anif 13 February 2012 at 4:39 PM

    Rasanya pihak yang mendapat manfaat terbesar pada hari itu adalah golongan peniaga yang menjual perkhidmatan & barangan yang dikaitkan dengan hari tersebut!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 February 2012 at 6:24 PM

      tidak dulupa juga pihak2 hotel atau rumah2 tumpangan. hehe

      Reply
  • azura 13 February 2012 at 4:00 PM

    valentine bukan budaya kita tak perlulah nak sambut…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 February 2012 at 4:14 PM

      betul tu.. terang2 dah bunyi pun kristian..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Mohd Farizal | UMT Buat Laporan Polis Pelajar Hina Lagu Negaraku

By Hazmin Hamudin

Pomade Untuk Gaya Rambut Pompadour

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Pejabat Atau Tempat Pelupusan Sampah?

By Hazmin Hamudin

Kecewa Permohonan Innity Ditolak

By Hazmin Hamudin

Seniman Negara 1955, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in