Entri ni khas untuk korang yang liat sangat nak bayar duit pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tu. Dok buat demonstrasi pemansuhan PTPTN sebab kononnya nak luahkan tidak puas hati korang yang korang rasa betul tu. Korang rasa korang dapat ke sambung belajar kalau takda PTPTN tu ya?
Aku bukan nak sokong PTPTN seratus peratus sebab aku pun peminjam PTPTN yang bergelut nak bayar hutang yang aku pinjam tu. Memang PTPTN ni ada jugak yang tak betulnya sebab kenakan cas perkhidmatan yang agak melampau. Yang cas sampai tiga peratus ni yang patut kita hapuskan. Tapi cara korang yang buat demonstrasi tu pun lagi la tak betul dan tak kena tempat. Terang-terang korang ni cuma dipergunakan oleh pihak-pihak yang tertentu je.
Korang yang buat demonstrasi tu tak pinjam ke PTPTN ni? Kalau dah pinjam, bayar tetap kena bayar balik duit yang korang pinjam tu. Meh sini tengok hukum dari segi agama kalau korang tak bayar balik. Bukan aku yang cakap, tapi Mufti sendiri yang cakapa ya. HARAM kalau korang tak bayar balik duit yang korang pinjam tu. Baca kenyataan dekat bawah tu.
Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
“Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, Jumaat.
Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. -BERNAMA
ish2..kl dh pinjam kena la bayar..
dah pinjam, pandai-pandailah bayar. jangan plak buat khemah depan rumahh..
Khemah depan rumah sendiri takpa lagi, tapi kalau dah sudahkan orang ramai tu memang tak patut la.
dah pinjam duit orang..mesti lah kena bayar…adoiii….
lepas dah bayar tu, baru la boleh nak buat apa-apa pun…senang!..
Selagi tak abis bayar, tak boleh la nak banyak bunyi dengan buat demonstrasi macam tu kan.
Kalau sudah pinjam perlu bayar. Kalau tidak mahu bayar jangan pinjam senang cerita. 🙂
betul tu… Kalau dah pinjam kena bayar. Tak perlu nak banyk bunyi.
diorg nk pinjam tp xnk bayar..hehe