Penyanyi Yuna mengesahkan mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.
“Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut,” ujarnya.
Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan. Trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.
even malu ke apa..memang tak patut aim/rim tu buat macam tu. Dah nampak macam aim ni bengong semacam. Walaupun lagu anuar tu lagi best dan sedap..tapi bila dah announce keputuan..1 bumi leh tahu..jadi plak macam ni..aku rasa anuar zain pun rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.. dia malu, yuna pun malu..
entahlah..aku tak sangka masih ramai orang bangang sekarang nih..ingatkan semua bijak-bijak..
Abis terjejas kredibiliti AIM tu.. Anuar Zain pun malu nak ambik hadiah tu daripada Yuna. Inikan pulak Yuna yang terpaksa serahkan semula anugerah tu. Memang hebat betul drama AIM kali ni.
kesian yuna ..huhu ..
tu la.. malu je dia kan.. nasib la dia tak saman AIM tu
chii sendiri x pernah dgr lagu penakut..tp yg chii tau..Qi suka lagu penakut..eheheh..lagu kekasih hati la katakan :p
Tu la.. Mcm mana nak dpt lagu popular kalau ramai yg tak tahu lagu penakut ni kan.. Kalau sebut lagu anuar zain tu, confirm la ramai yg tau..
terima jer lah hakikat….dah gi london doesn’t mean dah hebat!
tgk FBholic punya hal plak: http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/facebookholic.html
Ikutkanpun bukan salah yuna.. Salah dari pihak penganjur yg tersilap kira.. Yuna cuma naik pentas ambik trofi je.. Benda ni tak berpihak mana mana pihak, cuma kredibiliti AIM dah tercalar la.
AIM..AIM..benda macam ni pun boleh jadi..ingat peringkat kampung punya anugerah ape..hehe
Anugerah ‘professional’ industri muzik dah tercemar dgn terjadinya benda mcm ni.. Pemenang plak jd mangsa keadaan plus dapat malu..
lgu yg dipertandingkan mmg bagus cuma rzki tiada
Yuna muda lg.. Banyak lg masa untuk dia.. Mana tau 2 3 tahun nanti nama dia gah pulakkan..
takpe ar.. bukan rezeki dia kot.. dan lagu anuar zain tu lebih deserve it sebab terbaik.. lepas ni boleh cuba lagi..
.
Mungkin lagu yuna tu berkualiti, tp belum dpt tarik perhatian pendengar.. Ramai yg tak tau lagu penakut tu..