Keesamus? Apa benda Keesamus ni? Adakah ia adik beradik kepada kamus dewan atau kamus Oxford? Mungkin tidak. Sekarang ni ramai betul orang terutamanya gadis-gadis nak tunjukkan bakat nyanyian mereka melalui Youtube. Pagi tadi sedang aku melayari Youtube dari satu video ke video yang lain, tersesat pulak aku dekat video nyanyian seorang gadis.
Kenapa baru sekarang aku baru tahu akan kewujudan gadis Youtube bernama Keesamus ni. Jadi, apa yang unik dan menariknya tentang Keesamus? Keesamus seorang gadis Thailand yang gemar menyanyikan lagu berbahasa lain seperti lagu Indonesia dan juga Melayu di Yotube.
Kalau setakat artis Youtube macam Najwa Latif, Yuna, Ana Rafali, Ainan Tasneem, Tasya Manshahar dan yang terbaru Qaisara Syafiza seperti yang diceritakan oleh brother cendol dalam entrinya pagi tadi, bagi aku itu sudah biasa. Tapi kalau gadis Thailand yang menyanyi lagu Melayu dan Indonesia itu memang awesome.
Walaupun sebutannya pelat dan tidaklah selancar seperti orang melayu sendiri, tapi Keesamus tetap ada keunikan tersendiri. Usaha untuk menyanyikan lagu tersebut dengan baik walaupun tidaklah sebaik Najwa Latif atau Tasha Manshahar haruslah dipuji. Agak-agak kalau suruh Najwa Latif nyanyi lagi Thailand lepas tak?
Dekat bawah ni aku letak salah satu video nyanyian Keesamus ni untuk korang dengar. Yang ni dia nyanyi lagu Be Mine daripada Tasha Manshahar. Sampai senget-senget mulut dia nak nyanyi. Hehe
Berita terkini! Keesamus ni dh nk berkahwin dgn tunang dia dari kedah bln september ni! Tunang dia sama2 study muzik kt bangkok university dulu, nickname tng dia tokbuu, org pokok sena! Apapun selamat pengantin baru tokbuu&keesamus!!!
Emm artis mcm ni lahir tak payah masuk pertandingan..ada bakat, boleh jadi artis..cepat mudah dan selesa..haha
kagum ngn usaha minah ni…suara pun sedap…tone suara ada…sebutan tak berapa jelas, lenggok mmg bagus..saye bagi 4 bintang =)
p/s-ok…ambe gi beli gitar sat…hehehe
adeh…mati2 ambe ingat tadi nak cerita pasal kamus…
rupanya pasal penyanyi youtube..hhehehe
cousin sy ada duduk sana. bunyi mereka berbahasa melayu masih boleh difahami.. 😉
Wah… Cousin orang thailand ke? Hehe.. Tak belajar cakap thailand dengan cousin?
wow luar biasa bahasa baru nih orang Thailand menyanyi bahasa melayu
owh..ingat apa tadi keesamus..kamus..hehe..sekarang ni youtube tempat audition..hehe
Hehe.. Ni melebihi kamus dewan dan kamus oxford ni.
Cisss aku pon terjebak sekali dari satu ke satu video… kringggg!! you’re nearing quota limit..
Kah3. Sila terjebak bro. Layan kecomelan dia ni.
nasib baik ambe tak layan…kalau tak habis quoto bb ambe..hahahah
comel je suara dia. i loike!!
Rupapun comel jugak tu. hehe
macam2 la sekarang ni.. meriah dunia youtube…
Kih3.. dunia youtube memang meriah.
hmmm best gak… layannnnn
itulah. Bolah la layan dikala bosan.
gua pun tak kenal dia ni, orang selatan thai ke apa dia ni
Kih3.. Aku pun tak tahu bro.. Mungkin la.. Belah-belah golok ke kan.
mungkin KRU boleh rekruit dia ni jadi artis naungan bwh KRU…ngeh2
Haha.. Terus jadi artis KRU tu.
huhu..yui tak tahu plak ni..hihi
Sedap tak? Hehe
makin ramai yang menonjolkan bakat melalui youtube ini. Harapnya nanti makin banyak penyanyi berkualiti yang boleh di ketengahkan lagi.
Itulah.. Sekurang-kurangnya kita dah nampak kegunaan Youtube ni boleh melahirkan bakat-bakat barukan.
Nampaknya semakin ramai mencuba nasib ketengahkan bakat mereka di YouTube. Mana tahu rezeki dipancing syarikat rakaman.
Rezeki kita tak tahukan bro. Yang penting terus mencuba. Mana tahu nanti ada yang nampak.
Dia berani mencuba…
tapi kalau ada bakat boleh jadi retis lepas ni 😀
Hehe.. Agak-agak ada ke komposer dan penerbit yang nampak bakat dia ni? Hebat dah ni.
put phasa thai kodai?
(boleh bercakap thai?)
hehe
wah.. ibu pandai cakap Thailand ke ni? Hehe
put put…
(boleh boleh)
hehehe..betul ke ni? hahhaha
Ehhh not bad laa…2 kali gak akak replay….ade sesuatu laa kat suare die…boleh jual ni …fuhh akak ko mengomen mcm juri hah hehehehehe
Dah macam komposer dan penerbit album lak akak komen kan. hahaha
Woooowwww!!!!
Impressive sangat… Suara dia pun comel je….
Kalau artis kita nyanyi lagu Thai, confirm berbelit2 lidah..
Dengar diorang bercakap pun macam susah….. =D
Hehe.. Kalau artis kita macam mana la agaknya. Mesti susahkan. Sebab tu takda yang try tu.
hebat2
suka sangat dengan suara dan kegigihan beliau menyanyikan lagu tu, herm agak-agak macam mana bunyinya kalau Tasha pulak yang nyanyi lagu Thai
Kalau Tasha Manshahar pun mesti terbelit macam dia ni agaknya mama. Hehe
sangat best dia ni. org thai tapi nyanyi lagu melayu comel sgt
Itulah.. Orang melayu sendiri pun silap-silap tak pandai nyanyi macam dia ni. Hehe
Siap herot-herot mulut + sengau..tapi ok jugak dengar..hehe
Hehe.. Kira hebat dah tu.. Tp sedikit seksa dia nak menyebut.
Oh ni kali pertama dengar namanye…igtkn note music ke apa td huhuhu…. Ramai sungguh artis yg lahir dr youtube skrg ni ye
saya pun pertama kali jugak tau pasal dia terus buat entri ni. Boleh tahan jugak dia menyanyi.
ada rupa juga mina ni heee
Itulah.. Comelkan.
Wow, mengkagumkan bila orang asing berbicara bahasa kita. Eh, ramai jer pendatang asing yang boleh berbicara dalam Bahasa. 🙂
Haha.. Tapi pendatang asing tak boleh menyanyi bro.
Lama jugak Keesamus ni. Boleh tahan lagu2 yang dia bawak =)
Baru dah lama layan dia ni ke? Hehe.. Saya baru je berkesempatan kenal. Haha
macam2 skrg ni ye, tak habis dengan gyomi timbul pulak kekamus ni 😉
Hehe.. Saya baru je tahu pasal dia ni kak. Rasanya dari tahun lepas lagi orang dah layan dia ni. Hehe
satu berita baik untuk gadis Malaysia..sudah ada persaingan dari luar
Kih3… gadis Malaysia kena nyanyi dalam bahasa Thailand pulak agaknya lepas ni.
baru tahu…okey lah..
Hehe. Saya pun baru tahu jugak ni bunda.
walapun sampai senget-senget mulut dia..tapi sedap gak la dengar.
Boleh lawan Qaisara syafiza tak bro Titan? Haha
Uikkkk…layan…den baru taw ni…tq lah kerna kasi link nya….
Haha.. Silalah layan..
saya suka dia ni ..banyak kali tengok .. haha
Berita baik untuk semua blogger dan FACEBOOKERS, kami mengadakan satu SEGMEN yang hadiahnya berupa WANG TUNAI (CASH) tetapi kami mencari SPONSOR yang sanggup menaja SEGMEN ini . BERMINAT ? SILA LIHAT SYARAT DAHULU disini
http://beritakaki.blogspot.com/2013/05/segmen-soal-jawab-blogger-dan.html
Salah seorang peminat ke bro? Haha
haha..boleh laa jugak..banyak lyn lagu dia..ada satu lagu ..lagu AMUK ! power gler dia bawak
baru tahu ni.. unik kan. bukan senang org luar nak nyanyi lagi melayu. org melayu je nak nyanyi lagu luar. hehe
Betul tu hana. Orang lain rilex je perjuangkan lagu Malayu. Orang Melayu bangga dengan kpop lak. Haha
memang terbaik budak ni. sementara bebudak melayu duk nyanyi lagu kpop, dia nynyi lagu melayu.
Betul tu bro. Orang lain bangga je nyanyi lagu Melayu. Orang Melayu sendiri pergi banggakan lagu luar pulak.
Mieya pon pernah jugak tengok video klip dia. Dia memang berbakat. Suka dengar suara dia
Hehe.. Asyik layan orang Malaysia je kan. Sekali sekala layan orang Thailand nyanyi lagi Melayu pun best jugak.
Yuna dan Ainan Tasneem juga mengukit nama dari YouTube.
Betul tu. Ramai anak muda sekarang ni mencuba nasib melalui Youtube.
first time juga tengok videoklip keesamus ni. menarik juga.
ya betul, menarik juga.
Hehe. Lepas ni boleh la layan lagi kan.
Dari tahun lepas lagi dengar nama awek ni. Suaranya memang sedap, kalau ada yg sudi ajar dia berbahasa Melayu, tentu sebutannya lebih baik. Cuma tak tau biodata dia…Di Thailand ramai Thai Muslim dari Selatan yg sebahagiannya dah tak tau berbahasa Melayu, nama pun dah tukar nama Siam.
Wah.. Bro JR pun advance tau pasal dia ni. Itulah, kalau dia ni lagi fasih bahasa melayu lagi tebaik. Ada siap pakai jersi bola pasukan Malaysia lagi.
da dengar da…^^
Amacam? Sedap tak cik siti? hehe
Masing2 kena kreatif nak cari peminat..sebab dah melambak yg upload video menyanyi/buat lawak..so, kalau nak try bro, nyanyi lah lagu lagu dalam bahasa Jerman, upload kat Youtube..mesti satu negara Jerman like your video..hahahaha
menyanyikan lagu dalam bahasa lain selain bahasa natif satu idea yang baik juga!
Wah.. Doc.. Nak suruh nyanyi bahasa German pulak ye.. Apa kata doc jadi lead singer. Haha
aku dah dengar banyak lagu dia, bagi aku dia nyanyi sedap dan best tetapi sengau tu x hilang, sengau ada tapi best juga dengar lagi lagi tang lagi saleem
Ramai jugak yang tahu dia ni ye. Aku je tak tahu. hehe.. Kalau dengar dia nyanyi lagu MOJO lagi sengau. Macam nyanyi ikut hidung la pulak. Haha