• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Astro Bakal Didenda Kerana Gangguan Siaran

Astro Bakal Didenda Kerana Gangguan Siaran

By Hazmin Hamudin | 16 July 2011 | Leave a Comment

Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, demikian tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Astro hari ini.

Beliau berkata, rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan ‘teknikal’ susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

“Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini hari ini.

Rais berkata, antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut. – Bernama

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Novel | Rayyan Fantasi

By Hazmin Hamudin

Laman Web Blogger Pulak Kena Block

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Sepetang di Lebuhraya

By Hazmin Hamudin

Kronologi Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Perlawanan Indonesia vs Malaysia SEA Games 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in