• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Kesian Blog Hazmin

Kesian Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin | 6 March 2011 | 4 Comments

Untuk kesekian kalinya aku tak update blog untuk tempoh yang boleh dikatakan lama juga lah bagi aku. Erm… Abis penuh labah-labah dan lipas bersarang dekat blog aku akibat daripada ditinggalkan tidak berpenghuni. Kesiankan blog aku ni diperlakukan sebegitu rupa oleh tuannya yang tidak menjaga dengan sebaik-baiknya… Baru je nak naik dah jatuh balik trafik tu. Macam mana la nak tarik perhatian reader kan.
Sebenarnya hujung minggu lepas aku sangat sibuk dengan bermacam-macam benda. Hari jumaat lepas bazaria larut malam telah dibuka di kawasan rumah aku. Lokasi lebih tepat lagi adalah berdekatan dengan Mines, Seri Kembangan. Korang mesti tahu kan dekat mana. Tapi apa kaitan bazar larut malam ni dengan segala kesibukan aku ? Adakah aku 24 jam melepak dan berjalan-jalan di situ ? 
Oh tidak ! Sebenarnya adik aku turut terlibat dengan membuka gerai menjual shawl dan pakai wanita di situ. Jadi aku pun turut la membantu adik aku ni dalam menjalankan perniagaannya (banyak melepak dari membantu sebenarnya. Hehehe…). Nanti aku bercerita lebih lanjut berkenaan dengan perkara ni ok. Yela.. Tolong promote perniagaan adik kan.
Sabtu plak aku menghadiri perkahwinan anak salah seorang staf di unit tempat aku bekerja ni yang berlangsung di Sungai Buloh. Petang sampai ke lewat pagi aku tolong adik aku pulak. Memang sampai takda masa aku nak ngadap blog aku ni. Kesian dekat dia… Takpa la… Lepas ni aku akan cuba update seperti biasa dan tidak akan membiarkan segala macam serangga mengambik kesempatan akibat blog aku yang tidak berpenghuni.
p/s : Sedih betul melihat kekalahan pasukan kesayangan Manchester United dilaukkan dengan begitu sedap oleh Liverpool. Sungguh sopan setan merah beraksi malam tadi hingga tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengejar atau merapatkan kedudukan. Takpa-takpa… Lain hari ada lagi..
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 7 March 2011 at 10:34 AM

    @aried
    hahaha..takpa..lain hari ada lagi..
    MU still leading…

    Reply
  • aried 7 March 2011 at 6:27 AM

    3-0
    hahhahahah…. aried tersenyum puas semalam.. 😛
    dah xsegan nk tayang jersi putih liverpool..

    Reply
  • Hazmin 7 March 2011 at 1:08 AM

    @iLa suHaiLa
    tolong menyibuk je lebih..hehe..tolong bagi sokongan tu yg pentingkan..tp kesian kt blog sampai kene tinggal.

    Reply
  • iLa suHaiLa 7 March 2011 at 1:03 AM

    bgusnye dye tolong adik…hehe

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Google Doodle | Constantin Brancusi

By Hazmin Hamudin

Apek Dan Leuniey Kahwin Disember ini?

By Hazmin Hamudin

Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam

By Hazmin Hamudin

Layan Pull Up Bar Dekat Rumah

By Hazmin Hamudin

iPhone dan Galaxy Tab Diharamkan Oleh Arab Saudi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in