• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Mesti Tengah Risau

Mesti Tengah Risau

By Hazmin Hamudin | 14 November 2013 | 32 Comments

Hari ni keputusan UPSR 2013 akan diumumkan. Aku pasti sekarang ni semua pelajar tengah berdebar-debar menunggu keputusan yang akan mereka perolehi sebentar lagi. Biasalah tu kan. Dah penat belajar, mesti risau berapa yang dapat nanti. UPSR tahun ni merupakan yang terakhirkan?

Tapi aku rasa ibu bapa pun ada yang terlebih risau atau over excited daripada anak mereka sendiri. Ada tak yang macam tu? Aku tahu mesti ada punya. Mesti yang siap ambil cutipun ada tu. Betul tak?

Pagi tadi dengar radio ERA FM siap ada anak buat permintaan pelik dekat ibu bapa kalau berjaya dapat 5A dalam UPSR. Ada yang dengar tak? Menurut ibu tersebut anak dia cuma nak ayam golek jika berjaya dapat 5A. Bukannya gadget atau hadiah mahal-mahal seperti kebiasaannya.

Kira ok la tu kan tak mintak hadiah yang mahal-mahal. Tak boleh nak didik atau biasakan anak-anak dengan memberi hadiah yang mahal macam gadget dan smart phones ni.

Kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tu, tahniah diucapkan. Yang tidak berjaya tu, jangan rasa rendah diri ataupun hilang semangat. Jujur aku cakap, perjalanan masih lagi jauh. Banyak lagi peluang yang ada sebenarnya.

Ada tak rakan-rakan pembaca yang anaknya mengambil UPSR tahun ni?

Posted from WordPress for BlackBerry.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • cik tom 26 November 2013 at 10:05 AM

    dah lepas upsr…terimbau plk kenangan lama time nak amik result upsr…hehe

    Reply
  • Mr KZ 25 November 2013 at 10:51 PM

    den risau ni bro tak update2 lagi hehe

    Reply
  • LydSunshine 22 November 2013 at 3:43 PM

    kenapa akak letak url blog awk kt bloglist akak tpi awk punye new entry tak updated pun. patut le akak tak perasan awk update entry baru.

    Reply
  • hana hadi 20 November 2013 at 11:11 PM

    cikgu2 pun risau gak..huhu

    Reply
  • titan 19 November 2013 at 11:25 PM

    biasalah tu kalau risau. normal la. hehe

    Reply
  • Nadot 19 November 2013 at 10:38 PM

    Nasib baik anak kecik lagi.. kalau tak kite yg tgh dok semput untuk anak yg tunggu result.. hehe

    Reply
  • Anuar 19 November 2013 at 4:30 PM

    Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini… Kepada yang tak berjaya mendapat 5A, jangan bersedih… Boleh cuba lagi dalam peperiksaan yang lain… Banyak lagi peluang untuk anda berjaya pada masa hadapan, asalkan anda tidak berputus asa dan terus berusaha bersungguh-sungguh…

    Reply
  • Hafizul 19 November 2013 at 1:36 AM

    Permintaan pelik yang logik kira ok lah kan bro..hehe

    Reply
  • suriaamanda 18 November 2013 at 8:57 AM

    anak buah SA x tau la dapat berapa..senyap jerk…tp time Dania nanti xde UPSR

    Reply
  • gp 18 November 2013 at 8:57 AM

    Adik aku 5A. Alhamdulillahhhhhh 🙂

    Reply
  • AUC 17 November 2013 at 10:43 PM

    anak saya tahun depan ambik upsr ni… skrg dah risau huhuhu

    Reply
  • MK Kimi 17 November 2013 at 2:02 AM

    Kesian anak buah aku.. Dpt 1A jek. Kecewa tak abes lagi tu….

    Reply
  • Klinik Cinta 17 November 2013 at 12:54 AM

    Harap semuanya baik-baik sahaja

    Reply
  • pahan 17 November 2013 at 12:18 AM

    risau amat2 bro.hehe

    Reply
  • ahmadyani 16 November 2013 at 9:33 PM

    Minta Mini Cooper?

    Reply
  • Anim 16 November 2013 at 10:53 AM

    Hadooo hazmin…kak le sorang darinya:-))

    Reply
  • Amran 16 November 2013 at 10:10 AM

    Mau tak risau. Dah macam hidup mati sekarang ni peperiksaan UPSR pun. Kalau ada anak yang dapat 1A 4B tu dah dikira anak derhaka la tu.. kesian anak2.

    Reply
  • Nastyna 16 November 2013 at 12:25 AM

    Budak skang kebanyakan mewah2, belajar tu macam dipaksa, macam untuk ibu bapa kononnya, bukan untuk masa depan depa sendiri, tu yg request bukan2 kadang2 tu. Tapi kalau mnita ayam golek… alaaa comelnyer.

    Reply
  • Joe 15 November 2013 at 10:10 PM

    Mungkin ibu bapa je yang risau kot. Ramai budak2 yg tak kisah sangat pun pasal result UPSR nie.

    Reply
  • 4feet8 15 November 2013 at 7:56 PM

    dulu tak berdebar sgt tunggu result sbb result percubaan pun dah boleh guna apply MRSM..

    Reply
  • tmm 15 November 2013 at 3:26 PM

    tapi saya dulu amik result UPSR rileks je bro… huhuhu

    Reply
  • Qashmere 15 November 2013 at 3:08 PM

    Memang ler mesti macam takot gementar semua ada.

    Reply
  • ajumohit 14 November 2013 at 10:41 PM

    arini fb and ig penuh ucapan tahniah utk adik2 yg ambil keputusan upsr, tahniahh!!!

    Reply
  • JR 14 November 2013 at 6:31 PM

    Anak saya tak ada yg ambil UPSR tahun ini. Maklumlah anak bongsu dah berada di tingkatan 2. Saya bernasib baik 3 dari 6 anak dpt 5A masa UPSR dulu.
    Budak2 sekarang lebih cerdik dari org zaman dulu. Agaknya kalau zaman saya dulu ada UPSR, jangan cakap 5A, mungkin nak dpt 1B pun susah (maklumlah masa sekolah rendah masuk grup ponteng sekolah)…hehehehe…

    Reply
  • TehR 14 November 2013 at 6:08 PM

    tahniah pada adik2 yang berjaya dapat 5a
    yang kurang berjaya usah layan sedih
    banyak lagi peluang di depan sana

    Reply
  • azura 14 November 2013 at 5:32 PM

    dulu ambil sendiri je…tak takut pun kikiki…dapatla 2 A

    Reply
  • suriaamanda 14 November 2013 at 5:32 PM

    SA lom rasa lagi kerisauan berganda macam ni..Dania tahun depan baru darjah 4, time dia nanti UPSR dengarnya dah xde dah…

    Reply
  • papa mifz 14 November 2013 at 4:10 PM

    mesti mak ayah murid2 yang paling berdebar-debar…hehe

    Reply
  • Hafiz 14 November 2013 at 1:18 PM

    Memang berdebar dulu masa ambil result

    Reply
  • Khairul Zamri 14 November 2013 at 12:08 PM

    Huhu ganjaran itu hebat – semoga lebih bersemangat pasni

    Reply
  • Farid Adam 14 November 2013 at 10:00 AM

    Dahsyat betul ganjaran yang mak bapak nak bagi kat anak2 mereka…

    P.s. dapat hadiah raket badminton yonex carbonex je bila score 4A dulu…terima kasih mak ayah 🙂

    Reply
  • t.a.t.a 14 November 2013 at 9:30 AM

    aku dengar di Hotfm, kalau dapat 7A anak minta pergi Korea, nak tengok kpop.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

6 Perkara Allah Sembunyikan Dari Umatnya

By Hazmin Hamudin

Rindu Nak Menulis Blog

By Hazmin Hamudin

Melepak Di Pantai Teluk Kemang

By Hazmin Hamudin

Paderi Gay Bakal Kahwin Di Malaysia ?

By Hazmin Hamudin

Hujan Rahmat Di Pagi 11.11.11

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in