• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Kesan Contengan Di Kereta Dah Hilang

Kesan Contengan Di Kereta Dah Hilang

By Hazmin Hamudin | 26 August 2014 | 43 Comments

Turtle Wax Polishing Compound

Minggu lepas aku ada cerita yang kereta aku kena calar dengan cantiknya di pejabat. Kalau yang tak baca lagi tu bolehlah baca dekat entri – Buat Aku Panas Hati. Nasiblah calar jadi-jadian je. Si pelaku hanya menconteng menggunakan marker pen. Nampak real macam calar jugak la sebab guna marker pen warna silver. Kalau betul-betul calar  guna objek tajam mau menyumpah aku selama seminggu.

Mentang-mentang kereta aku warna putih, habis dia ingat kereta aku ni white board bergerak agaknya. Ikut suka hati je boleh main lukis-lukis dekat kereta.  Haha. Kereta dah kena conteng dengan marker pen silver ni takkan la nak biarkan macam tu je. Habis la hilang kekacakan kereta aku ni. Awek pun hanya memandang sepi je kalau lalu sebelah.

Penyelesaiannya, terpaksalah aku beli polish kereta. Polish yang aku beli ni adalah daripada jenama Turtle Wax. Memang salah satu jenama yang terkenal jugak dalam arena detailing kereta ni. Harga pun boleh tahan jugalah. Tapi aku tak ingat pulak harga. Rasanya dalam RM40++.

Soft Buff

Inilah hasilnya setelah kereta selamat dipolish. Segala kesan contengan bewarna silver telah hilang dengan jayanya. Bukan main kotor lagi span yang aku guna untuk polish kereta ni. Aku takda la nak polish satu kereta. Cuma polish bahagian yang kena conteng je. Kalau satu kereta punya polish aku rasa dah takda rupa span lagi dah.

Kesan Calar

Hasilnya kereta kembali kilat seperti baru keluar daripada kilang. Fuh. Ni baru polish bahagian yang kena conteng je. Kalau aku polish satu kereta memang berseri la balik kereta ni. Baru la awek lalu sebelah pandang-pandang, jeling-jeling walaupun kereta setaraf kancil. Haha.

Kiranya aku kenalah berterima kasih juga kepada orang yang menconteng kereta aku ni. Tanpa beliau, kereta aku takkan kembali bersinar macam ni. Sebab tu orang selalu cakap, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang kita kena ambik positif jugak bila berlaku kejadian macam ni walaupun dalam hati panaskan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • WRizuan 28 August 2014 at 9:44 AM

    kene carik jugak benda alah nie….

    Reply
  • Nadot 28 August 2014 at 7:42 AM

    whiteboard bergerak… hahaha… kalau jumpa kertea hazmin teringin gak nak tulis2 atas tu.. hihi..nasib baik boleh tanggal.. 🙂

    Reply
  • zool 27 August 2014 at 9:45 PM

    nampak bagus produk ni.. leh try kat kereta saya ni

    Reply
  • Denaihati 27 August 2014 at 3:04 PM

    hikahnya tu, kereta berkilat semula, bolehlah polish satu kereta pulak

    Reply
  • yui 27 August 2014 at 9:09 AM

    alhamdulillah ok dh..

    Reply
  • Ismail N 27 August 2014 at 8:00 AM

    Sayang keta nampak? Kawe dah lama tak wax kereta. Harganya pun dah tahu lagi. Kawe rasa RM 40 tu berpatutan lah kan? 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:16 AM

      Siapa yang tak sayang kalau dah beli benda berpuluh ribu kan bro. Hutang pulak tu. Hahaha

      Reply
  • tiha 27 August 2014 at 6:32 AM

    takde tempat lain ke dia nak conteng eh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:15 AM

      Itulah kak. Kenapa la kereta ni yang jadi mangsanya.

      Reply
  • Fyda Noh 27 August 2014 at 6:30 AM

    wahhh.. hebat sekali.. dulu pun saya yang rasmikan calar kat kereta baru ayah saya. Terus dia pakai polish, nasib ok. Kalau tak, diminta ganti habis la

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:15 AM

      Hehe. Kalau diminta ganti suruh cat satu kereta memang habis la. Beribu habisnya tu.

      Reply
  • hikaru matsushima 27 August 2014 at 2:17 AM

    oghh..guna turtle aje rupanya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:14 AM

      Mana-mana polish pun boleh je sebenarnya.

      Reply
  • yandi 27 August 2014 at 12:50 AM

    wah hebat ya polishnya kuat bisa membersihkan contengan di cat mobil

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:09 AM

      Kalau sekadar contengan masih boleh ditanggal. kalau sudah dalam kesan calarnya, tidak boleh diselamatkan.

      Reply
  • JR 26 August 2014 at 10:49 PM

    Lepas ini pujuk-pujuklah si-penyonteng itu calarkan satu body kereta, barulah satu kereta berkilat….hehehehe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:08 AM

      Haha. Empunya diri yang contengpun tak tahu sape.

      Reply
  • Eizil 26 August 2014 at 6:34 PM

    Tempoh hari pun kereta kena kesan cat, sebab ada kenderaan bergesel semasa tengah parkir. Nasib baik tak dalam, so masih boleh diselamatkan dengan polish sahaja.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:08 AM

      Kalau bergesel tak dalam ni selalunya masih boleh dipolish je bro Eizil. Nasib boleh hilangkan. Hehe. Kalau tak memang sakit mata juga.

      Reply
  • myliferia 26 August 2014 at 3:54 PM

    hehehe…tang berfikiran positif tu yang terbaik…
    Mujur hilang. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:07 AM

      Hehe. Kena belajar berfikir secara positif. Perbaiki diri katanya.

      Reply
  • Mak lagenda 26 August 2014 at 3:46 PM

    Mujur jugak bleh hilang…kalo tak…isk..isk..isk..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:05 AM

      Kalau tak suruh mak jela pergi cari sape yang conteng. haha

      Reply
  • akubiomed 26 August 2014 at 3:34 PM

    Fuh, bak hang berkilat boleh nampak reflek wajah. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:04 AM

      Haha. Bahagian yang kena conteng je kilat bro. Bahagian lain tak sempat nak buat.

      Reply
  • Hafizul 26 August 2014 at 3:30 PM

    Wahhhh..hebat dan mantap kesannya..nak kena cari gak ni..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:02 AM

      Hehe. cari boleh je bro. Nak menyental tu yang kurang rajin tu kan.

      Reply
  • ~uncle gedek! 26 August 2014 at 3:24 PM

    Tang beli tu takpe… tang nak tenyeh tu yg tak tahan…! hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:55 AM

      Hehe. memang pun uncle. Tu yang tenyeh bahagian yang kena conteng je tu. Satu kereta memang tak larat la.

      Reply
  • suriaamanda 26 August 2014 at 3:05 PM

    Kalau SA confirm dah amukan ablasa dah…dinding rumah kena conteng ngan si kembar pun SA dah amukan ini plak kereta…kalau cik abe SA confirm dia cari orang yang conteng tu sampai lubang cacing

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:54 AM

      Lagi ganas SA eh. hehe. Bukan tak nak cari, tapi tak nak besar-besarkan.Takpe la. Asalkan boleh hilangkan SA.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 26 August 2014 at 2:22 PM

    Berkesan juga wax ni. Mujur kena conteng dengan marker je, dapat jugak dihilangkan dengan wax.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:45 AM

      Kalau guna objek tajam memang tak dapat diselamatkan lagi la jawabnya bro. Hehe

      Reply
  • maszull 26 August 2014 at 1:13 PM

    assalamualaikum hazmin…..kesian nyer siapa la yg buat mcm ni kan langsung…mcm org x ada fikiran…;)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:45 AM

      Waalaikumsalam. itulah. Takpa la, mungkin ni bahagian saya. Asal boleh hilang boleh hilang balik.

      Reply
  • deqnoor 26 August 2014 at 11:58 AM

    apa lagi? polish terus satu kereta… tp jgn polish selalu… 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:44 AM

      Hehe. Tunggu masa lapang lebih baru boleh polish kereta ni deqnoor.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 26 August 2014 at 11:36 AM

    Oh… baguslah dik. Kakak tapi kalau nak polish kereta biasa abang hantar dekat car-wash. Cuci sekali. Itu yg kalau cuci + polish jadi mahal sebab chemical digunakan dah mahal..

    Apalah motif dia menconteng kereta org. Macam tak berakal dan tak tahu dosa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:43 AM

      Wanita memang kurang sikit kan kak bab penjagaan kereta ni. Hehe. Biasa la tu kan.

      Itulah. Saya pun tak tahu apa motif pergi conteng dekat kereta. Mungkin budak-budak rasanya.

      Reply
  • Hairul Hissam 26 August 2014 at 10:51 AM

    mmg benar kata bro.. kalau kita bersangka baik pada apa yg berlaku.. tentu hidup kita lebih ceria dan banyak hikmah yg kita dapat…
    psst: mau terbeliak mata org yg conteng keta bro yg semakin cantik tu… jangan dia conteng lagi sudah.. heee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:40 AM

      Hehe. Janganlah diconteng lagi. Penat nak hilangkan ni.

      Reply
  • mohdridzwan 26 August 2014 at 9:43 AM

    Haha…siap berterima kasih lagi tu sebab conteng. Meh nak try conteng sikit? Hahah…
    Memang tension kan kalau kereta kita suka-suki ja orang nak conteng. Paling sentap kalau calar dengan sesuatu objek. Kalau bro nyumpah sampai seminggu…mungkin ambe lebih lagi la kot. Hehehehehe….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:35 AM

      Boleh je bro nak conteng. Tapi pakai marker gak la ye. Sikit-skit je dah la, Hahaha.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Aktiviti Seharian Di Gym

By Hazmin Hamudin

Siapa Yang Cuti Hari Ni?

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Sarapan Pagi

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Menu Lunch RM5

By Hazmin Hamudin

iPhone 5s Hadiah Hari Lahir

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in