• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Teruk?

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Teruk?

By Hazmin Hamudin | 29 November 2013 | 40 Comments

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Teruk? Aku letak tanda soal sebab aku nak tahu jugak pendapat korang yang dah pernah makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi ni. Aku search dekat Google memang kebanyakkannya memberikan komen positif pasal restoran ni. Lain orang, lain citarasanya kan.

Dulu memang aku dan keluarga aku selalu makan dekat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi ni. Dari segi rasa memang tak menghampakan la. Sekarangpun sama. Tapi aku nak complain dari sudut yang lain. Dah la kualiti ikan yang teruk, ditambah pula dengan layanan yang menghampakan. Memang tertutup selera nak makan.

Entri kali ni tiada gambar makanan seperti selalunya. Tapi lebih kepada perasaan tidak puas hati terhadap restoran ni. Dah selalu sangat aku bercerita tentang kebaikan sesuatu kedai makan yang aku pergi. Memang jarang aku nak cerita yang tak best atau menjatuhkan kedai tu. Tapi kali ni memang aku tak boleh nak tahan. Kalau tak elok servis nya, memang aku akan cakap tak elok. Buat apa nak puji sesuatu yang tak elokkan.

Malam semalam aku dan keluarga aku makan dekat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi setelah sekian lama aku tak datang sini. Orang macam biasa memang ramai punya. Selalunya bilangan orang yang ramai ni menjadi kayu ukur tentang kesedapan makanan restoran tersebut.

Dipendekkan cerita, ayah aku pilih ikan jenahak untuk dibakar. Kalau selalu makan ikan bakar, mesti tahu ikan jenahak memang sedap dibuat ikan bakar. Isi ikan jenahak bakar memang lembut dan sedap. Tapi malam semalam sebaliknya pula yang terjadi. Isi ikan jenahak yang aku dapat tu keras dan liat. WTF isi ikan bakar liat, keras macam ni. Memang tak puas hati jadinya.

Bila panggil pelayan dan beritahu keadaan ikan yang macam tu, mereka terus ambil tanpa cakap apa-apa. Buntu kejap. Tak lama lepas tu pelayan hantar ikan jenahak tadi selepas dibakar semula. Weh pelayan, korang ingat ikan tu kurang masak ya? Ada ke ikan kurang masak isi jadi liat dan keras. Ok fine. Lagi sekali ikan yang dah dibakar semula ni pun sama je liat, keras.

Masa nak balik complain pada pelayan dan mungkin juga ketua kepada semua pelayan. Kalau datang sini, dia ni badan gampal-gempal dan selalu mencatit apa yang kita nak masak setelah memilih ikan. Bila di adu, boleh pulak ko cakap ayah aku salah pilih ikan ya. Siap cakap tu ikan gerut memang isi liat dan keras macam tu. Weh, ada ke orang nak berniaga ikan bakar dengan isi yang macam tu. Aku yang bukan peniaga ni pun tahu nak jual ikan apa. WTF betul la dapat layanan macam ni.

Dah la kualiti ikan yang aku dapat memang totally out, dapat pulak layanan yang teruk macam tu. Memang buat aku nak tumbuk je muka palayan tu. Tak nak langsungkan mengaku kesalahan kedai korang ni. Tak nak mengaku yang korang jual ikan yang takda kualiti macam ni. Tapi terus korang nak salahkan pelanggan pulak.

Wahai peniaga-peniaga melayu, mana pergi adab dan budi bahasa korang. Aku tak mintakpun ikan lain sebagai pengganti ataupun suruh korang bayar harga ikan tu. Cukuplah sekadar perkataan ‘MAAF’ yang keluar dari mulut korang tu. Satu perkataan maaf pun langsung tak keluar. Siap buat muka tak puas hati lagi ada masa aku nak balik.

Memang sampai sini sajalah kaki aku nak jejak Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi ni dengan kualiti layanan yang macam ni walaupun rasa makanan sedap sekalipun.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • mohamadisa_mn 13 December 2014 at 9:57 PM

    Klu di bangi elok la try D’jabris ikan bakar serkam @ wisma klia holdings sek 6… Ikan bakar terbaik

    Reply
  • Shasha 24 October 2014 at 6:08 PM

    Saya da lama banned Ana Ikan Bakar Petai malas nak citer pengalaman buruk da banyak kali kena makan kat situ. Saya lebih suka D’kenali ikan bakar tak jauh dari Ana dan Tasik Idaman Ikan Bakar Dengkil jauh lebih fresh, murah dan sedap. Hati pun tak sakit.

    Reply
  • Jr 19 October 2014 at 6:33 PM

    Salam… Kebanyakkan kedai yang sudah ramai customer mmg begitu layanannya… Owner merasakan itu perkara biasa.. Selagi customer tetap ramai.. Itu bukan masaalah bagi owner.. Masakan pula Ada yg ok Dan Ada yg x ok.. Layanan pula setakat layan biasa.. Pendapat saya.. Semua boleh diperbaiki Bermula dari owner sendiri.. Jika owner Ada sikap untuk sentiasa berikan yg terbaik.. Soal tidak puas hati customer xkan wujud.. Apa bila kita buka satu2 business.. Dan menjual product.. Maka wajip untuk jual product yg terbaik Dan servis yg terbaik.. Sbb pelangan bayar apa yg dibeli.. Dan jadi tanggungjawap penjual untuk berikan yg terbaik..

    Reply
  • in 15 September 2014 at 4:47 PM

    sangat2 teruk cara diaorg melayan customer. dengan muka masam,cara ckp kasar lg dgn endah tak endah.mentang2 ramai customer dtg.the best part, puasa hari tu time tgh pilih2 ikan tiba2 dtg seorang pekerja terus tuang air ikan kt kaki sy.xtahu ape ada kt kepala dia sampai dia buat mcm tu.bila ditegur langsung xada maaf lagi buat muka toya ada la.mmg owner kedai ni kena buat sesuatu b4 customer angkat kaki.masakan pn kurengg.

    Reply
  • zam 1 September 2014 at 9:01 PM

    Mmg teruk..suruh lap meja yg berabuk wat muka toyol..sakitnya hati!!!!!

    Reply
  • xoxo 28 May 2014 at 3:36 PM

    ikan jenahak banyak jenis..merah ke putih ke..aku makan jenahak fresh baru naik dari laut ada jek yang liat..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 May 2014 at 3:43 PM

      Terima kasih untuk info bro. Sebab selama ni makan semua sedap dan lembut. Sepatutnya tuan kedai terangkan dengan elok kepada pelanggan. Baru pelanggan puas hati.

      Reply
      • yaya 29 May 2014 at 1:50 AM

        Maaf atas kesilapan itu. Jika ada yang tak kena dengan layanan pelayan boleh direct komplain pada paksu. Paksu akan selesaikan. Kalau ada apa apa masalah panggil saja paksu. Kalau staff lain mereka tak faham.

        Reply
  • Nd 28 April 2014 at 4:31 PM

    Saya pun dah banyak kali makan kat restoran ni. Dan banyak kali tu jugaklah ikan tu memang tak fresh dan makanan sangat teruk kualitinya. Tak tau kenapa ramai orang kat situ

    Reply
  • muhammad 12 April 2014 at 10:45 AM

    untuk makluman dan pengetahuan korang. ikan jenahak memang ada jenis isi lembut dan isi keras. hanya orang yang kenal ikan saja yang tahu. kita tak boleh nak salahkan pelayan kedai sebab mereka mungkin tak ada ilmu tu. petua nak tahu isi ikan lembut atau liat ialah mematahkan sirip. kalau patah maksudnya tak liat. Budaya memburukkan perniagaan orang patut “dipupuskan” dari sikap orang melayu. apa kata mulai sekarang kita menegur secara baik Tuan kedai supaya menambah baik layanan kedai. seperkara lagi ialah cubalah berbaik2 dengan tuan kedai dan staff kedai supaya kita dikenali dan diberi layanan yang baik. kalau anda terlibat dengan perniagaan , masalah akan anda hadapi setiap hari perihal masalah pekerja dan barang2. bayangkan perniagaan anda diburukkan orang luar? sanggup anda menanggung? ubah budaya mencaci kepada membantu menjayakan. harga ikan makin mahal, kita pulak nak yang murah2, nak sedap, nak layanan VIP. cuba bayangkan anda ditempat tuan kedai.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 April 2014 at 11:23 AM

      Assalamualaikum saudara Muhammad. Adakah saudara ni merupakan sanak saudara ataupun tuan kedai atau kawan atau sesiapa yang mempunyai hubung kait dengan kedai tersebut? Walau siapa pun saudara, terlebih dahulu saya memohon maaf dengan sepenuh hati saya andai entri ini memberi kesan kepada mental mahupun fizikal saudara atau menjejaskan sumber pendapatan saudara.

      Adakah saudara Muhammad selalu berbaik-baik dengan semua restoran yang saudara pergi? Wah… Baguslah kalau saudara berbaik-baik dengan semua restoran yang saudara pergi ya. Adakah saudara sentiasa mendapat layanan yang baik-baik dan tidak pernah sekelumitpun tidak mendapat layanan yang buruk daripada palayan? Mungkin juga saudara mempunyai hati kental dan sentiasa menurut sahaja walaupun palayan melakukan kesilapan dan tersenyum sahaja. Jika begitu saudara memang hebat.

      Rasanya tidak salah untuk menegur kalau layanan yang diterima macam tu. Dan untuk pengetahuan saudara, boleh dikatakan setiap minggu saya makan di restoran tersebut. tidak cukup? Adakah makan setiap hari baru boleh dikatakan berbaik dengan tuan kedai? Boleh dikatakan jugak dah banyak kali tengok tuan kedai datang makan dengan berpakaian jubah. Tapi… Tapi datang makan dan duduk berseorangan serta tidak bertegur sapa dengan pelanggan. Itu apa yang saya perhatikan. Saya juga mungkin silap.

      Saya pun malas nak ulas panjang lebar. Ini Blog saya, saya luahkan apa yang saya rasa. Kalau tak setuju atau ada pendapat lain, boleh saja kemukakan. Saya alu-alukan. Saya buruk dari saya, dan baik hanya dariNya. Sekian.

      Reply
    • Chuda Mat 26 May 2014 at 3:24 PM

      kelalakar lak baca komen nie…pelanggan lak kena baik2 dengan tuan kedai???? macam terbalik lak…kan?kan?kan? Bukan memburukkan tp dia cerita pengalaman dia…tqvm for the info pd tuan punya blog .

      Reply
      • yaya 29 May 2014 at 1:52 AM

        Maaf kadang2 kedai ramai. Tak terlarat kami nak entertain semua. Kami ada lebih 50 staff. Tapi bila sekali penuh, maaf jika ada terkurang pada layanan kami.

        Reply
    • yaya 29 May 2014 at 1:51 AM

      Terima kasih kerana memahami situasi.

      Reply
  • adikensem 21 December 2013 at 9:41 PM

    Habis la kedai tu nanti. The power of keyword + google search will crawl around the world. Huhuhu

    Reply
    • yaya 29 May 2014 at 1:53 AM

      Alhamdulillah, kedai sampai sekarang sentiasa ramai. Depends pada pelanggan juga

      Reply
  • suriaamanda 5 December 2013 at 5:21 PM

    Klau SA kena macam tu cukup la sekali…i x datang lagi…

    Reply
  • schaze zainn 5 December 2013 at 12:17 AM

    tak pernah pi pun hihi

    kalau restoren bg layanan teruk mmg sorry lah nak dtg lagi kan

    Reply
  • ema 4 December 2013 at 9:39 AM

    kami pun pernah terkena…skrg sanalah tempat kami utk makan ikan bakar…tp kini tidak lagi….ikan pun tak segar..dan dah tak sedap… cuba restoran idaman pula…cuma jauh sikitlah

    Reply
  • maszull 3 December 2013 at 12:53 PM

    assalamualaikum hazmin….kekadang mmg ada yg begini sentiasa ada masalah…lebih baik x payah dtg lepas ni…;)

    Reply
  • papa mifz 30 November 2013 at 8:47 PM

    marah sungguh nampaknya bro , blacklist terus restoran tuh…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 7:07 AM

      Hehe. Memang marah dapat layanan macam tu. Memang takda hati nak pergi lagi dah.

      Reply
      • yaya 29 May 2014 at 1:54 AM

        Datang waktu tak ramai. Empat petang sampai enam petang. Waktu tu tak sampai 30 minit semua makanan boleh sampai. In Shaa Allah .

        Reply
  • JR 30 November 2013 at 6:39 PM

    Kalau pergi kedai Cina, dia akan bisik pelan2: ‘OK jangan cakap kuat2, kita tukar ini ikan, beri you free…” Kerana falsafah Cina kalau hari ini hilang seorang pelanggan, esok akan hilang 10 pelanggan dan 10 hari lepas itu akan hilang 100 pelanggan selepas ‘cerita busuk’ mereka tersebar…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 7:06 AM

      Betul tu bro JR. Kenapa la orang melayu takda mentaliti macam ni kan. Bila saya dah tulis dekat blog, kan dah buruk perniagaan mereka.

      Reply
      • yaya 29 May 2014 at 1:55 AM

        Jemput datang kedai nanti bila ada masa terluang. Kalau nak cepat sampai. Atau sampai makanan terus ada depan meja boleh call untuk booking. Tq.

        Reply
  • Anim 30 November 2013 at 10:01 AM

    kak baru nak jengok restoran ni, hihi. masa p umah adik kat bangi, tak sempat, nampak je dari jauh. tertarik bila ikan bakar letak petai..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 7:05 AM

      Memang menu dia ada kelainan kak. Dulu memang tiap masa pergi restoran ni. Tapi terkena macam ni terus kecewa.

      Reply
      • yaya 29 May 2014 at 1:56 AM

        Boleh call untuk booking. Makanan akan siap pada waktu yang encik nak.

        Reply
  • t.a.t.a 30 November 2013 at 8:48 AM

    Dua kali kau tulis WTF eh, memang betul la, kecewa betul ya ni nampak nya? Reverse psikologi, kesian betul kat depa tu ye. dapat rezeki tak berkat malam ni. customer bayar tapi tak puas hati, maka tak jelas la keberkatan rezeki itu. so kesian la pada mereka.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 7:03 AM

      Marah bukan saja sebab ikan tu keras dan liat, tapi kitorang pulak dipersalahkan oleh pelayan. Memang lagi marah.

      Reply
  • tmm 29 November 2013 at 7:31 PM

    kena baik sangka.

    org ramai, semua nak cepat, maybe pelayan tu kepenatan melayan karenah pelanggan. tu pasal agak moody.

    kalau tak bagus, takkan restoren tu sentiasa ramai kan.
    saya pernah pergi restoren ni sekali je la , ok je layanan dan masakan masa tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 7:00 AM

      Tak tahu la nak cakap bro. Sebab sebelum ni memang pelayan yang sama agak ‘berlagak’ sedikit. Perkataan MAAF satu perkataan je rasanya dapat meredakan hati orang yang tengah marah.

      Reply
  • Nastyna 29 November 2013 at 5:39 PM

    hmmm biasa tak dengar ayat “bila Melayu kembang sayap” haaa asal maju sikit jer, tunjuk belang, ini lah dia. Ikan bakar keras? Kalau I goreng minyak sikit pun still lembut isi nyer, ni mesti kes ikan tak fresh goreng garing2 dulu then baru bakar kot ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 6:58 AM

      Melayu bila dah maju, duit banyak depan mata memang jadi gelap hati agaknya. Mintak dijauhkan la sikap yang macam tu. Agaknya ikan tu masih lagi beku terus dibakar ataupun memang tak fresh. Tp terus disalahkan pelanggan pulak. Tak faham dengan perangai macam ni.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 29 November 2013 at 11:45 AM

    Macam mana la nak maju kalau meniaga macam ni gayanya. Kedai-kedai Melayu ni, kebanyakan kedai makan yang aku pegi memang selalu sangat jumpa jenis yang tak mesra alam ni. Agaknya, gaji pelayan-pelayan ni patut dinaikkan supaya dapat buat selection dari segi attitude waktu interview kerja.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 6:56 AM

      Rasanya tiada kena mengena dengan gaji ni bro. Ni dah memang sikap kebanyakkan orang melayu yang berniaga. ‘Terima kasih’, ‘maaf’, memang sangat susah nak keluar dari mulut mereka. Tu apa yang aku perasan la.

      Reply
  • Farid Adam 29 November 2013 at 10:16 AM

    Belum kena boikot lagi tu. Kalau dah kena, baru diorang tau…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2013 at 6:54 AM

      Mentang-mentang restoran sentiasa penuh agaknya. Bila jadi kes terpencil macam ni diorang buat tak tahu je. Memang kecewa dgn sikap peniaga macam ni.

      Reply
      • aswadkhadir 5 September 2014 at 8:58 PM

        I nk pi cuba malam ni..tadi earlier chats by yaya..tgk kata bole call tuk booking..just now was tryin to placed booking..dia just says…walk in..saja..15paxs..see how mcm mna diorg manage!..

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Penyanyi Pop Whitney Houston Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Spesifikasi Menarik iPhone 5

By Hazmin Hamudin

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Adik

By Hazmin Hamudin

Jangan Amal Terapi Ozon, Chelation

By Hazmin Hamudin

Drama Vanilla Coklat Episod 8 Uncut Scene

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in