• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai

Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai

By Hazmin Hamudin | 6 March 2012 | 2 Comments

Selepas timbulnya desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinan termasuklah gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa yang mula tersebar di internet minggu lalu bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli ataupun lebih dikenali sebagai Jejai, akhirnya Fasha Sandha mengakui telah menerima lamaran daripada Jejai.

Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai

“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya dalam tahun ini juga.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

“Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya” menurut Fasha.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, Fasha enggan memberitahu mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 7 March 2012 at 10:35 PM

    Dah selamat hendak bernikah. Harap ini kuranglah gosip-gosip liar.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 March 2012 at 10:41 PM

      Dan harap takda la kes cerai berai artis ni…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Bagaimana Menyayangi Seseorang

By Hazmin Hamudin

10 Tanda Kita Dah Tua

By Hazmin Hamudin

Obses Dengan Tarikh Menarik

By Hazmin Hamudin

Terkini – Gambar Perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah

By Hazmin Hamudin

Almy Nadia Patah Jari Kaki Akibat Tersadung

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in