Kerajaan telah mengumumkan bahawa produk Colour Crystal Ball (bebola agar-agar) atau dikenali juga dengan nama seeds growing kits diharamkan penjualannya kepada orang ramai. Kalau korang nak tahu Colour Crystal Ball ni digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu. Kerajaan mengharamkan produk tersebut setelah mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.
Bagus la kalau kerajaan bertindak cepat sebelum terjadinya perkara buruk yang tidak diingini kepada kanak-kanak sebelum terlambat. Sekurang-kurangnya ada jugak kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaankan walaupun macam-macam perkara yang tidak baik dilontarkan kepada meraka.
PUTRAJAYA 25 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.
Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.
”Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.
”Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.
Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.
”Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.
”Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna,” katanya.
Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.
”Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.
”Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik,” katanya.
Sumber : Utusan
tak pernah pulak aku nampak dia boleh kembang sampai macam tu sekali.apapun bagus jugak diharamkan jualannya sebelum jadi apa2…
mungkin kalau dah masuk dalam badan benda tu lagi bahayakan.sampai dah ada kes kematian.
nmpak mcm gula2 kan ..
patut budak2 kecik suka ..
telan kang naya . huhu
Tu la….warni warni…memang menarik perhatian budak budak.elok simpan je kalau ada..
hurm, bagus jugak tindakan kerajaan ni..tp, rokok je yg x diharamkan lagi.. maksud sy, x diharamkan utk masuk ke negara kita. amacam neyh?
Sebabnya mereka mengaut untung daripada cukai rokok ni..termasuk juga dgn minuman keras…
hoho..memang bahaya dengan budak-budak benda nih..tertelan..naya aje..
tu la..elok simpan atau buang terus bagi siapa siapa yang ada benda ni
my sis suka beli benda ni pas tu letak dlm pasu…bahaya jgk kalau ada bdk kecik ni
tu la..kerajaan pun dah melarang penjuaalan benda ni. elok jauhkan dari kanak-kanak untuk keselamatan.
gila, leh kembang sampai usus pecah eh? nmpak sangat kuat gila serapan air untuk mende ni …
tu la..budak budak bukan kira, semua benda dia nak telan..agak bahaya jugak la.