Terkejut betul bila tengah sedap belek-belek akhbar online pagi ni (akhbar online pun boleh belek-belek ke ? ) terbaca satu berita yang agak mengejutkan mengenai pelajar kita di negara orang. Dek kerana nak mempertahankan motornya yang hendak dicuri orang, beliau telah dibunuh dengan kejam oleh pencuri tersebut. Memang kejam sehinggakan kerana sebuah motosikal, abis nyawa mangsa turut diragutnya. Terkejut. sedih, pastinya perasaan ini bermain di fikiran keluarga mangsa sekarang ini apabila mendapat tahu anak nasib yang menimpa anak mereka.
Kalau sebelum ni pelajar Malaysia di London iaitu Muhammad Asyraf Haziq Rosli telah disamun oleh penunjuk perasaan di sana sehingga mengakibatkan rahannya patah. Walau bagaimanapun nasib malang Muhammad Asyraf Haziq Rosli mendapat perhatian penduduk disana sehinggakan warga London buat laman web kutip dana untuk bantu Asyraf.
Semua pelajar Malaysia di luar negara sudah pastinya berdepan dengan pelbagai dugaan sama ada bahaya ataupun tidak. Mereka terpaksa menghadapi segala masalah tersebut dengan pelbagai ragam manusia yang sudah pastinya berbeza budaya dan adab berbanding dengan negara sendiri. Mahu tidak mahu mereka terpaksa hadapinya untuk mencari ilmu dan berbakti kepada negara kelak.
Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia, Andrea J Ferrera,23, maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikal beliau di hadapan rumah sewanya, di Lowokwaru, Kota Malang malam Isnin.
Mangsa yang berasal dari Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya.
Kos membawa pulang mayat pelajar berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Sumber
aduhh..sampai jadi macam ni pula..
manusia kalau dah tak waras, macam tu la jadinya.
tu lah , org sana memang kejam2..
kesian baca paper hari ni kisah pasal doctor ni. nak beri rawatan percuma untuk orang susah tak kesampaian.
Takziah kepada keluarga mendiang.
takziah juga kepada mangsa.
Innalillah.. Kena kelar tu..
bakal doktor tu…ishk..da x selamat da kat mana2 ni
Tu la.. abis hilang sorang bakal doktor…
kesian kan? tapi kalau ko la… mesti la ko pon akan mempertahan kan gak moto ko kan?
Lumrah manusia, kita mesti pertahankan apa yang kita sayang… Tapi sampai nak berbunuhan memang tak patut.