• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Nasi Kukus Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar

Nasi Kukus Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar

By Hazmin Hamudin | 4 November 2012 | 30 Comments

Nasi Kukus Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar. Keluarga aku kalau nak makan nasi kukus dekat KL ni memang akan pergi ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS). Sajian Aliaa bagi aku antara gerai nasi kukus yang terbaik disertakan dengan pelbagai lauk pauk pelbagai jenis untuk dipilih. Ikan bakar seperti kembung, keli dan juga pari sudah pasti membangkitkan selera. Ikan bakar tu akan dipanaskan dan disiram dengan sambal istimewa. Dicicah pula dengan air asam dan cili kicap sudah pasti membuatkan hidangan bertambah mantap.

Selain daripada ikan bakar, terdapat juga ayam goreng berempah untuk yang gemarkan lauk ayam. Terdapat pelbagai pilihan kuah gulai dan kari yang pekat dan cukup rasa rempahnya. Antaranya gulai daging, kaki ayam dan juga ikan. Kesemuanya mempunyai rasa yang tersendiri. Memang puas hati.

Aku seperti biasa akan pilih ayam goreng berempah untuk dimakan bersama dengan nasi kukus ni.   Hidangan nasi kukus ni dihidangkan sekali dengan nenas masam-masam manis, potongan timun, sayur tauge dan juga sedikit sambal belacan. Kuah tu aku letak sendiri sampai banjir baru puas makan. Kuah tu terpulang kalau nak campur semua atau pilih mana yang berkenan ikut selera masing-masing la kan. Untuk hidangan nasi kukus dengan ayam berempah ni cuma berharga RM5.00.

Secara keseluruhannya memang puas hati dan mengenyangkan bila makan nasi kukus dekat Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar ni. Aroma nasi kukus panas dengan daun pisang menaikan lagi nafsu makan. Kalau korang nak cari nasi kukus dekat kawasan lembah kelang ni boleh la cuba nasi kukus dekat Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar, Lebuh Raya Kesas. Memang terbaik.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jane 13 December 2012 at 4:40 PM

    Steamed rice dishes is seemed to be very tasty beyond expectation. The leaf of banana tree probably make it more dashing to see. I am crazy to taste this dish.

    Reply
  • Kazen 7 November 2012 at 1:04 PM

    dah laa tgh lapar pastu tgok post nie… fulamak kene keluar pegi cari mknan laa gini :p

    Reply
  • kesumaAngsana 5 November 2012 at 12:28 PM

    wah nampak sedap ni! tq share this info ye

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 1:18 PM

      Nanti Kak KA try la.. Mana tau sedap dihati ke kan.. Hehe

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 5 November 2012 at 11:49 AM

    Adeh, mcm sedap.. tapi lama dah kawe tak pi Shah Alam. Kalu dulu2 rajin ke sana tengok bola…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 1:17 PM

      Takpe.. kalau ada datang try la makan… makan tau berkenan ke kan.

      Reply
  • syaifuddin alias 5 November 2012 at 11:05 AM

    RnR situ ada jual mende2 gnie ..memang power ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 1:16 PM

      Semua ada kat situ.. Sate Hj Samuri ada.. Ayam kampung ada.. Senang makan dekat situ.

      Reply
  • boni kacak 5 November 2012 at 8:13 AM

    pergh…gilla mengiurkan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 8:59 AM

      Dan macam tengok perempuan pulak ko ni Boni.. Hehe..

      Reply
  • cik tom 5 November 2012 at 12:14 AM

    pergh terliur tgk..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 7:12 AM

      Hehe.. Memang sedap ni.

      Reply
  • Naziman 4 November 2012 at 11:39 PM

    Wah banyak cerita sal makanan ni. Bila tengok gambar tu, rasa lapar pula. Sudah la tak makan malam lagi ni. huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 7:11 AM

      Hehe.. Itulah… dah macam blog makanan dah sekarang ni.

      Reply
  • Iam Yanty 4 November 2012 at 11:06 PM

    dri putrjaya nak pi dri arah mn ni…klu nek bus lik dri kg mmg llu…tpi cm jrg lalu jln tu so xexpert.terliur plak…tpi Ty bru pas operate buang gigi bgsu…jdi pas dh sihat r kot bru leh melantak…uwaaaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 11:09 PM

      Hentian ni daripada bukit jalil menghala ke shah alam.. 🙂

      Reply
  • titan 4 November 2012 at 10:25 PM

    pehh..memang puas hati la kalau macam camginih..

    Reply
  • JR 4 November 2012 at 10:11 PM

    Insyaallah kalau kebetulan melalui kawasan itu nak cuba merasai keenakannya juga….

    Reply
  • donnyien 4 November 2012 at 8:59 PM

    pergh! nasi kukus ni nampak sedap, harga pun biasa-biasa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 10:02 PM

      Memang sedap pun bro donny..

      Reply
  • jebateja 4 November 2012 at 7:32 PM

    Wow…siap promote laei….den pun nak kena carik aaa…..ahakz

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 10:02 PM

      Benda sedap kenalah promotekan.. Hehe

      Reply
  • dadddyziyyad 4 November 2012 at 6:52 PM

    Nasi kukus ni masakan tradisional Kelantan kan? Boleh la saya cuba singgah kalau lalu KESAS ni..So far pernah jumpa satu gerai aja yg jual kat Shah Alam ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 6:55 PM

      Tak silap saya nasi kukus ni makanan Terengganu. Sebab mula-mula kenal nasi ni masa dekat Terengganu. Hehe.

      Reply
  • jna 4 November 2012 at 6:15 PM

    teeeerusss xjd diet tgk makanan ni huh!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 6:55 PM

      Ala… Tak payah la diet Jna.. Makan je…Hehe

      Reply
  • akubiomed 4 November 2012 at 5:23 PM

    Masakan kampung berbaloi dengan harganya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 5:37 PM

      Masakan kampung memang sedap kalau dimakan dikira waktu.

      Reply
  • zila sensei 4 November 2012 at 5:06 PM

    tertelan air liur tgk menu ni.huhu.. oo kat kesas ea ade, lalu bnyak kali da kat sini tp xpneh nampak plak gerai aliyaa ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 5:36 PM

      Lepas ni boleh la terjah gerai Aliaa ni dekat RnR Awan Besar hala ke Shah Alam.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Piala Sultan Selangor 2013

By Hazmin Hamudin

Flemington Hotel, Taiping

By Hazmin Hamudin

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 (17 – 20 Mac 2011)

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Valentine ?

By Hazmin Hamudin

Henti Minum Kopi Luwak Sehingga Disahkan Halal

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in