Semalam masyarakat Islam di seluruh Malaysia dan juga seantero dunia meraikan perayaan yang sangat besar iaitu Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Kalau dah raya Qurban ni sudah semestinya semua orang akan sibuk sembelih lembu dan melapah daging-daging lembu. Bagi penggemar daging sudah tentu ini adalah saat-saat yang dinantikan kerana akan dapat banyak daging hasil pemberian korban,
Akupun dapat banyak daging juga macam korang. Mana boleh kalahkan. Tapi cuma yang membezakan adalah daging yang berbentuk bola. Pelik tak, pelik tak? Orang sibuk pergi berjalan-jalan raya ataupun pergi sembelih daging lembu, keluarga aku pulak sibuk ‘menyembelih’ IKEA Swedish Meatballs ni.
Siapa yang tak kenal lagi IKEA meatball ni yang dihidangkan bersama kentang goreng dan jem strawberry serta dituang kuah yang sangat sedap tu. Bila makan memang dah tak pandang dah orang kiri kanan mahupun awek cun yang tengah lalu lalang. Meatball merupakan antara hidangan yang wajib diorder kalau ke IKEA ni kan.
Pelangkap kepada IKEA Swedish Meatballs adalah IKEA Chicken Wings ni. Memang sedap diratah begitu saja. Tujuan asal sebenarnya
Dengan acara ‘melapah’ daging meatball di IKEA ni, maka lengkaplah Hari Raya Aidiladha aku sekeluarga.Almaklumlah nak balik kampung, takda kampung pulakkan. Kampungpun dekat KL ni je. Serdang nak ke Gombak bukan jauh manapun kan. Sudahnya ke IKEA la kita layan meatball ni. Ok la tu kan. Hari ni pulak baru nenek aku buat korban dan seekor lembu akan menjadi mangsa. Ok la, aku nak pergi melapah daging korban kejap.
Salam Aidiladha.
Aiseyman…Rindunya meatballs IKEA…ciken wings..kena plak daim kek for dessert. Nakkkkkkkkkkkkk! Hehe
Kek daim dah takda dah mummy… Dah ganti dgn kek lain pulak skrg ni…
meatball ikea memang best..aku hari raya ni, pegi layan genting ngan family..hahaha
Lagi best layan Genting masa Raya.. Hehe
wah terliur plk tgk..hehe..Selamat Hari Raya Aidiladha dr cik tom 🙂
Apa lagi. Bila Cik Tom nak belanja meatball IKEA pulak. Hehe
gile best hari raye makan meatballs ikea… jeles n lapar jugak rasenye ni… hehehe
Nadot kalau tak lapar tu memang bukan Nadot la kan. Kih3.. Jangan marah ye.
memang lain dari yang lain menu aidil adha ni..hehe
Hehehe.. Saja cuba kelainan..
fuhhh sedap tu,sesekali buat kelainan macam ni pun boleh bro
wahhhh seronok!! mcm nk je meatball sikitttttttttt!!! ;D
^^salam aidiladha
Nak meatball sikit? Ambik la Jna..
Slmt hr rya….xpernah lg mam dekqt ikea…setakat jalan jalan cuci mata ada la…
Kena cuba nanti. Dah penat cuci mata, cuba makan meatball pulakkan. 🙂
selamat hari raya aidiladha bro. pernah sekali order meetballs dan sayap ayam tu.. memang menyelerakan. rugi tak singgah sini kalau pi IKEA.
pergh..meatball tu nampak sangat2 menyelerakan…
Kalau lapar setakat sepuluh ketul ni takda hal bro.
selamat hari raya korban, bro
Selamat Hari Raya Korban untuk bro juga.
Kalau ada masa lalui kawasan tsb nak try rasa makanan kat restoran tu…..
Memang kena cuba kalau pergi ke IKEA.
sumpah sampai sekarang aku masih belum makan lagi meatball IKEA yang digembar-gembur dikata oleh orang ramai akan kesedapannya! uish.. -_-“
Kenapa tak pergi cuba lagi bro? Duduk jauh ke?
Wah ini betul-betul korban tekak.
Hehehe.. Pagi ni baru nak korban lembu pula di rumah nenek di Gombak bro.