• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Harimau Malaya Dibaham Singa

Harimau Malaya Dibaham Singa

By Hazmin Hamudin | 26 November 2012 | 50 Comments

Harimau Malaya vs Singa

Harimau Malaya Dibaham Singa. Apa sudah jadi dengan pasukan bola sepak Malaysia apabila tewas mudah dengan pasukan negara jiran, Singapura. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam perlawanan pertama untuk kempen kali ini.

Kecewa betul aku bila melihat aksi dan corak permainan pasukan Harimau Malaya yang dipimpin oleh Datuk K. Rajagopal. Biarpun tidak seteruk seperti mana dibelasah 1-5 Indonesia dalam edisi dua tahun lalu, apa lagi alasan yang cuba diterjemahkan Rajagobal kali ini memandangkan Harimau Malaya sepatutnya tampil memelihara maruah selaku tuan rumah edisi kali ini. Kalau sebelum ni Rajagopal seringkali memberi alasan menurunkan skuad eksperimen ketika tewas dan seri dalam perlawanan persahabatan sebelum-sebelum ini. Takut corak dan taktikal skuad Harimau Malaya diintip oleh pasukan lawan katanya. Sekarang ni nak bagi alasan apa pulak?

Aku rasa eloklah gelaran Harimau Malaya tu ditukar kepada Kucing Malaya sebab mudah sangat dijinakkan oleh pasukan lawan. Kucingkan seekor binatang yang jinak ye tak. Ataupun kalau dah kerap sangat guna alasan bereksperimen, boleh juga menggunakan gelaran ‘Harimau Makmal’ yang pada aku sangat sesuai untuk dibuat eksperimen oleh Rajagopal.

Dikatakan juga ribuan penyokong di stadium menjerit melaungkan ‘Rajagobal, apa yang engkau buat?’ sebaik perlawanan berakhir sebagai tanda protes terhadap persembahan hambar skuad negara malam tadi. Memang patut la peminat marah-marah kalau dah macam tu corak permainan yang dipamerkan. Patutnya dengan pihak pengurusan atasan juga perlu bertanggungjawab.

Dalam perlawanan semalam, skuad Malaysia ‘dikerjakan’ oleh Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Gol Singapura dijaringkan oleh ketua pasukan Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75.

Harap perlawanan menentang Laos dengan Indonesia lepas ni akan berpihak kepada Harimau Malaya. Kalau tak memang kena kutuk kaw-kaw la Rajagopal ni dengan peminat-peminat.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • onlajer 28 November 2012 at 12:15 PM

    itu lah yang keluar singa mengaum harimau menguap, sabarr je la

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 November 2012 at 12:24 PM

      Harimau main dekat sarkas je lepas ni.

      Reply
  • UpProfits 27 November 2012 at 10:22 PM

    Harimau dh jinak..nnti leh wat persembahan kat sarkas plak..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 November 2012 at 8:09 AM

      Hehe. Ok jugak tu main bola kat sarkas je kan.

      Reply
  • gamep01nt 27 November 2012 at 6:48 PM

    at least x kalah hahahahhaa

    Reply
  • hafizmd 27 November 2012 at 5:09 PM

    Mmg ramai yg berang dengan aksi harimau malam tuh…sampai siap kepung bas lagi lepas game..,

    harap pemain yg diturunkan lawan loas nanti, bermainlah penuh semangat, bekerjasama dan sentiasa bergerak mencari ruang kosong utk membuat gerakan menarik…

    InshaaAllah boleh menang, janji jgn main macam lawan singapura hari tu…kalau tak, mmg kena lauk!

    Reply
  • donnyien 27 November 2012 at 5:20 AM

    Hai bro Hazmin,

    Tahniah kepada pasukan Singapura, cuba lagi pasukan Malaysia.. teruskan memberi semangat kepada pemain negara. moga berjaya nanti rabu ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:15 PM

      Hai Don..
      Harap pasukan kita dapat tewaskan Laos dalam perlawanan esok.

      Reply
  • boni kacak 27 November 2012 at 4:41 AM

    apa yang boleh disimpulkan, seolah2 semangat, keyakinan dan keserasian pemain macam hilang.. tak macam piala aff sebelum ni…. kalau sebelum ni, benteng kita antara yang digeruni kerana sukar ditembusi, tapi permainan dengan singapore menunjukkan sebaliknya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:14 PM

      Semuanya adalah perancangan dan eksperimen yang telah dibuat oleh coach Raja Gopal. “Saya kenal pemain saya” katanya.

      Reply
  • Norizwan 27 November 2012 at 12:28 AM

    Bangkit semua untuk negara Ultras Malaya…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:13 PM

      Ultras Malaya dan bangkit dah bro. Yang belum bangkit Harimau Malaya ni. Tidur lagi agaknya.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 26 November 2012 at 10:55 PM

    benda dah jadik…lepas ni kene menang dua2 game la..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:11 PM

      Itulah.. Kalau kalah boleh ucap selamat jalan dekat AFF 2012 ni.

      Reply
  • BUATBEST ? 26 November 2012 at 7:11 PM

    tak sangka harimau kena sampai 3 biji..huhu..

    mengharapkan kebangkitan match lps nie..

    harap2 player main betul2, bkn main2 je..

    kesian kat supporter..

    Reply
  • Eszairy 26 November 2012 at 6:31 PM

    Lagi satu sbb defence n midfld lemah.

    Reply
  • Eszairy 26 November 2012 at 6:29 PM

    Harimau kalah sebab banyak menguap..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:11 PM

      Hehe.. Mengantuk sangat harimau tu..

      Reply
  • Melastik Bintang 26 November 2012 at 4:41 PM

    kalau diikutkan corak permainan dan player yang bermain semalam, secara jujur agak sukar untuk Malaysia mengekalkan gelaran Juara lagi…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:08 PM

      Kalau kalah lawan Laos esok bolehlah ucap bye2 dekat AFF2012 ni.

      Reply
  • Juan 26 November 2012 at 4:38 PM

    kita kalah, adehhh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:07 PM

      Kita tunggu pulak game lawan Laos esok.

      Reply
  • ohcikgu 26 November 2012 at 4:35 PM

    tak boleh nak salahkan rajagopal 100%. 90%..memang silap pemain kita..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:07 PM

      Bola ni permainan berpasukan. Semua yang harus dipersalahkan. Tapi perancangan coach tu lagi penting dalam pemilihan pemain mana yang berkualitikan.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 26 November 2012 at 4:27 PM

    Kakak temankan abang tonton tv sambil tangan pegang novel. Bila baru aje dah masuk 1 gol terus abang kata tak payah tengoklah meh baca buku aje. Sekali kisahnya sampai 3 nak kata apa.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:04 PM

      Baik lagi baca buku tu kak daripada tengok perlawanan bola yang tah apa-apa tu.

      Reply
  • 4feet8 26 November 2012 at 4:22 PM

    tak minat bola.. hihi..

    Reply
  • hafidz 26 November 2012 at 3:39 PM

    Aku dapat rasakan Malaysia akan bertemu semula dengan Singapura aksi final Piala Aff 2012.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 4:23 PM

      Itu kalau berdasarkan sejarah AFF 2010 yang lepas. Kalau betul kira ok la.

      Reply
  • syaifuddin alias 26 November 2012 at 3:31 PM

    malas nak sokong rajagopal dah dengan eksperimen dia yang mengarot tu..sebab kan eksperimen dia tu, Malaysia kalah awal ..1-0 okay lagi, ni 3-0 ..memang teruk eksperimen dia

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 4:22 PM

      Memang marah betul ni bro. Hehe…

      Reply
      • syaifuddin alias 27 November 2012 at 2:34 PM

        mestilah bro …saya memang tak dapat terima kekalahan Malaysia dgn eksperimen yang entah apa2 tu

        Reply
  • KesumaAngsana 26 November 2012 at 3:15 PM

    ttp sokong walau sedikit keciwa huhuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 3:47 PM

      Bagi peluang untuk perlawanan menentang Laos esok kak. Kalau kalau memang kena kutuk la tu.

      Reply
  • sweetkurma 26 November 2012 at 2:34 PM

    ramai rakyat malaysia yang tak puas hati dengan corak permainan harimau malaya, akak hanya mampu perhati jer

    Reply
  • akubiomed 26 November 2012 at 2:13 PM

    Marah benar kekalahan ini. Harimau Malaya melangkah kanan diperlawanan dengan Singapura. Bangkitlah Harimau Malaya jangan dibuai dengan kemenangan lalu.

    Reply
  • beckhrooy 26 November 2012 at 1:00 PM

    antara harimau dan singa, siapa raja sebenarnya haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 2:09 PM

      Sudah semestinya la Singa. Kih3

      Reply
  • daddyziyyad 26 November 2012 at 12:51 PM

    saya tgk sekali imbas aja…Dah muak dgn bolasepak malaysia..dari pengurusan yang tak boleh ditegur, sampailah ke coach yang bebal, dan player yg berlagak diva.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 2:08 PM

      Sokong pendapat bro. Bab nak tegur pun org tertentu je boleh. Coach pulak sibuk dengan eksperimen. Last2 kalah. Padan muka.

      Reply
  • gamep01nt 26 November 2012 at 11:49 AM

    kah kah aku x tgk pun. sebab aku tgk match liverpool

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 2:08 PM

      Peminat Liverpool ke.. Malang masih terus menimpa bro. Hehe

      Reply
  • wakgelas 26 November 2012 at 11:11 AM

    wak pon rasa bengang jugakk kann.. uuhUUu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 12:29 PM

      Sabar wak. Teruskan menyokong skuad kucing malaya ni. Hehe

      Reply
  • puan kutu 26 November 2012 at 10:42 AM

    tu la dah kalah dah,emm msti ramai yg rakyat malaysia yg hampa..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 11:09 AM

      Memang pun ramai yang hampa ni. Kalau kalah lagi memang kena hentam teruk la. Hehe

      Reply
  • Eizil 26 November 2012 at 10:28 AM

    Memang hampa juga bila tiada penyudah yang baik dari Harimau Malaya, tapi sebagai penyokong, kita tetap bagi sokongan untuk perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 11:08 AM

      Memang ramai yang kecewa dengan perancangan yang dibuat oleh Rajagopal. Apa yang kita boleh buat adalah terus memberikan sokongan.

      Reply
  • liyana nadya 26 November 2012 at 10:10 AM

    Singa mengganas.. Huhuhu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 11:08 AM

      Hehe.. Takpa, lepas ni harimau mengganas pulak.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF Dan Farih Hamshi

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Harry Houdini

By Hazmin Hamudin

Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

By Hazmin Hamudin

Bersih 2.0 | Pelajar Terengganu Sertai Perhimpunan 9 Julai Di Kaherah

By Hazmin Hamudin

Meraikan Follower Blog Yang Ke-300

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in