• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Umat Islam dinasihat jauhi acara sambutan Hari Kekasih – Jakim

Umat Islam dinasihat jauhi acara sambutan Hari Kekasih – Jakim

By Hazmin Hamudin | 12 February 2011 | 3 Comments

Jom sama-sama sebarkan dan janganlah meraikan sambutan Hari Kekasih yang memang dilarang sama sekali dalam Islam.

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihatkan supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.

Katanya, agama Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta mahupun berkasih tetapi haruslah berlandaskan kepada batas-batas syarak yang telah ditetapkan.

“Saya menyeru orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini supaya menjauhi sebarang program dan majlis sambutan Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran agama kita selain berisiko membawa kepada berlakunya maksiat.

“Kami tidak mahu umat Islam negara ini terus hanyut dengan keseronokan dunia semata-mata. Apa yang haram tetap haram dan wajar dijauhi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis minum petang bagi meraikan perkhidmatan 25 tahun pegawai dan kakitangan Jakim di sini, hari ini.

Seramai 80 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jakim yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut.

Menurut Wan Mohamad, Jakim akan memulakan kempen Awas! Jerat Valentine’s Day pada malam ini bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

“Kami akan memfokuskan kepada tempat-tempat serta kawasan yang mempunyai potensi untuk berlakunya kegiatan tidak bermoral sempena sambutan tersebut seperti hotel-hotel, pusat hiburan dan kawasan panas yang menjadi tumpuan golongan muda,” jelasnya

Sumber : utusan.com.my

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 12 February 2011 at 9:36 AM

    @kay_are
    sama-sama menentang hari kekasih ok

    @nur
    semestinya tak terlibat ok 🙂

    Reply
  • nur 12 February 2011 at 7:12 AM

    Semoga tak terlibat ye.. Kerana setiap hari adalah hari kasih sayang..
    Jemput ke:ALL IN ONE

    Reply
  • kay_are 12 February 2011 at 6:17 AM

    setuju ngan entri ni.. teruskan ye.. =)

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Bas Ekspres Penuh DVD Lucah

By Hazmin Hamudin

Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia

By Hazmin Hamudin

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

By Hazmin Hamudin

10 Maksiat Batin

By Hazmin Hamudin

Belanja Rakan Sepejabat

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in