• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Bersih 2.0 | Pelajar Terengganu Sertai Perhimpunan 9 Julai Di Kaherah

Bersih 2.0 | Pelajar Terengganu Sertai Perhimpunan 9 Julai Di Kaherah

By Hazmin Hamudin | 14 July 2011 | Leave a Comment

Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.

Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

“YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil,” katanya.

Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.

Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.

“Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.

“Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak,” katanya – Bernama

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

By Hazmin Hamudin

Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk Hospital

By Hazmin Hamudin

Hazmin Dan Zulaikha ?

By Hazmin Hamudin

Penutupan Jalan Dataran Merdeka Sempena Perhimpunan Bersih 3.0

By Hazmin Hamudin

Trafik Hazminhamudin.com Bulan Oktober 2012

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in