• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Apabila Harga Minyak Naik 20 Sen

Apabila Harga Minyak Naik 20 Sen

By Hazmin Hamudin | 2 October 2014 | 28 Comments

Harga Minyak Naik

Semalam berlakunya perbarisan ‘Hari Kebangsaan’ di stesen-stesen minyak seluruh negara. Memang sangat meriah sebab aku pun turut sama merasai sambutan perbarisan tersebut. Nasib masa tu orang tak berapa nak ramai lagi. Orang ramai sudah mula berpusu ke stesen minyak sebelum tengah malam bagi meraikannya.

Sambutan perbarisan tersebut diadakan berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Ini menyebabkan harga petrol RON95 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi, menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel, RM2.20.

Pelik jugak aku sebab kerajaan mengumumkan ‘penurunan’ dan bukannya ‘kenaikkan’. Tapi kenapa harga minyak naik. Ni mesti ada yang nak sebotaj kerajaan ni sebab cakapa harga minyak naik.

Oleh kerana perlu menunggu giliran semasa menyertai perbarisan, ramai yang memilih untuk memuat naik gambar mereka di stesen minyak. Nampak tak betapa meriahnya suasana malam tadi.

Untuk sambutan perbarisan ‘Hari Kebangsaan’ kali ni, aku perhatikan ramai juga yang memberikan reaksi yang tidak puas hati kepada kerajaan. Itu sepatutnya tidak berlaku semasa ‘Hari Kebangsaan’ dan mereka sepatutnya berbangga dengan kerajaan kerana telah berjuang untuk mendapatkan ‘kemerdekaan’ negara malam tadi.

Semoga dengan sambutan ‘Hari Kebangsaan’ kali ni dengan tema ‘subsidi dikurangkan, rakyat sejahtera’, negara kita akan terus maju.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puan siti 7 December 2017 at 4:38 PM

    huhu kerana minyak naik… maka abes semua supplier sy pakat duk naikkan harga barang..maka kami peniaga kecil2lan ni rasa mcm nak tercekik plak..haha
    tp paling kesian pada pembeli/pengguna terakhir laa..sebab kami pun terpaksa juga naikkan harga..

    Reply
  • aizamia3 20 November 2014 at 4:01 PM

    Masa kejadian ni saya tak join pun perbarisan tu.. saya join pagi esoknya.. terror kan.. hehehe..
    psstt: walaupun hanya naik 20 sen tapi kesannya menyebabkan ekonomi keluarga terbeban. Terima kasih padamu kerajaan.

    Reply
  • Outbound 15 November 2014 at 10:17 PM

    Ternyata kenaikan minyak tak hanya menghantui negara kami saja ya. Di sana juga sama saja. Oke deh

    Reply
  • Abang Bear 9 November 2014 at 6:20 PM

    Hahahaha perarakan hari kebangsaan katanya… kat indonesia lagi parah katanya.. kemain lagi mereka mengundi presiden baru, naik naik jer dia terus umumkan minyak bakal naik 40%…. macam nak kena serangan jatung rakyat…

    salam kenal

    Reply
  • travelog siti 7 November 2014 at 5:22 AM

    Time minyak dunia mahal, dia naikkan harga guna alasan harga minyak dunia naik. Bila harga minyak dunia turun, dia tak nak turunkan harga pulak.

    Reply
  • Noriza Rahman 30 October 2014 at 3:15 PM

    Dulu memang kaki serbu pam minyak juga bila kerajaan umum harga naik..tp la ni malas nak ambik pot dah..bosan kot

    Reply
  • deqnoor 15 October 2014 at 5:13 PM

    keh3! hari kebangsaan lah sgt.. :p

    Reply
  • LydSunshine 14 October 2014 at 5:02 PM

    amboi dalam betul makna tema kebangsaan yg awk cadangkan tu.

    Reply
  • suriaamanda 14 October 2014 at 1:43 PM

    x leh nak kata apa dah…dah naik dah pun kan….sekarang pandai2 la kita kawal perbelanjaan…masalahnya…SA banyak hutanggggg…adoiiii

    Reply
  • Mohd Norzali 10 October 2014 at 4:19 PM

    Layan Budget 2015 pula hari ni. Tengok apa kebaikan kepada rakyat.

    Reply
    • Pahan 12 October 2014 at 9:29 PM

      betul tu 🙁

      Reply
  • norhidana 10 October 2014 at 8:44 AM

    Aakak tpaksa join perbarisan sbb nk keluar n kebetulan minyak tinggal 2bar… tpaksa join jugak…. huhuhui rasanyer tak pyhla bg brim lg… sbb tiap thn harga minyak naik berkali2 setahun yg tak dpt brim camne?

    Reply
  • titan 10 October 2014 at 1:44 AM

    20 sen dah jadi branding baru untuk malaysia. aduhh..

    Reply
  • Ezad Skytech 8 October 2014 at 5:18 PM

    malas nak join “perbarisan”…bukannya kalau isi malam tu tahan sampai seminggu minyak tu…kih3

    Reply
  • suri 8 October 2014 at 2:19 PM

    naik dan naik sikit tapi jadi beban juga.susahnya naka katakan

    Reply
  • ewanthology 8 October 2014 at 2:06 PM

    meriah sungguh… byk ke dpt jimat bila isi full mlm tu? 🙂

    Reply
  • Henrietta Jose 8 October 2014 at 11:59 AM

    mmg tiap kli myk naik, itu larr yang berlaku…dan….rietta mmg mls nk beratur pjg…

    Reply
  • anies 8 October 2014 at 11:27 AM

    jgn ckp harga myk naik tp subsidi di kurg kn 😉

    Reply
  • hana hadi 7 October 2014 at 9:16 PM

    Hana xterlibat dwngan hari perbarisan ni.best x perbarisan ni.hehe

    Reply
  • ahmadyani 4 October 2014 at 6:40 PM

    Bila sudah naik, payahlah nak turun….

    Reply
  • Ismail N 3 October 2014 at 4:28 PM

    Tempat kawe pun ramai yg berbaris tapi tak ler teruk mcm time Tun Dollah punya kenaikkan dulu… Semua org pun tahu, tak byk gak depa saving bila berbaris tu. Tapi yg tangki kosong tu, mmg masa yg bagus lah berbaris…

    Reply
  • amirulfaiz 3 October 2014 at 2:58 PM

    Ramai juga yang berpuas hati dengan mempamirkan sepanduk “Terima kasih PM”. 😀

    Reply
  • jari manis 3 October 2014 at 1:26 PM

    beginilah situasi semasa minyak naik. Dulu dari RM1.90 kepada RM2.10 pun sama keadaan nya..pastu sekarang naik lagi 20 sen …maybe next year naik lagi..x pernah2 turun…tunggu je lah kalau x percaya 🙂

    Reply
  • sabree hussin 2 October 2014 at 9:46 PM

    Itulah kerajaan yang dipilih oleh minoriti rakyat Malaysia, walaupun dah tahu kerajaan ni jenis yang suka tekan dari segi ekonomi

    Reply
  • JR 2 October 2014 at 1:20 PM

    Itulah namanya ‘rakyat didahulukan’. Memang kenaikan itu kena pada masanya ketika harga minyak dunia semakin turun. Nanti mesti ada Menteri yang akan membuat perbandingan harga minyak Malaysia dengan negara-negara lain yang bukan pengeluar minyak seperti Thailand, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Congo, Malawi atau Croatia….hehehehe..:)

    Reply
  • akubiomed 2 October 2014 at 12:59 PM

    Semalam ada pasar malam apa lagi isi sekali minyak. 🙂

    Reply
  • Nafira 2 October 2014 at 10:58 AM

    Saya x kuasa nak joint ‘perbarisan’. hahahahahaha.
    memang dh agak dah.. mesti pump stesen meriah malam tadi.
    len kali lah isi. lagipon saya naik public transport. topup touch n go saja.. hehehehehe.

    tumpang sedih pada yang nak balik raya weken nih. kalo kampung dekat ok lagi.. kalo kampung jauh pasti terasa kan.
    saya x dapat balik raya.. uwaaaaaaaa!

    Reply
  • yui 2 October 2014 at 10:31 AM

    pasni byk lagi nak nek..
    kena lbh berusaha keras tmbh ekonomi..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Chicken McRib McDonald’s

By Hazmin Hamudin

Esok Dah Gaji

By Hazmin Hamudin

Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

By Hazmin Hamudin

Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in