• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Senarai Harga 20 Jenis Barang Kawalan Sempena Raya 2011

Senarai Harga 20 Jenis Barang Kawalan Sempena Raya 2011

By Hazmin Hamudin | 18 August 2011 | Leave a Comment

Kerajaan semalam menetapkan harga terkawal bagi 20 jenis barangan untuk dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011. Terdapat dua barang telah ditambah ke dalam senarai pada tahun ini iaitu bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barangan tersebut. Tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan.

Individu yang menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM 100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM 50,000.

Syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM 500,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM 250,000.

Gagal meletak tanda harga merah jambu boleh didenda sehingga RM 10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat yang gagal melakukannya boleh didenda RM 20,000 atau kompaun sehingga RM10,000.

Berikut merupakan 20 jenis barangan untuk dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 :

20 Jenis Barangan Harga Terkawal

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Travelog Penang | Rope Walk Lorong Kulit, Penang

By Hazmin Hamudin

Perlawanan Malaysia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012

By Hazmin Hamudin

Sinopsis Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3

By Hazmin Hamudin

Semakan Keputusan Muet Mac 2012 Secara Online Dan SMS

By Hazmin Hamudin

Protokol ke-10 Yahudi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in