• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Motivasi / Mencari Mood Menulis Semula

Mencari Mood Menulis Semula

By Hazmin Hamudin | 24 December 2012 | 46 Comments

Penulisan

Beberapa hari aku tidak menjengah ke blog sendiri untuk mencoret sesuatu sebagai tatapan kepada semua pembaca. Apatah lagi untuk melawat ke blog rakan-rakan yang sudi datang ke sini sepanjang beberapa hari tidak mengemaskini entri. Walaupun cuma tiga hari tidak menulis, tetapi terasa berkurun lamanya tidak menulis di blog yang serba kekurangan ini serta mendengar apa-apa khabar berita rakan-rakan di dunia maya. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi singgah dan meninggalkan jejak di ruangan komen yang disediakan.

Dari hari Khamis sehingga Sabtu (20-22 Disember 2012) aku telah mengikuti kursus (team building) di Teluk Batik Resort, Lumut Perak. Sebab  itu aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini sebarang entri untuk pembaca yang datang berkunjung. Bukan tidak mahu mengemaskini secara mobile menggunakan BlackBerry, tetapi terdapat kekangan liputan talian internet di Teluk Batik Resort untuk rangkain Maxis. Sepanjang tiga hari di sana aktiviti berblog memang tidak dapat dilakukan langsung.

Aktiviti berblogging ini terutamanya yang melibatkan bidang penulisan, kalau kita dah tinggal sekejap, memang susah untuk mendapatkan moodnya semula. Perlu mengambil masa dan kekuatan. Itulah apa yang aku rasakan sekarang. Mengekalkan momentum dan semangat untuk menulis blog bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Penulis profesional sendiri kadang-kala menghadapi masalah ini dan seringkali kehilangan semangat atau idea untuk terus menulis.

Harap lepas ni momentum untuk menulis dapat diteruskan kembali. Ranking juga Alexa nampaknya sudah segan untuk turun. Semoga minat menulis dalam bidang penulisan maya ni akan terus subur dalam hati. Mana tahu ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua pembaca. Adakah kita semua bersedia dan mampu untuk berdakwah melalui pena dan penulisan? Happy blogging.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hafizul 28 December 2012 at 2:53 AM

    ya betul tu bro..kalau tinggal sari dua, memang nak mulakan balik amat susah..adoiii

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:40 AM

      Ramai yang alami masalah macam ni kan bro.

      Reply
  • Sop 26 December 2012 at 11:26 PM

    biasa la kalau bz.. mmg x leh fokus
    mood akan datang kalau kita panggil.. hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 December 2012 at 7:18 AM

      Nak memanggil mood balik yang susah tu. Hehe

      Reply
  • schaze zainn 26 December 2012 at 4:50 PM

    sy bila takde idea
    mmg bersawang lah blog tu.hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 December 2012 at 8:11 PM

      Saya memang akan cuba update jugak walaupun takda idea. Entri pendekpun tak kisah.

      Reply
  • syaifuddin alias 26 December 2012 at 4:24 PM

    aku support bro..apa pun , aku support

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 December 2012 at 4:39 PM

      Tq sebab support bro.. 🙂

      Reply
  • nazra 26 December 2012 at 2:49 PM

    hmm penah alami dulu. lama jugak berenti menaip kt blog. nak start balik, homai. jenuh nk panaskan enjin -_-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 December 2012 at 4:08 PM

      Itulah.. Kena sentiasa update.. Kekalkan momentum..

      Reply
  • Yasmin Aris 26 December 2012 at 1:54 PM

    mana entry baruuu 😮

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 December 2012 at 4:06 PM

      Bukan ada dah ke entri baru? Hehe

      Reply
  • ohcikgu 25 December 2012 at 9:59 PM

    tak apa..nanti datangla mood tu semula..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 December 2012 at 8:59 AM

      Dah hampir datang dah mood ni… 🙂

      Reply
  • hatiputera 25 December 2012 at 3:52 AM

    Yang penting patut didahulukan. Aktiviti blogging pun tidak ditinggalkan terlalu lama supaya mood tidak terjerumus tiba-tiba.

    Reply
  • Psykomedia 24 December 2012 at 11:17 PM

    hohoho nampaknya kita serupa!!! ntahlah, 2-3 menjak ni mood menulis ke laut.

    Reply
  • TehR 24 December 2012 at 10:59 PM

    memang perlu dicari tu, bro
    jangan sampai mood ke laut dah la
    hehe

    Reply
  • Katak Comel 24 December 2012 at 10:12 PM

    penulisan di blog kne slu wat,slu update..klu x,mood pn bole lemau..
    ehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 10:28 PM

      Kalau buat blog hiburan senang je.. hehe..

      Reply
  • sweetkurma 24 December 2012 at 8:53 PM

    mood menulis ni memang sentiasa turun dan naik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 10:23 PM

      Itulahkan kak.Kalau dapat kekalkan sehari satu entri pun dah kira terbaik dah.

      Reply
  • Zarul Umbrella 24 December 2012 at 7:34 PM

    bukan mudah nak jaga momentum tu…kalau da terlepas sehari tak pe lagi tapi dari sehari le jadi dua hari dan seterusnya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 10:22 PM

      Sebab tu la kalau boleh sekurang-kurangnya kena kemaskini entri sehari sekali kan bro Zarul.

      Reply
  • Kujie 24 December 2012 at 4:09 PM

    sebab itu, kalau bercuti tetap update blog walau dua tiga keping gambar dan entri dua tiga baris…supaya momentum tak hilang…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 6:08 PM

      Saya tak boleh nak update langsung masa dekat Teluk Batik tu kak. Line internet teruk sangat.

      Reply
  • remyhazza 24 December 2012 at 3:43 PM

    insyaAllah…..ramai yg sedia menanti entry2 terbaru……
    mood kena dapatkan balik ye bro!!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 6:06 PM

      Kejap je dah dapat balik mood tu. Hehe.

      Reply
  • onlajer 24 December 2012 at 3:23 PM

    dengan kehadiran rakan2 mengomen disini semoga mood datang mari woha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 6:06 PM

      Betul tu.. Rakan-rakan memang semangat untuk terus berblog.

      Reply
  • anif 24 December 2012 at 2:30 PM

    Kena cepat pulihkan semangat tu. Kalau lama tinggal.. bersawang blog ni nanti! 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 3:16 PM

      Memangpun bro. Tak boleh biarkan blog bersawang. Bahaya tu.

      Reply
  • ajumohit 24 December 2012 at 2:23 PM

    setuju!!!! tu sebab saya praktis wat draft post utk 3/4 hari awal, itupun tgk masa yg ada ;), wah TB di tmpt yg best, hujung tahun mmg ramai orgzation wat TB

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 3:15 PM

      Pernah jugak cuba cara untuk buat draft banyak-banyak, tapi macam tak berjaya je. Hehe… Takda la best mana Teluk Batik ni. Kih3. Tapi TB kali ni memang sangat best.

      Reply
  • Myra Jay 24 December 2012 at 2:10 PM

    Moga mood cepat kembali ye, bila tengok ramai singgah insyaAllah mood sure kembali 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 2:33 PM

      Itulah.. Pengomen betul-betul memberi semangat. Mana boleh tengok diorang datang tapi tiada apa-apa yang baru kan MJ.

      Reply
  • Yasmin Aris 24 December 2012 at 1:44 PM

    ni mesti dpt mood lepas balek dari kem bina semangat kann . hehehe v^^

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 2:32 PM

      Haha… Biasa la tu… Semangat lain macam ni.

      Reply
  • Nadot 24 December 2012 at 1:17 PM

    Betul…once terberhenti sekejepa menulis sbb bz ke sbb takde mood ke, nak tulis balik tu, wpun material dah dikumpulkan, memang sangat susah… terpakse makan je.. eh?!… 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 2:31 PM

      Jadi jangan la berhenti menulis blog lama sangat. Nanti susah nak dapat momentum balik.

      Reply
  • akubiomed 24 December 2012 at 1:12 PM

    Aiks dalam menulis mengunak BB pun masih mencari mood lagi. Kalau sudah balik dari kem bina semangat sepatutnya berkobar-kobar. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 2:26 PM

      Semangat tu tetap ada nak update dekat Teluk Batik, tapi tiada liputan 3G. Jadi terpaksa kemaskini blog semasa di rumah sahaja.

      Reply
  • daddydee 24 December 2012 at 12:24 PM

    Paling susah untuk cari idea. Bila dah kering idea memang haru biru jawabnya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 2:24 PM

      Betul tu bro. Bila ada idea pulak kadang-kadang tu mood nak menaip pulak takda. Tertangguh lagi nak buat entri. Hehe

      Reply
  • muktasim 24 December 2012 at 12:09 PM

    hehe.. cari mood jom.. setiap org pasti ada cara tersendiri untuk mendapatkan mood menulis.. 🙂

    Reply
  • titan 24 December 2012 at 11:21 AM

    aku pun tengah takde mood ni. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 December 2012 at 12:09 PM

      Kalau takda mood tapi trafik dan income still kencang takpa lagi bro. Haha

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

By Hazmin Hamudin

Tukar Nama Wanita, Mahkamah Tolak Permohonan Ashraf

By Hazmin Hamudin

Konsert Erykah Badu Dibatalkan Kerana Tatu Kalimah Allah

By Hazmin Hamudin

Gambar Kad Kahwin Chef Riz dan Ana Dahlia

By Hazmin Hamudin

Beranjak Usia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in