• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Tip Blogging / Penangan SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki

Penangan SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki

By Hazmin Hamudin | 2 December 2012 | 23 Comments

SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia 1

Penangan Search Engine Optimization ataupun  SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 1 December 2012 iaitu semalam memang sedikit sebanyak membuatkan hati tersenyum dan berbunga-bunga keriangan. Memang sengaja mencuba nasib dengan mencuri sedikit trafik ke blog ini kerana semalam sudah tentu ramai yang mencari keyword perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada  Piala AFF Suzuki.

SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia 2

Di musim-musim bola yang tengah hangat berlangsung Piala AFF Suzuki di Malaysia dan Thailand, mesti ramai yang tau keyword apa yang boleh memberikan trafik yang tinggi ke blog masing-masing. Akupun bukanlah orang yang layak dan otai dalam permainan SEO ni. Cukup la dapat tarik trafik sikit-sikit ke blog buat seketika.

Bila main keyword bermusim ni memang sekejap je la tingginya trafik tu dan takkan kekal lama. Lepas tu selang sehari dua akan kembali macam biasa balik. Aku tak target sangat keyword bermusim ni sebab sekejap je trafik tinggi. Lebih baik maintain kan pembaca setia blog kita dengan penulisan yang menarik dan unik.

Sehingga pukul 11.30 malam semalam UV blog aku mencecah sehingga 1730 manakala PV pula sebanyak 2504. Jadilahkan sebab bukan mudah aku nak dapat trafik banyak macam tu. Lepas ni kalau korang nak main SEO tu dah tau la keyword apa yang perlu korang gunakan nanti. Selamat bermain SEO.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • shraqs 4 December 2012 at 11:34 PM

    Sekali sekala curi trafik tak salah bro. Makin seronok adala kan. 🙂

    Reply
  • sabree hussin 4 December 2012 at 12:42 PM

    ada effect tak kat earning Nuffnang untuk hari tu?

    Reply
  • hafizrahim 3 December 2012 at 10:10 PM

    tahniah..blog aku pulak tak berapa bernasib baik..mungkin salah timing publish..trafik dari live streaming berapa je..huhuhu

    Reply
  • CMRatu 3 December 2012 at 9:13 AM

    wah.. tu yang best bila berjaya duduk first page.. tahniah.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 December 2012 at 10:01 AM

      Tak check pun diuduk first page ke tak.. Tp rasanya dekat first page tu..

      Reply
  • Mummy Akmar 3 December 2012 at 8:35 AM

    Rindu untuk baca posting makanan…nanti buat posting pasal makanan lepas ni..tahniah sebab berjaya tambahkan traffik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 December 2012 at 9:58 AM

      Hehe… Wah… Dah ade yg request pasal makanan la.. Hehe.. Sekarang ni jarang berkunjung ke tempat makan baru la mummy..

      Reply
  • Mummy Akmar 3 December 2012 at 8:33 AM

    POsting pasal bola je …mana posting pasal makanan..hehehe Good job min untuk trafik yang tinggi itueww…!

    Reply
  • gamep01nt 3 December 2012 at 1:19 AM

    Tak check bounce rate? kalau trafik tinggi tp bounce rate pun tinggi tak bagus jugak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 December 2012 at 9:55 AM

      Bounce rate tinggi la bro… Tah mcm mana la nak turunkan i…

      Reply
  • akubiomed 2 December 2012 at 11:12 PM

    Piala AFF Suzuki antara terhangat. Walaupun keputusan belum keluar sudah ada publish awal sebelum perlawan bermula. 🙂

    Reply
    • Jebeng Otai™ 2 December 2012 at 11:20 PM

      strategi tu bro..hehe

      Reply
  • wanayu 2 December 2012 at 9:38 PM

    ramai nye visitor.. memang meletopp

    Reply
  • Zulhilmi Zainudin 2 December 2012 at 7:41 PM

    Kena belajar ni. Tunjuk ajarku sifu. 😀

    Reply
  • donnyien 2 December 2012 at 6:03 PM

    Hello bro, selamat petang..

    Tahniah! memang tinggi trafik malam tadi,.. sekurang-kurangnya kita sudah tersenyum lebar diatas usaha kita.. tahniah juga kepada Malaysia.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2012 at 7:16 PM

      Itulah… Memang boleh tersenyum dengan trafik yang banyak masuk bila permainan SEO menjadi.

      Reply
  • budak felda 2 December 2012 at 5:27 PM

    huh mmg terbaik la bro..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2012 at 7:16 PM

      Biasa je tu bro.. Tak boleh lawan bro lagi tu.

      Reply
      • budak felda 4 December 2012 at 1:28 PM

        huh aku nood jer beb hehehe…:)

        Reply
  • daddyziyyad 2 December 2012 at 5:09 PM

    saya tak ambil peduli pun benda benda ni..hihihi..sebab saya menulis utk kepuasan sendiri..utk simpanan sendiri..dan dpt berkenalan dgn kawan2 blogger..blog saya pun saya tak pasang iklan..hihihi..Tapi dulu pernah saja try letak keyword FASHA SANDA BERBIKINI..sebab masa tu heboh kes dia berbikini di Bali,..memang bila tgk stat blog, mencanak2 org masuk..haha

    Reply
    • budak felda 2 December 2012 at 5:28 PM

      lagi tak boleh tahan keyword hehehe FASHA SANDA BERBIKINI terbaik der

      Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2012 at 7:18 PM

      Saya pun saja nak cuba main SEO. Saya pun dah kurang minat nak main SEO sehingkan blog peribadi menjadi blog rojak bercampur baur dengan perkara hiburan semua tu.

      Reply
      • budak felda 4 December 2012 at 1:29 PM

        saya bab hiburan mmg saya jauhkan x berkenan baca berita artis2 hehehe..:)

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Floria Putrajaya 2011 | Ros Untuk Selamanya

By Hazmin Hamudin

Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM

By Hazmin Hamudin

Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013

By Hazmin Hamudin

Bersediakah Aku…

By Hazmin Hamudin

Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in