• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Macaron Di Harrods KLCC

Macaron Di Harrods KLCC

By Hazmin Hamudin | 30 November 2011 | 20 Comments

Sejak dua menjak ni, tiba-tiba teringin pulak nak makan manisan yang sangat ekslusif daripada negara Perancis ni. Ni semua gara-gara telalu kerap berkunjung ke blog rakan-rakan blogger yang menayangkan kenikmatan dan kesedapan Macaron. Lalu, untuk memuaskan tekak terpaksalah aku mencari dan mencuba sendiri kenikmatan Macaron di KLCC ni. Daripada gambar-gambar yang ditayang dekat blog, memang confirm boleh buat orang terliur. Ditambah pulak dengan cakap-cakap yang menambahkan lagi kesedapan Macaron. Memang tak boleh jadi ni, kena sambar jugak walau seketul dua.

Harrods KLCC 1

Walaupun Harrods KLCC tu hanya sekangkang kera je dengan ofis aku, tapi dah beberapa kali tertangguh nak beli macaron ni. Akhirnya, Sabtu lepas tertunailah hajat untuk menjejakkan kaki ke Harrods KLCC dan memborong segala macaron yang ada dekat Harrods KLCC tu. Memang rambang mata jugaklah nak pilih. Last-last semua perisa macaron kat Harrods tu aku borang. Agak tamak jugak la bila difikirkan balik.

Harrods KLCC 2

Korang tahu ke apa benda Macaron ni ? Kalau nak tau Macaron adalah sejenis manisan orang Perancis yang diperbuat dari ground almond, caster sugar dan egg white. Dua keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich. Rasa Macaron ni crispy dekat luar dan chewy dekat dalam tu. Bagi yang kurang gemar makanan manis pasti kurang gemar Macaron ni. Tapi kalau rasa sebiji apa salahnyakan mencuba keenakan manisan Perancis ni.

Macaron atau macaroon ? Agak-agak korang mana satu ejaan yang betul ye ? Yang sebenarnya kedua-duanya adalah betul. Macaron tu adalah sebutan daripada negara asalnya iaitu Perancis manakala macaroon pula adalah sebutan Inggeris. Jadi, tiada yang salah untuk kedua-dua sebutan tersebut.

Macaron Harrods KLCC 1

Tengok… Penuh sekotak Macaron aku borang dekat Harrods tu. Kalau nak beli set, satu set bersamaan dengan 6pcs. Aku beli 12pcs, kiranya 2 set, dengan pelbagai perisa. Harga untuk satu set ialah RM 23.00 untuk 6pcs tu, so darab la dua untuk harga yang aku borong. Memang agak mahal sikit Macaron ni.Sekali sekala beli boleh la.

Bila Macaron dah berada dalam mulut, memang dah tak sedar dah orang yang lalu lalang dekat sekeliling. Punya la kusyuk menikmati keenakan Macaron tu kan.

Macaron Harrods KLCC 5

Akhirnya, tertunai jugaklah hajat aku nak makan Macaron ni. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi kepuasan untuk mendapatkan benda yang kita inginkan memang tak boleh nak digambarkan. Rasa Macaron pun boleh tahan jugak sedapnya. Cuma jangan makan banyak sangat bagi mereka yang tidak suka makanan yang manis. Nak tahu rasa dia macam mana, korang kena la cuba sendiri Macaron ni. Tak rugi pun beli untuk kepuasan diri sendiri.

Macaron Harrods KLCC 4

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • eqbalzack 6 March 2012 at 3:18 PM

    haha..macaron!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2012 at 10:06 PM

      Terbaik ni macaron Harrods KLCC… hehe

      Reply
  • Nurul 7 December 2011 at 8:17 AM

    Sedap.. tapi manis sangat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2011 at 9:05 AM

      ingatkan nurul mana la tadi…hehe…a’ah…memang manis pun…makan satu dua je ok la…lebih lebih memang terasa kemanisan dia…

      Reply
  • paihujey 2 December 2011 at 10:05 PM

    arghhhhh..oh tidakkkk..buat meleleh air liur aku je ni..harap2 dapat menang la contest dari kak yan tu..dapat la jugak merasa..macam jely/jem la kat tengah2 tu kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 December 2011 at 10:18 PM

      kurang pasti pulak apa yg kat tengah. yg pasti sedap!

      Reply
  • levelsatu 2 December 2011 at 3:06 PM

    pernah rasa sekali. memang manis sangat. Kalau tak biasa benda manis, memang makan sebiji ajelah. hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2011 at 4:01 PM

      1st time makan memang rasa sedap…dah lama-lama terasa la manis dia.

      Reply
  • titan 1 December 2011 at 10:31 PM

    pehh..ni yang aku rasa nak gi klcc esok ni. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2011 at 7:10 AM

      jangan tak pergi…try la rasa…

      Reply
  • Oh! budu 1 December 2011 at 6:23 PM

    cutenya.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2011 at 7:54 PM

      mana satu yang cute ? 🙂

      Reply
  • puanbee 30 November 2011 at 12:29 PM

    adoi ko buli akk ek….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 November 2011 at 12:41 PM

      Haha… Saja je bakar line… 🙂 . Sedap tu kak…

      Reply
  • kakyong 30 November 2011 at 11:30 AM

    x pernah rasa lagi macaron nih.. bg kakyong bukan sedikit mahal harganya tu.. memang mahal… huhu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 November 2011 at 11:55 AM

      sekali sekala takpa kot keluar duit lebih sikit utk layankan tekak ni. hehe…

      Reply
  • Miss Yati 30 November 2011 at 11:23 AM

    Bagi orang yang tak gemar rasa manis, kadang-kadang tak boleh terima Macaron ni. Tapi sekali sekala mencuba tak apa 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 November 2011 at 11:55 AM

      Kalau tak cuba bila lagi nak rasakan… 🙂

      Reply
  • akubiomed 30 November 2011 at 12:47 AM

    Sedap Macaron ini cuma kalau yang kurang biasa dengan kemanisannya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 November 2011 at 7:34 AM

      memang agak manis sikit..kalau dekat tempat lain kurang pasti manis ke tak…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Panduan / Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidil Fitri

By Hazmin Hamudin

Korang Dah Bayar Zakat Fitrah?

By Hazmin Hamudin

Bestnya Masih Bercuti Lagi

By Hazmin Hamudin

Seniman Negara 1955, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Bila Perasaan Malas Datang

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in