Kalau semalam seawal pukul 4.30 pagi aku dan bangun dari tidur. Nikmatnya la kalau dapat tidur lagi masa-masa macam ni kan. Pukul 5.00 pagi aku dah bergegas keluar rumah menuju ke Masjid Negara tempat untuk berkumpul sebelum berlangsungnya raptai sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 16 September 2011 serentak dengan Hari Malaysia pada tahun ini.
Hari ni pulak berlangsungnya raptai penuh di mana raptai ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) selaku pengerusi untuk sambutan kemerdekaan kali ini iaitu YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim. Tapi hari ni aku takda la bangun awal sangat macam semalam. Memandangkan stesen LRT pun bukak pukul 6.00 pagi, buang masa je nak pergi awal-awalkan.
Kalau selama ni cuma tengok perbarisan dekat tv je, tahun ni tak sangka pulak aku akan turut terlibat dalam menjayakan perbarisan untuk menyambut kemerdekaan negara yang ke-54. Aku mewakili Lembaga Getah Malaysia di mana kontingen turut disertai oleh wakil dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Kementerian Pertanian (MOA) dan juga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Kontingen ni diberi gelaran sebagai kontingen 4P yang membawa maksud penoreh, petani, peniaga dan peladang.
Walaupun penat sebab kena berjalan sejauh 3 km dari Bangunan Daya Bumi ke Pusat Membeli belah SOGO, tapi keseronokan dan kemeriahan yang dirasai membuatkan segala penat lelah tadi hilang macam tu je. Lagi pun bukan senang nak terlibat dengan acara-acara besar terutamanya yang melibatkan negara macam ni. Kalau diberi peluang memang nak join lagi la.
haha..saya rasa saya penah jumpa en. hazmin ni..kami team SKMM yang kat depan korang…kol 3 pagi dah ada kat skolah n bertolak dr melaka jam 3 pagi…Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia!!!
Ye ke penah jumpa ? Alamak.. Macam mana boleh kantoi ni ye… Betul la tu, kitorang dekat belakang team SKMM. Jauhnya team SKMM datang. Maksudnya semua dari Melaka la ye ? Ok, Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia jugak.
wah!saye pun t’libat..bhgian t’penting sekali..eceh2..yg blkg sekali..latar manusia ipg..10 hr b’latih..rindu nx b’latih semule..hehe..
tu la..setiap kali berlatih mesti dengar nama IPG je…memang penting ni…
teringat masa join perbarisan masa sekolah rendah dulu..
ramainya yang join masa sekolah rendah je kan..dah besar ni takda ke?
satu hari mungkin dapat follow raptai ni.
InsyaAllah… kami pun dipanggil pada saat akhir oleh kementerian untuk sertai perarakan..
Pernah la sekali berbaris kat sekolah rendah…tu je la
Lain suasana dekat sekolah dengan yang melibatkan peringkat kebangsaan ni.
ada kenderaan tentera tak pada perbarisan kali ini? macam kereta kebal PT 91 pendekar?
sepanjang terlibat dengan raptai, tiada pula kenderaan tentera yang menyertai perbarisan. pihak tentera hanya berkawad dan melakukan persembahan di depan pentas utama.
Wah..pics smbutan kmedkaan..Tahniah (kami pun terlibat)
wah…terlibat sama ke ? senasib rupanya kita ni..
start 10hb hari tu jalan kat area dataran merdeka dah start di tutup. bertambah jam la esok ni..hehe
tu la…dekat twitter dah ramai orang complain dan marah-marah sebab masa tu masa orang pergi kerja.