• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Peringatan – Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek

Peringatan – Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek

By Hazmin Hamudin | 12 July 2011 | 9 Comments

Cicak Tokek Haram Dimakan

Tentu ramai orang sudah kenal akan sejenis cicak yang dipanggil Tokek (Tockay Gecko), yang semakin diburu sejak kebelakangan ini kerana dikatakan mempunyai nilai komersial yang cukup lumayan. Sehinggakan telah membuatkan segelintir orang merasa taksub hingga sanggup menggadaikan sejumlah wang ringgit bagi tujuan mendapatkan makhluk tersebut untuk dijual semula.

Ini ada satu lagi info penting yang perlu diketahui oleh umat islam di Malaysia berkenaan dengan cicak yang harganya boleh mencecah jutaan ringgit ini. Jom kita sama-sama baca dan hebahkan.

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.

Bicara Hazmin : Janganlah kerana mengejar wang ringgit berjuta-juta, halal haram kita lupakan dan diletakkan ketepi.

Sumber : Mstar Online

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Tokek Sabah 13 July 2011 at 9:04 PM

    Ramai yang hanya melihat Tokek ini pada perubatan untuk HIV dan AIDS, sedangkan Tokek dah memang ada bukti perubatan untuk penyakit lain. Kalau AIDS dan HIV itu baru kajian, macamna nak ada bukti perubatan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 July 2011 at 10:33 PM

      boleh nyatakan utk penyakit lain tu dan bukti perubatan sekali…untuk sama2 tambahkan ilmu…

      Reply
    • Pacifista - X 14 July 2011 at 7:15 PM

      apa kata kalau dikongsikan sekali di sini tentang kegunaannya dalam perubatan atau lain2…

      Reply
  • Myra Jay 12 July 2011 at 8:47 PM

    Mungkin sebab binatang nie dalam lindungan sebab kepupusan, sebab tu xleh nak guna swenangnya..
    Lagipun blom ada bukti boleh berubat penyakit kan 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 July 2011 at 9:04 PM

      lagi pun cicak tokek tu dikategorikan beracun..tu yg jadi haram tu..

      Reply
  • mizznora 12 July 2011 at 8:25 PM

    kite xamek kisah pon psl cicak tokek ni…
    xsuke n geli sesangat…
    segala jenis cicak adalah musuh ketat kite…harhar…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 July 2011 at 9:04 PM

      hahaha…yela…pegang mic je…memang la tak ambik peduli kat cicak tu… :p

      Reply
  • Hazmin Hamudin 12 July 2011 at 4:18 PM

    betul tu…memang masih tiada lagi kajian yang dapat membuktikannya. sekarang ni bukannya dosa/pahala yang diingat, tapi wang ringgit yang dikejar.

    Reply
  • Pacifista - X 12 July 2011 at 4:06 PM

    belum terbukti kesahihannya yang dapat dijadikan ubat untuk penyakit AIDS.AIDS dan HIV adalah bala yang Allah swt turunkan kepada manusia untuk sentiasa beringat kepada-Nya…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kuterima Suratmu Telah Kubaca dan Aku Mengerti

By Hazmin Hamudin

Raya dan Jalan Jem

By Hazmin Hamudin

Bayar dan Duduk

By Hazmin Hamudin

Akhirnya Keluar Daripada Hospital BlackBerry Torch Aku

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Google Menyambut Ulang Tahun Ke-15

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in