• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Motivasi / Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

By Hazmin Hamudin | 16 March 2011 | 2 Comments

Seperti biasa dalam perjalan ke ofis mesti dengar stesen radio retro no satu negara, sinar.fm… Pagi ni tertarik pulak dengan topik motivasi yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi yang memang ramai dah kenal… Apa yang diperkatakan oleh beliau adalah berkenaan dengan topik cara-cara untuk menghilangkan stress…

Biasalah dekat ofis macam-macam jenis kerja yang akan diberikan oleh bos kepada kita. Yela… Kita ni cuma pekerja biasa je kan. Apa hak kita untuk melawankan… Tu belum lagi termasuk dengan politik orang atasan dekat ofis… Kalau korang tak stress memang aku tabik la… Serius sejak kebelakangan ni, aku stress sangat dekat ofis. Mana taknya, sampai kerja pun aku dok usung balik ke rumah. Masa untuk aku berehat memang pendek la nampak gayanya.

Kalau dah stress apa yang perlu kita buat ? Menurut Dato’ Dr. Fazilah Kamsah, salah satu cara yang boleh kita lakukan adalah dengan bercerita. Tak kiralah apa saja cerita yang kita nak sampaikan. Cara ni bagi aku kalau dah kahwin untung la. Balik kerja, penat dan stress, boleh bercerita kepada isteri dan anak-anak. Kalau belum kahwin macam mana pulak ? Ha… Bagi aku di sinilah kita perlu ambil kesempatan sebagai seorang blogger. Cerita dan luahkan apa saja yang kita rasa dalam blog. Di samping mencari pendapatan, blog boleh juga digunakan sebagai tempat untuk mengurangkan stress bukan ?

Cara lain lagi untuk hilangkan stress adalah dengan menyanyi… Ha… Cara ni kalau sorang-saorang boleh la praktikkan… Berangan la jadi Ramli Sarip atau Jamal Abdillah kejap ke, lepas tu terpekik la sorang-sorang… Kalau ada orang dekat keliling dikuatiri mendatangkan stress kepada mereka pulak nanti… Korang mesti tahu sebabnya bukan ? Hehe…

Apa yang aku nak sampaikan di sini, kalau kita bijak menggunakan blog, bukan sahaja boleh mendatangkan keuntungan dari wang ringgit tapi juga dapat menghilangkan stress. Caranya ? Luahkan la apa yang kita rasa dengan cara menulis asalkan tidak mendatangkan masalah dan ancaman kepada pihak yang lain pula. Jadilah pengguna blog yang bijak…!!

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 16 March 2011 at 2:43 AM

    @Dda Ly
    hehe..tu tip yang kurang baik utk kesihatan tu..
    tips kat atas tu yg agak baik sikit 😛

    Reply
  • Dda Ly 16 March 2011 at 2:28 AM

    ade satu lagi, try makan eskem or cokelat..:)

    meh ke rumah..
    ~ketinggalan zaman..~
    keep in touch ye..♥♥♥

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Jeruk Madu Pak Ali

By Hazmin Hamudin

Chef Riz Tipu Resume Dalam Rancangan Masterchef Malaysia

By Hazmin Hamudin

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

By Hazmin Hamudin

Perbezaan Lelaki dan Wanita

By Hazmin Hamudin

Kerja… Kerja… Kerja…

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in