• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Jom Terjun Bangunan Beramai-Ramai

Jom Terjun Bangunan Beramai-Ramai

By Hazmin Hamudin | 10 February 2011 | 6 Comments

Macam ganas pulak tajuk entri aku kali ni kan.Saja gurau-gurau di petang hari, biasalah petang-petang yang panas ni otak kurang berfungsi dengan baik. Kerja pulak tengah banyak sekarang ni. Tak henti-henti dapat kerja dari bos. Ni pun aku update blog sampai membuat kerja yang telah diberikan. Kalau bos aku baca blog atau terjumpa entri aku ni abis aku kena buang daerah. Hahaha… Asyik nak mengadap kerja saja tak henti-henti pun tak boleh jugakkan. Orang yang memandu kereta pun seelok-eloknya berhenti sekejap lepas dua jam memandu. Hahaha.. Ada pulak alasan aku nak mengelat sebab nak update blog ni kan.

Berbalik kepada tajuk aku tadi bukanlah aku nak ajak terjun bangunan ke apa. Tapi sebab kes yang jatuh bangun dekat Melaka dan Seri Kembangan tu. Betapa murahnya nilai nyawa bagi merekakan. Walaupun kes tersebut telah dianggap selesai oleh pihak polis kerana si pelaku iaitu ibu yang mencampakkan anaknya turut ditemui terbunuh, tetapi perkara-perkara seperti tidak seharusnya berlaku. Kesihan pada si anak yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa dicampak begitu sahaja oleh ibunya. Benarlah seperti ungkapan iklan yang ditayangkan di tv, “Dalam dunia haiwan tiada manusia, tetapi dalam dunia manusia ada haiwan”. Kita sebagai manusia sepatutnya saling sayang menyayangi sesama manusia itu, bukannya bemusuhan atau pun melakukan kezaliman apatah lagi kepada anak sendiri.

Bagi kes pelajar di Melaka pula, dimanakah letaknya akal sebagai seorang pelajar pintar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan jika membunuh diri dipilih sebagai jalan mudah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Kematian juga boleh pula dianggap perkara remah oleh pelajar tersebut dengan menyatakan perkara tersebut di dalam laman Facebook untuk dijadikan tatapan oleh semua orang. Inilah yang berlaku andai ceteknya pemikiran manusia itu sendiri atau terlalu mengikut perasaan dan bertindak diluar kewarasan. Betapa pentingnya iman seseorang itu dalam menghadapi apa jua keadaan dan rintangan yang dihadapi pada masa-masa yang mendatang.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 10 February 2011 at 1:02 PM

    @eqbalzack

    dulu saya kerja dekat kolej 17 tu ๐Ÿ™‚ .sekarang tak dah

    Reply
  • Hazmin 10 February 2011 at 1:01 PM

    @eqbalzack

    dulu saya kerja dekat kolej 17 tu ๐Ÿ™‚ .sekarang tak dah

    Reply
  • eqbalzack 10 February 2011 at 12:29 PM

    abg eq di fakulti perubatan dan sains kesihatan..kalau lalu singgah2 la…waktu pejabat ada je di office, buat research kat sana…

    Reply
  • Hazmin 10 February 2011 at 12:09 PM

    @arep_lockermonth

    tq arep… ๐Ÿ™‚ .selamat berblogging jgk ๐Ÿ™‚

    @eqbalzack

    tq abg eq…biasa2 je header tu..tak pandai nak buat yg gempak2 lg…

    Reply
  • eqbalzack 10 February 2011 at 11:41 AM

    abg eq suka header bro…simple…hihi

    Reply
  • arep_lockermonth 10 February 2011 at 10:17 AM

    arep follow kamu!!hehe ๐Ÿ˜› selamat berblogging !

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Makan Bola, Tido Bola | Stadium Shah Alam

By Hazmin Hamudin

Keputusan Malaysia vs Lubnan (Lebanon) Kelayakan Olimpik | 23 Jun 2011

By Hazmin Hamudin

Kes Letupan Bom Di Tumpat Kelantan

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56

By Hazmin Hamudin

Minum Teh Elak Serangan Jantung

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in