• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Blog Hazmin / Kembali Mencoret Semula

Kembali Mencoret Semula

By Hazmin Hamudin | 5 February 2013 | 18 Comments

Selepas puas berjalan-jalan dan menikmati udara nyaman dengan suhu sejuk di negara orang, kini aku kembali semula berpijak ke bumi yang nyata. Mana mungkin selamanya berada di negara, tetapi ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Ayat tak nak kalah. Haha.. Tujuan ke Dublin bukan semata-mata untuk berjalan, tetapi untuk menghadiri ‘white coat’ ceremony adik yang akan tamat pengajian di University College Dublin dan menyambung pelajaran di Penang Medical College pula.

Sekarang ni kembalilah semula kepada rutin harian biasa. Bangun awal pagi untuk pergi kerja. Menghadapi pula kesesakan jalan raya menuju ke ibu kota. Balik pulak matahari sudah hampir hendak melabuhkan tirai. Memang suatu rutin yang membosankan untuk dihadap setiap hari. Siapa kata kerja di kota besar seperti Kuala Lumpur ni sangat best? Kalau diberi peluang memang aku nak lari jauh-jauh dari kota yang penuh bermacam ragam manusia ni.

Tuan blog terbang bercuti selama sepuluh hari ke Dublin, Manchester dan London, blog pun turut sama bercuti tanpa sebarang entri. Bukan malas, tapi kesempatan untuk bercuti biarlah digunakan sepenuhnya untuk bercuti sepuasnya. Biar blog jadi hamba kita, jangan kita jadi hamba blog dek nak mengikut sangat rentak untuk kemaskini blog setiap masa. Selepas dua minggu meninggalkan penulisan blog, untuk mencari semula momentum menulis memang terasa sedikit sukar. Tapi kalau dah jiwa seorang blogger, pasti ada sahaja benda nak dibebelkan.

Cerita sepanjang berada di Dublin, Manchester dan juga London rasanya tak dapat nak dikeluarkan dalam masa yang terdekat ni. Aku bukannya seorang travel blogger yang sudah pastinya tahu apa yang perlu di tulis jika melancong. Gambar-gambarpun masih lagi berada jauh di Dublin sana. Ya, aku takda kamera untuk mengambil gambar sepanjang berada di sana. Hanya mengharapakn belas ihsan daripada adik untuk menggunakan kameranya. Jadi terpaksalah menunggu dia pulang ke Malaysia bersama kameranya.

Inipun sekadar entri untuk memanaskan jari jemari agar kembali mencoret semula di ruangan maya yang tidak bersempadan ni. Nak cerita lebih-lebihpun idea belum datang. Gambar semasa bercutipun takda lagi nak buat entri. Jadi entri merapu jela sebagai pembuka bicara untuk bulan Februari ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Myra Jay 14 February 2013 at 11:10 AM

    Bestnye bercuti di negara orang, nanti update ye ;D

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:46 PM

      Memang bestpun MJ. Kalau ada rezeki teringin nak pergi lagi ke sana.

      Reply
  • akubiomed 7 February 2013 at 12:37 AM

    Pengalaman yang menarik melihat negara orang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 February 2013 at 9:04 AM

      Bukan senang nak pergi negara orang terutamanya eropah ni kan bro. Memang best.

      Reply
  • Hafizul 6 February 2013 at 1:11 PM

    Wahh seronok la dapat pergi melancong ke luar negara.hilangkan tekanan dan keserabutan kerja..hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 10:07 PM

      Memang best bro… Lain sangat dengan Malaysia.. Sejuk pulak tu.

      Reply
  • papa mifz 5 February 2013 at 6:30 PM

    pasti pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan kan..??

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 8:48 AM

      Betul tu PM.. Memang sukar untuk dilupakan. Tak terlintas dapat pergi berjalan dekat Eropah tu..

      Reply
  • hairulafiz 5 February 2013 at 6:17 PM

    selamat kembali bro…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 8:48 AM

      Terima kasih bro.

      Reply
  • hafidz 5 February 2013 at 4:22 PM

    Cun sangat la jari-jemari dah panas.
    Lepas ni boleh panaskan badan untuk blogging kembali. Ngee 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 8:47 AM

      Tengah mencari mood lagi ni. Abis ‘lost’ kejap nak menulis blog ni. Haha

      Reply
  • gamep01nt 5 February 2013 at 3:16 PM

    masa kau kat dublin itu hari ada terserempak dgn Mary x? aku ada suruh dia tegur2 kalau jumpa wakakka

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 8:47 AM

      Mary tak pulak.. Tapi dengan Jenni ada jugak terserempak. Dia kirim salam dekat kau. haha

      Reply
      • gamep01nt 6 February 2013 at 12:14 PM

        hah mary tu dulu aku kenal masa PLKN

        Reply
        • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 10:07 PM

          Pergh.. Gempak kawan PLKN ko ye.. Haha

          Reply
  • JR 5 February 2013 at 12:19 PM

    Selamat kembali dari kedinginan cuaca di Dublin ke Malaysia yg sekarang musim panas terik melebihi 35 darjah celcius ( di Alor Setar)….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 February 2013 at 8:46 AM

      Agak terkejut jugak masa turun dari kapal terbang. Memang terasa sangat beza bahang cuaca tu. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

By Hazmin Hamudin

Ibu Dera Bayi Sendiri Telah Terima Hukuman Setimpal

By Hazmin Hamudin

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013

By Hazmin Hamudin

Takda Kesedaran Sivik Langsung !

By Hazmin Hamudin

Ranking Alexa Semakin Menurun

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in