• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Fakta / Chandra Bahadur Dangi Manusia Terpendek Di Dunia

Chandra Bahadur Dangi Manusia Terpendek Di Dunia

By Hazmin Hamudin | 27 February 2012 | 5 Comments

Seorang lelaki Nepal Chandra Bahadur Dangi, berusia 72 tahun diiktiraf sebagai manusia paling kerdil pernah direkodkan di dunia.

Seorang doktor dan pegawai Buku Rekod Guinness, mengambil ukuran Chandra Bahadur Dangi bagi mengesahkan ketinggiannya hanya 54.6 sentimeter.

Pegawai Guinness, Craig Glenday, menyerahkan dua sijil kepada Dangi sebagai perakuan menjadi manusia paling kerdil dan tokoh paling kecil pernah direkodkan dalam sejarah 57 tahun agensi itu.

Dangi berkata, dia sangat gembira dengan pengiktirafan berkenaan.

“Kini saya mahu mengembara ke seluruh Nepal dan negara luar,” katanya.

Dangi mendakwa, dia tidak bercadang berkahwin atau berkeluarga, tetapi sangat teringin bersemuka dengan Perdana Menteri Nepal, Baburam Bhattarai.

Ketika ini, Dangi tinggal di kawasan perkampungan Rhimkholi – terletak di kawasan tanah tinggi terpencil 400 kilometer dari Kathmandu – bersama adik dan keluarganya. Semua lima adik-beradik Dangi memiliki ketinggian normal.

Dangi tidak pernah bertemu doktor dan keluarganya mendakwa, dia tidak mengalami sebarang penyakit serius atau kecederaan.

Disebabkan ketinggiannya, Dangi tidak pernah bekerja di luar rumah. Walaupun kerdil, saiz kepala Dangi normal dan dia sering bercukur.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 28 February 2012 at 9:53 AM

    Walaupun umurnya 72 tahun masih sehat dan tegap lagi melakukan kerja-kerja rutin harian.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 February 2012 at 5:44 PM

      tu la… mungkin dah budaya dia selalu melakukan kerja-kerja kampung.

      Reply
  • puanbee 27 February 2012 at 10:04 PM

    comel jek , cuma muka dah nampak tua ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2012 at 10:38 PM

      dah memang dah tua pun kak…

      Reply
  • the sun daily 27 February 2012 at 10:27 AM

    tua2 pon nampk ag cute…hahaha..smua ni anugerah yg Allah berikan

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012

By Hazmin Hamudin

Alhamdulillah, Kenyang Dah

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #11

By Hazmin Hamudin

Hilang Mood Aku Nak Beli Domain + Hosting

By Hazmin Hamudin

Hotel Ark – Hotel Bahtera Penyelamat

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in