• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Chef Riz Tipu Resume Dalam Rancangan Masterchef Malaysia

Chef Riz Tipu Resume Dalam Rancangan Masterchef Malaysia

By Hazmin Hamudin | 10 November 2011 | 14 Comments

Nampaknya sekarang ni tengah panas dengan isu Chef Riz, salah seorang juri dalam program masakan Masterchef Malaysia yang dikatakan telah menipu dan  mengubah resume beliau. Perkara ini telah berjaya dibongkar oleh  portal berita Malaysian Insider. Bagi yang tak tahu, Chef Riz  merupakan anak kepada Chef terkenal iaitu Chef Wan.

Di dalam profil MasterChef di laman web Astro Ria, beliau mendakwa telah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat. Beliau mendakwa pernah bekerja di restoran Babbo di New York ketika beliau berumur 22 tahun. Pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Restaurant Babbo sendiri untuk mendapatkan pengesahan tersebut, dan pihak restaurant tersebut menafikan tidak pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuwan.

Chef Riz Tipu Resume

Menurut pihak Astro, profile yang terdapat di laman web Masterchef Malaysia adalah diberikan sendiri oleh Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Redzuwan dan mengesahkan wujud kesilapan fakta dalam profil Chef Riz tersebut dan ia telah dikeluarkan dari laman web itu. Sekarang profile tersebut telah pun diubah seperti dibawah.

Chef Riz Tipu Resume

Susulan dengan perkara ini, Chef Riz telah pun meminta maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan oleh beliau itu. Berikut merupakan permohonan maaf daripada Chef Riz sendiri.

“Chef Riz telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu,” jelas kenyataan tersebut. Sumber

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ohcikgu 15 November 2011 at 5:41 PM

    emm..memang tak patut. dia bukan sahaja tipu satu malaysia..satu dunia dia tipu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2011 at 9:35 PM

      tu la… harap perkara ni dapat mengajar dia..

      Reply
  • suri 11 November 2011 at 4:07 PM

    salahkan anak le bapa dah ajar berlaku jujr,klu tak keje tak berkat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 November 2011 at 5:54 PM

      Sokong dengan tindakan bapa dia 🙂

      Reply
  • Jai 11 November 2011 at 5:47 AM

    Bapaknya siap cakap ‘padan muka’.. Ades.. apelah, camni pun mau tipu ka..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 November 2011 at 6:12 AM

      Nasib bapak tak backup anak dia ni..

      Reply
  • bardboo 11 November 2011 at 3:30 AM

    habis tu dia tetap jadi juri lagi ke? kesian chef wan..mesti malu dengan kesilapan anaknya ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 November 2011 at 6:11 AM

      Memang chef wan malu pun. Boleh baca kat fan page dia..

      Reply
  • akubiomed 10 November 2011 at 10:39 PM

    Memang jejas reputasi maklumlah rancangan MasterChef Malaysia mendapat publisiti yang meluas.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 November 2011 at 10:47 PM

      Chef Wan sendiri pun malu dengan apa yang berlaku ke atas anaknya ni. Masih muda, tapi dah kena kontroversi macam ni.

      Reply
  • lekatlekitgurl 10 November 2011 at 8:11 PM

    apa kata bapaknya pulak? confirm kena bebel 400 mukasurat dengan Tok Chef wan tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 November 2011 at 8:15 PM

      Bapaknya dah pun marahkan si anak. Memang malu betul si bapak. Boleh tengok dekat Fan Page bapaknya.

      Reply
    • suri 11 November 2011 at 4:06 PM

      salam..
      takat bebal 400 muka surat apa hal… tak byk sgt tuh heee,,tapi sure bapa dia akan rasa malu..

      Reply
      • Hazmin Hamudin 11 November 2011 at 5:52 PM

        Chef Wan bebel 400 muka surat memang kira sikit lagi tu. Jgn kata bapak dia je malu, bapak dia siap ckp sekeluarga malu dah.

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keburukan Tidur Meniarap

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #10

By Hazmin Hamudin

Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Telah Diluluskan

By Hazmin Hamudin

Sinopsis Atas Nama Cinta Tv3 Slot Akasia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in