Malam semalam dapat SMS peringatan daripada Perodua supaya aku menghantar kereta untuk servis. Nampaknya dah tiba masa untuk aku menghantar servis kereta untuk kali kedua. Bagus jugak perkhidmatan lepas jualan daripada Perodua sekarang ni. Siap hantar SMS mengingatkan pelanggan mereka untuk hantar servis kereta apabila telah tiba tempoh.
Tapi yang pelik macam mana mereka boleh tahu pulak dah tiba masa untuk hantar servis. Kalau ikut mileage memang kereta aku tak sampai lagi 6250km seperti yang dicadangkan ataupun kalau berdasarkan tarikh adalah pada 6 September 2013. Tapi takpa la, benda kecik je. Sekurang-kurangnya pelanggan tak lupa kalau mereka hantar SMS ni kan.
Untuk kali pertama servis memang aku hantar dekat Pusat Servis Balakong ni walaupun dekat rumah aku ada yang lagi dekat. Sebabnya, Pusat Servis Balakong adalah merupakan Pusat Servis Perodua berbanding pusat servis lain yang merupakan pusat servis persendirian yang mendapat authorized daripada Perodua.
Syarikat kereta yang lain ada buat servis SMS macam Perdua ni tak? Korang rasa bagus tak kalau dapat SMS peringatan macam ni atau ianya hanya menyemak kotak masej korang sahaja?
ada bagus n ada makin serabut.. dapat mssge tu maknanya duit kena buatkeluar lagi..cuma kekdang aku fedup sket sbagai pengguna perodua.. harga kereta dah ok paling murah..cuma time servis kenapa lak harga servis nak sama ngan bayaran bulanan? or mungkin lebih? mau cekik kami ke?
Tapi aku servis free je bro. Hehe.. Tak keluar sesen pun.. ๐
Bagus la macam ni,hantar sms peringatan untuk servis kereta , senang dan tak terlupa
Kebanyakkan pusat servis semua dah buat macam tu. SMS dan email…. kalau Honda mereka buka satu akaun FB dan kita boleh bercating, bermesej dan sebagainya disitu dengan semua customer mereka. Pada saya baguslah pusat servis buat peringatan melalui SMS tu.
Lagi canggih rupanya pusat servis syarikat lain. Siap boleh interaksi pakai FB je.
bagus gula siap hantar sms. Proton takde plak hantar sms. haha..
Kena tukar kereta Produa la tu bro. Haha
Saya baru sahaja menghantar kereta untuk servis selepas Raya. ๐
Hehe. Nampaknya keluar duit raya untuk kereta pula ye bro.
rasanya ada 2 pengukuran untuk service
contohnya servis kedua septutnya pada 2 bulan berikutnya atau 5000 km (tengok mileage)..
biasanya saya tengok mileage lah..kalau ikut masa(tarikh) macam rugi pulak..hehe
Rasanya kalau masa tiga bulan kalau tak silap? ke mengikut model kereta? Hehe. Tapi sekarang diorang pandai dah bro. Ikut mana yang dulu. Mileage atau masa. Tak boleh lari dah.
tu diaaaa, milage x sampai sepuluh ribu pun lagi…keta raya ka?
Haha. Sebelum puasa lagi dah pakai ni bro.
macam bau kedailah… servis penting buat kereta tau tapi saya service kat kedai biasa2 je
Haha. Nak abis dah bau kedai tu. Servis dekat kedai biasa-biasa pun ok jugak. Sama je dan harga lagi murahkan. Hehe
servis jangan tak servis…keselamatan diutamakan
Hehe.. Kena set temujanji ni. Kalau tak memang beratur lama la.
Pusat service nissan pn buat service mcm nie jugak.. bg i ok la cara nie.. xdak la kita terlupa nk service kereta kita kan.. ๐
Untuk kaum wanita rasanya memang sangat ok dan diperlukan. Hehe
bagus strategi bisnes diorg ni, baru 2 kali servis? wah bau kedai lagi ni heheh
Haha. Takda la bau kedai sangat kak.. :p
Bagus jugak kalau ada sistem macam ni…
apepun, bab servis mmg penting sepenting kita renew lesen kita =)
Kalau sayangkan kesihatan enjin kereta, memang pentingpun hal servis ni kan bro.
Selalunya cuma syarikat insuran yg mengingatkan pelanggan utk membaharui insuran yg tlh tamat tempoh. Syarikat kereta pula tidak pernah beri peringatan utk servis kereta. Mereka cuma letakkan slip peringatan di cermin kereta, itu saja. Cuma kita sbg pemilik kereta kena rajin2 jeling2 cermin kereta dan ingatkan diri sendiri tarikh servis akan datang…
Yang dekat cermin tu memang selalu perhatikan bro JR. Hehe. Cuma cara melalui SMS ni baru pertama kali dapat. Bagus jugak rasanya. Kalau pemandu wanita tu rasanya jarang nak ambil tahu hal servis kereta ni kan.
Bagus betul perodua sekarang. Siap ada SMS supaya buat servis.
Itulah. Berdasarkan komen pun baru tahu banyak syarikat dah buat macam ni. Kira ok la ni kan.
kalau setakat satu mesej tak menyemak..bagus juga kalau kereta tu perlu servis.
Mengingatkan pelanggan dengan cara ni rasanya bagus jugakkan.
Bagus juga strategi Produa ni… Secara tidak langsung akan dapat mendekatkan lagi hubungan dengan pelanggan… ๐
Betul tu. Pelanggan terasa seperti diambil berat. Hehe
kiranya mmg bagus teknik ni…