• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Isu Boikot Barangan Israel

Isu Boikot Barangan Israel

By Hazmin Hamudin | 7 August 2014 | 33 Comments

Sekarang ni tengah hangat dengan isu boikot barangan Israel. Ramai yang marah dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestine di Gaza. Salah satu cara sokongan kita kepada perjuangan rakyat Gaza adalah dengan melakukan boikot barangan Israel.

Aku pun setuju juga kita melakukan kempen boikot ni memandangkan banyak syarikat-syarikat tersebut memberikan dana kepada Zionis. Tapi yang aku kurang gemar, dalam kita memboikot ni janganlah sampai menampakkan kebodohan diri kita sendiri.

Setiap tindakan yang kita buat tu biarlah bijaksana, jangan mencerminkan kita emosional dan tidak rasional, sebaliknya perlu profesional dan biar usaha boikot kita itu mencapai matlamat yang diinginkan. 

Ini tak. Aku tengok benda ni dah semakin panas apabila terdapat segelintir manusia yang terlalu emosi sehingga bertindak di luar batasan dalam melakukan boikot terhadap produk Yahudi ni. Sepatutnya dalam melakukan boikot ni, jangan sampai kita sampai melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Kalau dah memboikot sampai ke tahap mengganggu premis McDonald’s, membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai McDonald’s tu kira dah tahap melampau la bagi aku. Kawan, pekerja McDonald’s tu tak bersalah apa pun. Majoriti pekerja dekat situ pun rasanya orang Melayu Islam kita juga. Diorang pun kerja cari duit yang halal juga. Islam pun tak ajar buat perangai macam tu. Nak boikit, boikot je la. 

Janganlah pula sampai orang luar atau bangsa lain lihat Islam ni agama yang ekstrim dan ganas pula. Cara macamtu sah-sah dah melanggar peraturan hingga menyebabkan tindakan vandalisme. Kalau dalam tu ahli keluarga kita macam mana pulak rasa? 

Sepatutnya Islam tu lemah lembut, bukan ganas macam tu. Nak boikot cuma tak payah makan atau guna barangan Israel je cukup dah. Ni terlalu rajin sangat sampai nak pergi kumpul luar premis McDonald’s tu. Dah tu sampai buat kecoh lagi. Biar jela premis tu dekat situ. Tak payah nak pergi makan lagi cukup dah. Jangan tunjuk Islam ni agama yang ganas.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • nikkhazami 14 August 2014 at 8:41 PM

    kadang2 tengok orang melayu kemaruk boikot mcd. siap kutuk dgn emosi segala. Buat relax sudah, kalau dah tau keuntungan company tu salur ke zionis, stop dari beli. settle. aduhaii

    Reply
  • earnic 12 August 2014 at 6:40 PM

    Baru terjumpa info mengatakan McDonald’s USA menyumbang kepada Palestin melalui Islamic Relief USA sebagaimana mereka menyumbang kepada Israel melaui JUF. Saya agak ada sesuatu motif dari orang yg mula-mula gigih promosi boikot McDonald’s. Ada something behinds..

    Reply
  • anamizu 11 August 2014 at 12:01 AM

    hurmm tu lah. lain kali boikot guna akal.bukan guna emosi. MELAYU camtulah. suka melulu. pastu kemudian baru nak malu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 August 2014 at 9:14 AM

      Itulah. Bila dah buat baru nak fikirkan. Masa tu dah terlambat dah.

      Reply
  • BUNDA 9 August 2014 at 5:35 PM

    Sebab tu apa2 pun tindakan kita jangan ikut emosi atau just ikut2an orang saje… kene bijak dan berhemah…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 August 2014 at 9:12 AM

      Betul tu bunda. Kena bijak dan berhemah dalam buat sesuatu perkara tu.

      Reply
  • Zaza Abdul Latif 8 August 2014 at 3:47 PM

    haaa baru ok I pakai link tu.. hehehe terima kasih 😀

    Reply
  • Hafizul 8 August 2014 at 3:11 PM

    Yup..setuju bro..boikot biar bijak dan cerdik..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 August 2014 at 9:11 AM

      Senang cerita buat sesuatu perkara tu kena fikirkan. Jangan ikutkan perasaan tu.

      Reply
  • etuza 8 August 2014 at 2:44 PM

    alamak kira erlebih dah tu…kontrol jangan emo..harap ada pihak yag bagi kesedaran..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 August 2014 at 9:11 AM

      Memang berlebih dah kalau terlalu ikut emosi macam ni la jadinya kan.

      Reply
  • yui 8 August 2014 at 9:02 AM

    itula..tak sokong kalau perangai mcm tu.. biar nak boikot tu guna akal fkiran. ini smpai ada kes pecah cermin lah, pulaukan orang..

    mata letaknya akal kt sebagai seorang muslim. boikot boikot je tp jgn smpai melampau.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:33 AM

      Tu dah tahak ekstrim kan yui. Mengarut je boikot cara macam ni. Buat malu Islam je.

      Reply
  • Myra Jay 8 August 2014 at 8:58 AM

    Noikot ni bagus, tapi kalau sampai membahayakan orang lain tu yg tak bagus..

    Kesian pada pekerja jadi mangsa mereka yg ekstrem memboikot..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:32 AM

      Betul tu MJ. Cara tu dah salah dah tu. Tu bukan lagi boikot tu.

      Reply
  • Hairul Hissam 8 August 2014 at 2:05 AM

    Nie masalahnya.. niat boikot baik tapi cara tak ikut islam..
    kalau dah sampai baling2 tu, nie dah menjadi fitnah pada ajaran islam..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:32 AM

      Boikot apa sampai dah baling-baling tu kan bro. Tu dah jadi vandalism pulak dah.

      Reply
  • TehR 7 August 2014 at 10:39 PM

    tu la pasal
    kita tak akan berjaya buat apa pun
    bila kita tak cerdik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:29 AM

      Majoriti yang berhimpun tu pulak kaum malayu. Alahai, sedih apabila melayu sendiri kurang cerdikkan.

      Reply
  • Jari manis 7 August 2014 at 9:50 PM

    Org melayu mmg cepat sensitip dan kekadang bertindak secara x rasional

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:28 AM

      Kiranya orang melayu ni jenis hati tisu la ye. Hehe

      Reply
  • JR 7 August 2014 at 5:01 PM

    Ada pandangan yg menyatakan boikot Mc D ni satu agenda golongan tertentu yg nak menjahanamkan bisnes dan ekonomi Melayu kerana kata mereka kebanyakan premis Mc D kepunyaaan Melayu dan majoriti pekerja Mc D juga Melayu. Kata mereka ia sama dengan usaha nak boikot coklat Cadbury kerana kebetulan ia dimiliki syarikat Melayu…
    Apa pun saya dah lama boikot bukan saja Mc D, tapi juga restoran makanan segera lain yg tak sesuai dengan kesihatan orang-orang yang semakin berusia seperti saya, hehehehe….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:27 AM

      Itulah. Dengar jugak agenda macam ni. Kalau betul la, agak kesian jugaklah sebab yang jatuhkan bisnes orang melayu adalah melayu sendiri.

      Reply
  • ema 7 August 2014 at 4:07 PM

    terlampau ekstrim pula bab boikot mekdi ni.. boikot tak perlu makan sudahlah..tapi banyak-banyak produk Israel ni..kenapalah mekdi jer yang dicanang terlampau.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:24 AM

      Dengarnya mungkin ada agenda lain pilih McD ni kak. Adakah sebab kebanyakkan pemilik McD ni adalah Melayu?

      Reply
  • anif 7 August 2014 at 3:23 PM

    Berperangai buruk untuk tujuan kebaikan itu salah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:23 AM

      Betul tu bro. Matlamat tak menghalalkan cara la orang cakapkan.

      Reply
  • Ezad Skytech 7 August 2014 at 1:44 PM

    bila boikot terlalu ikutkan emosi macam tu la jadinya…yang pergi gegar McD tu buat apa…adehhh…tu la orang kita, menampakkan kebodohan diri sendiri….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:22 AM

      Boikot ni patutnya jangan pergi dan makan dekat McD tu. Ni pergi serang pulak. Dah lain pulak jadinya.

      Reply
  • suri 7 August 2014 at 1:00 PM

    kawan saya ada kerja saya dah lama keje sejak permis itu di buka .mana boleh salahkan mereka sebab dari hasil itulah dia besarkan anak 4 orang tanpa suami.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:22 AM

      Yela suri. Dalam tu pun ada juga orang malayu yang cari rezeki halal kan. Diorang ni tak salah apa pun.

      Reply
  • akubiomed 7 August 2014 at 12:33 PM

    Apa tindakan yang hendak dilakukan biarlah biadap. Kita sebagai muslim patut tunjuk contoh baik kepada yang bukan islam.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 August 2014 at 9:21 AM

      Itulah. Bila jadi macam ni, dah memalukan Islam pulak jadinya.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 2

By Hazmin Hamudin

Bas Ekspres Penuh DVD Lucah

By Hazmin Hamudin

Era FM Muncul Sebagai Stesen Radio Nombor Satu Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

Gangguan Makhluk Halus Punca Pelajar UPSI Terjun Bangunan

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF Dan Farih Hamshi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in