• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Buat Aku Panas Hati

Buat Aku Panas Hati

By Hazmin Hamudin | 18 August 2014 | 55 Comments

Kereta Kena Calar

Wah.. Tiba-tiba tajuk nak gempak. Bukan main lagi marahnya. Gila tak marah kalau kena naya macam ni. Ini kes hari Jumaat minggu lepas masa aku nak balik dari kerja. Aku turun pejabat lewat sikit daripada kebiasaan. Biasalah ada kerja dalam masa kecederaan yang nak kena siapkan. Ala, lewat 45 minit je pun.

Dah siap kerja semua aku turun ke basement tempat aku parkir kereta. Masa nak sampai dekat kereta aku tengok sesuatu yang menarik perhatian mata aku dekat tepi kereta tu kan. Elok je terletak dekat tepi pintu kereta tu saujana mata memandang. Memang buat aku panas hati betul.

Kereta Kena Calar

Bukan main cantik dia punya garis dari belakang sampai ke depan. Cantik dan kreatif betul dia punya corak. Ini memang boleh mendatangkan marah. Berpinar mata aku tengok benda tu. Sakit mata weh. Sah kereta aku kena calar. Sama ada disengajakan atau tidak, tu aku tak pasti.

Kereta Kena Calar

Lama jugak aku termenung tengok benda ni. Belek-belek apa yang patut sambik mencari ilham macam mana nak hilangkan kesan calar ni. Lepas tu baru aku perasan ni bukan bekas kena calar. Rupanya kereta aku ni kena conteng dengan marker warna silver. Ya, marker silver.

Siapa punya kerja la pergi conteng kereta aku macam ni. Dalam kepala malas nak tuduh orang sengaja conteng macam ni. Terus sedapkan hati ada budak-budak atau anak staf yang terlebih kreatif mengalahkan Leonardo da Vinci nak menghasilkan karya agong dekat kereta aku ni.

Takpa la, benda boleh settle bagi hilang. Terima kasihlah kepada pelukis terhebat ni sebab dah hasilkan karya menarik dekat kereta aku. Tak pasal-pasal kena keluar modal beli polish. Mungkin ada hikmah juga kot sebalik kejadian ni. Nak suruh aku polish satu kereta la tu bagi cantik. Haha.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Mak lagenda 26 August 2014 at 3:48 PM

    Mujur contengan je bro..klu betul2 calar??

    Bercalar ati dan emosi! Ha ha ha..

    Reply
  • suriaamanda 26 August 2014 at 3:24 PM

    aduii…ini mmg akan amukan ablasa ni….ni kerja budak kecik ke keja orang dewasa ni…

    Reply
  • hana hadi 22 August 2014 at 5:42 AM

    Haaa ni bleh ilang.selamat2. Antar kedai antar kedai.ngeee

    Reply
  • anies 21 August 2014 at 2:31 PM

    sik baik marker kalu calar mau melaung ni

    Reply
  • ahmadyani 20 August 2014 at 7:07 PM

    Kena keluarkan bajetlah….lapis kereta dengan gguard.

    Reply
  • yusri 20 August 2014 at 5:02 PM

    kete vios ke ni bro?
    mujurlah pelukis tu guna marker pen…kalau guna paku…menangis lah jawabnya…huhu

    Reply
  • Mrs.Secretary 20 August 2014 at 3:35 PM

    Ermmmm sabar2.. nasib baik la boleh tanggal kan..

    Reply
  • nurmisnan 20 August 2014 at 11:23 AM

    Huhuhu.. cilik kecik yg suka melukis dijalanan parkir kot.. sabaq no

    Reply
  • Toni 19 August 2014 at 9:04 PM

    Yang sabar mas, ini merupakan ujian kesabaran. Semoga kejadian ini jadi yang terakhir. Untuk dia yang tidak bertanggung jawab, semoga lekas berubah
    Salam dari Indonesia 🙂

    Reply
  • Hafizul 19 August 2014 at 5:04 PM

    Ya…corak tu memang ada seni..hahahahaha..sabar ye bro..

    Reply
  • Strider 19 August 2014 at 4:46 PM

    fuhh..nasib baik kesan contengan marker jer bro..mula2 baca aku ingatkan orang toreh pakai duit syiling..tapi like u said, lets take it positively walaupun hati memang panas..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • anif 19 August 2014 at 2:06 PM

    Nasib baik cuma contengan.. Itu pun sudah boleh buat hati mendidih..

    Reply
  • Dja@Sishaza 19 August 2014 at 1:37 PM

    Kawan sis pernah kena macam ni …siap
    ayat2 cinta yang bukan sampai tahap panas je,tapi dah boleh sampai meletup dah …sepanjang jalan orang tengok dan baca. Maunye tak panas hati huhu

    Reply
  • Denaihati 19 August 2014 at 11:57 AM

    nasib baiklah marker je, kalau calar, buat hati terbakarlah juga.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:02 PM

      Betul tu tuan. Kalau calar panjang macam ni memang menyakitkan hati juga jadinya.

      Reply
  • ewanthology 19 August 2014 at 11:45 AM

    vandalisme betul… bahaya klu ada yg jenis gatal tangan ni kat area ctu..esok2 takut terkena lagi… kena parking bawah cctv nampaknya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:02 PM

      Ada CCTV dekat parking ni bro. cuma silap parking belakang CCTV plak. Lepas ni kena tukar kawasan parking nampaknya.

      Reply
  • erique 19 August 2014 at 11:21 AM

    kasi corak skitla nampak putih mulusje kan 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:01 PM

      Kakah. Ni corak menyakitkan mata ni.

      Reply
  • Denaihati 19 August 2014 at 10:47 AM

    nasib baik conteng je, kalau calar boleh terbakar dibuatnya….

    Reply
  • Anim 19 August 2014 at 9:44 AM

    Laa..ingat kat sekolah je jadi lagu tu..
    Calar sana sini tak heran…
    Sabar jelah kan…jangan tuan punya badan kena guris, sudah..heee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:01 PM

      Hehe. Kalau kat sekolah lagi terukkan kak. Kalau tuan yang kena guris lagi terbakar tu kak.

      Reply
  • Faizal Fredley 19 August 2014 at 9:16 AM

    bukan setakat panas hati bro…yg ni dah tercalar sampai ke hati nih…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:00 PM

      Lain macam pulak tercalar sampai ke hati ye bro. Haha. Nasib la boleh hilang ni.

      Reply
  • Ammar 19 August 2014 at 8:46 AM

    Oooo kena conteng.. Ingatkan calar tadi. Conteng ok skit lah kalau nak dibandingkan dengan calar kan? Polish balik lah jawabnya.

    Reply
  • titan 18 August 2014 at 11:57 PM

    aku pun panas gak hati tengok nih..

    mana budak tu bro? gua kasi tendang dia punya ulu tekak.

    Reply
    • Earnic 19 August 2014 at 6:54 AM

      Seriau aku dengar komen titan… telan liur takut nih

      Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 12:59 PM

      Kalau aku tahu sape yang conteng ni memang aku ajak ko terus ni bro. Confirm.

      Reply
  • Ezad Skytech 18 August 2014 at 11:37 PM

    nampak macam calar…tapi mujurlah bukan…tapi kalau boleh dihilangkan guna polish, bagus la…geram bila ada tangan gatal macam ni….dia ingat kertas lukisan ke apa…huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 12:59 PM

      Siapa punya kerja la yang dengki sampai macam ni. Nasib la boleh hilang.

      Reply
  • ajumohit 18 August 2014 at 9:59 PM

    memang boleh menimbulkan amukan amarah ni, syukurlah ada penyelesaiannya, pasni rerajin polish okey

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 12:58 PM

      Memang geram jugak kak masa baru kena tu. Sabar jela. Hehe

      Reply
  • Zuan 18 August 2014 at 9:48 PM

    cis, walaupun marker, klu kena rasa nak marker balik muka orang yang buat tu.. huhuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 12:57 PM

      Haha. Rasa nak marker muka ye bro. Jangan kata muka, satu badan kasi marker terus.

      Reply
  • Arni harlina 18 August 2014 at 7:39 PM

    Huhu. Tp seb baik marker kan. Kalau btul calar mngis wooo

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 12:56 PM

      Haha. Nasib marker pen

      Reply
  • onlajer 18 August 2014 at 5:52 PM

    Tak dalam kan bro, kalau tak dalam polish sendiri jer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 6:42 PM

      Ok je ni. Sebab guna marker pen warna silver tu. Guna polish memang hilang la semua

      Reply
  • JR 18 August 2014 at 5:01 PM

    Minggu lepas kereta saya juga kena masa parking di supermarket. Nasib baik kereta bukan baru beli, masih boleh bersangka baik ia perbuatan budak2…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 6:41 PM

      Senasib la kita ni ye bro JR. Ni pun nasib la guna marker pen je. Hehe

      Reply
  • Hafiz Rahim 18 August 2014 at 3:20 PM

    Ada awek tak puas hati ngan lu bro sebab lu tak layan dia nak ngorat. hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 6:40 PM

      Kakahkah. Patut dia conteng no telefon dia untuk wa hubungi balik.

      Reply
  • Bahrain 18 August 2014 at 2:29 PM

    Ingatkan calar td rupanya contengan. Budak la tu main conteng kat kereta. Mungkin tak sengaja.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 6:32 PM

      Itulah bro. Tak nak tuduh siapa-siapa. Mungkin budak-budak tak sengaja terconteng dekat kereta ni. Nasib senang nak hilangkan.

      Reply
      • Earnic 19 August 2014 at 6:56 AM

        Kalau bukan budak, cuba cek dekat-dekat tu ada kedai polish kereta ke tak.. hehe entah…entah…strategi perniagaan je ni. eh menuduh pulak saya, sorry

        Reply
  • Hairul Azni 18 August 2014 at 1:16 PM

    Nasib baik dia conteng je..masalah boleh dibawa bincang lagi ni…tapi tak patut la buat macam tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 1:36 PM

      Itulah. Dari belakang sampai ke depan hasil seni dia. Memang tak patut betul.

      Reply
  • akubiomed 18 August 2014 at 1:13 PM

    Boleh dikurang kesan calar tersebut dengan mengunakan polish.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 1:35 PM

      Nasib la bukan calar, tapi contengan daripada marker pen. boleh dihilangkan dengan polish.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 18 August 2014 at 12:16 PM

    Vandalism kat dinding aku boleh lagi terima. Tapi kalau kat kereta ni, memang aku panas hati sikit.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 1:35 PM

      Mau tak panaskan bro. Punya jaga kereta sendiri, sekali kena conteng macam ni. Kalau tahu siapa yang buat memang kena debik dah kot. Haha

      Reply
  • yui 18 August 2014 at 10:54 AM

    tu dia..
    kretip bebenorrrr…
    Kalau dicalarkan truk lagi naaayyyaaaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 1:30 PM

      Kalau calar mau nangis dekat situ jugak. Haha. Tak memasal je kan.

      Reply
  • Anarm 18 August 2014 at 10:45 AM

    Semua yang berlaku mesti ada sebab2 tertentu.. Mungkin betul nak suruh polish satu kereta bagi cantik.. Haha.. Nasib baik kena conteng je, bukan calar.. Kalau calar lagi panas hati kot..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 August 2014 at 1:29 PM

      Kalau calar memang termenung terus dekat situ. Hehe. Nasib la kena conteng je. Boleh la dihilangkan lagi benda ni kan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Hazmin Dan Zulaikha ?

By Hazmin Hamudin

Hampir Seminggu Hilang

By Hazmin Hamudin

Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak

By Hazmin Hamudin

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in