Beberapa hari ni cuaca agak panas jugak. Sebagai penghilang dahaga dan penyujuk tekak, aku beli la coconut shake ni. Yang jadi pilihan adalah Coconut Shake Fadly yang terletak di Medan Selera Sri Serdang. Ni je coconut shake yang aku tahu berdekatan rumah aku. Takkan semata-mata nak pergi Melaka beli Coconut Shake Klebang, Melaka pulakkan. Itu kerja gila namanya.
Apa yang menarik dan membezakan Coconut Shake Fadly dengan coconut shake yang lain adalah aiskrim yang diletak di dalam air coconut shake tersebut. Keunikannya adalah pelanggan boleh memilih pelbagai perisa aiskrim seperti keladi, vanilla, strawberry dan jugak vanilla chocolate. Tempat lain aku tak tahu la boleh ke pilih-pilih aiskrim apa nak letak sebagai topping. Tapi aku tetap pilih aiskrim vanilla sebagai topping coconut shake ni. Bergantung kepada selera tekak masing-masing la kan.
Kalau tekak korang tu tak boleh nak terima coconut shake ni, terdapat juga pilihan air kelapa biasa dan air kelapa susu pelbagai saiz. Harga bergantung kepada saiz yang dipilih. Yang air kelapa susu tu aku belum pernah cuba lagi macam mana. Macam menarik pulak bunyinya.
Inilah rupa Coconut Shake Fadly. Bukan main lagi tiga scoop aiskrim vanilla ko. Yang aku beli ni saiz sedang, harga RM3.50. Mahal ke murah aku tak tahu la. Bagi aku ok la sebab aiskrim banyak, tinggi jugak cup dia. Janji aku rasa sedap je bila air coconut shake bersama aiskrim vanilla tu lalu tekak aku ni. Haha. Batuk ke apa belakang cerita. Janji puas.
hemmmm,,,,makanan memang tak pernah ada habisnya untuk dikreasikan
aduiiiii nampak segerrrr nya
Memang segerr tu kak minum waktu panas. Hehe
saya juga mahu loh sob dikasih Coconut Shakenya, pengen tahu juga rasanya, di indonesia kira2 ada nggak yah
Di Indonesia nggak ada? Mungkin boleh datang ke Malaysia rasa keenakan Coconut Shake. Hehe
macam mahal jer harganya, kalau dekat Batu Berendam ada gak coconut shake tapi harganya tak semahal yang ada ice cream, ada letak coklat rice lagi…..
Yang mahal tu yang besar. Rasa macam ok je dgn harga tu. Tapi takt tahu la kalau betul murah dekat Batu Berendam kan
menarik nih bro, kalau layan dgn aweks lagi best nih
Layan dengan awek tak best. Banyak keluar duit. Haha
macam sedap jer
bila boleh singgah rasa nih?,,, huhuh
Bila free bro Sop? Hehe
Jauh sampai ke Serdang berjalan.
Rumah saya dekat Serdang je bro. 3 minit dah sampai dekat kedai coconut shake ni 🙂
terasa dahaga sekali tengok entri ini hehe
Silah pergi minum bagi menghilangkan dahaga tu bro.
saya sampai sekarang x pernah lagi makan Coconut Shake ni, so x tau apa rasa dia
Dekat Penang ada bro. Tau lokasi tak? Hehe
adik gua suka benda ni. gua susah sikit. tak tahulah kenapa..
Lu suka cendol je. Benda-benda macam ni gua tau lu susah nak layan.
Wah… macam sedap je…
Wah..sedap nampak. minum masa hari panas memang kena la..
Itulah. Waktu malam kurang sikit la.
Sekali sekala dari Selangor balik Melaka sebab nak beli Coconus Shake takpa juga tu.
Macam tak berbaloi je semata-mata nak beli coconut shake tu bro. Hehe
Nampak sedap ni,hehe esok kena beli satu
betul tu.. esok kena singgah beli..
Haha. Beli jangan tak beli.
sedap betul kalau dapat minum time panas2 nih…
Memang sedap time cuaca panas tu. Rasa sedap je lalu dekat tekak.
Uikk…kelapa susu….sodap oooo…..try aaaaa
Sedap ke bro kelapa susu tu? Boleh try lepas ni.
terliur pulak malam-malam mcm ni melihat coconut shake tu.. alala…
Haha. Semua terliur dah ni.
Ok dah terliur…
Hehe. Kena cari lepas ni.
Haaaaaaaaa..berjangkit gak coconut shake kat u min?? Hihihi..kat tempat mak yg beso berharga rm 2.50 je. Tp mgkin cup dia rendah sket dr min ni punya kot..*Kot la
Haha. Berjangkit sikit la mak. Tengah cuaca panas ni sedap pekena. Ni boleh tahan jugak tinggi cup dia mak. Cuma angle camera tu je yang buat jadi rendah. Murah la tu tempat mak kalau RM2.50 untuk yang besar.
oh terasa lama pulak tak pekena coconut shake , sedap tuh…hoho
Boleh cari lepas ni bro. Cuaca panas sedap minum.
mmg menggiurkan..hehe
Hehe. Memang mengiurkan bro.
hamboih sedap nampaknya, klu dekat mmg dah pergi dah ni, nyummy
Hehe. Dekat area rumah akak mesti ada tu. Kena cari je.
dah lama tak minum coconut shake.. dulu kalau setiap minggu (pasar malam) mesti cari..
Tak tahu pulak dekat pasar malam pun ada. Tapi malam minum coconut shake kurang sedap sikit. Kena time cuaca panas.
alhamdulilallah dapat rasa juga tu, saya dapat rasa juga kt melaka. kalau tambah ice krem lagi tambah rm lah
Hehe. Dekat Melaka pun saya dah rasa jugak. Aiskrim tu memang lagi penting bagi lagi sedap.
Pernah rasa benda yang sangat2 sedap ni masa melawat Thailand dulu, tak tau pula di Malaysia pun ada….
Dekat Malaysia pun ada jugak bro JR. Yang famous dekat Klebang, Melaka. Tapi kebanyakkan tempat dah ada sekarang ni.
wow..kalau lalu serdang leh aa singgah nak pekena ni
Boleh je kak. Hehe. Kalau lalu bagitau je.
aku pernah makan tapi kat thailand hehe lepas nie nak rasa malaysia lagi hihi
Wah.. Dekat Thailand tak pernah rasa pulak. Sama ke tak agaknya kan.
pergghh 3 scoop tu.. berbaloi.. ada juga bro jual kat depan ni, selalu juga dapat free.. toping pelbagai aiskrim tu memang menarik.. kelapa susu tu agak pelik tapi menarik untuk di cuba..
Pergh. Siap dapat free lagi tu. Lagi terbaik bro.
Amboi! buat orang haus pulak tetiba…
Hehe. Itulah tujuannya Bunda.
favourite kak juga ni..tahniahle pada siapa yg memulakannya. kak rasa dari belah thailand kot ya sebab masa p krabi/phuket last year, memang tengah hot. mat salleh suka bebenor..
Ada komen cakap pernah rasa di Thailand jugak kak. Rasanya dari sana la kan asal usul dia,
sedap tu makan cuaca panas ni
Memang sedap minum masa cuaca panas sekarang ni.
macam sdap je tgk..haus plak tetiba ..
Memang sedap ni bro.
Perghhh.. 3 Scope ais Krim tu… Kalau anak-anak saya nampak Coconut Shake ni tentu akan menangis selagi tak dapat… 😉
Wah.. Siap menangis ye. Budak-budak sikit-sikit boleh la bagi bro. Nanti batuk.
kalu saiz besar tu berapa pula scoop nyer? 10? 😉
Haha. Sebekas rasanya. Dia bagi asing-asing.
pergh..lau perkena time tgh dahaga ni..mmg syok
Time dahaga air suam pun sodap.
ok sgt hrga cmtu awak..
3 scoop pak tu..
sedapnyaaa.
Itulah. Murah jugak tu. Kira oklah tu. Tak payah nak pergi klebang dah.
huih sedap ni…telan ailio nengok pepagi ni…
akak kalo balik kg memang pekena coconut shake kat pasar malam 1.50 jer…
tapi beli 2 cawan la kan…
Hehe. Memang puas hatikan kak minum coconut shake ni. Kalau panas2 lagi la layan.
wah..update pasal coconut shake ye….SA baru minum semalam konon nak elokkan sakit tekak..hari ni dah batuk..dah demam dah semput jugak…paan muka SA…
Cuaca panas minum pulak berais, memang ‘ubat’ sakit tekak tu SA. Hehe
eh? sri serdang? ingatkan td kat melaka.
first time rasa coconut shake kat Pasir Mas, Kelantan..
lepas tu mmg dah tak pernah rasa pun.. hehe
Jauh sangat nak pergi Melaka tu. Tak berbaloi. Hehe. Ni pun sedap dah. Tak berkenan ye coconut shake ni? 😀
RM3.50 besau macam tu, bagi aku boleh dikirakan murah jugaklah. Sebab ada air kelapa kan. Kalau icecream saje, taruk air sirap harga sampai RM3.50 tu dah macam melampau jugaklah.
Itulah.. Lagipun aiskrim sampai tiga scoop. Boleh la dengan harga yang macam tu.