• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Kekangan Masa

Kekangan Masa

By Hazmin Hamudin | 14 May 2013 | 30 Comments

Busy

Maaf, aku sedikit sibuk untuk beberapa hari ini sehinggakan tiada masa untuk berblog. Maksudnya tiada masa untuk berblog dalam tempoh yang lama. Setakat entri ringkas sahaja yang sempat aku buat. Tuntutan tugas perlu diutamakan terlebih dahulu.

Sejak kebelakangan ini pula cuaca agak panas. Balik kerja dengan menaiki pengangkutan awam memang agak memenatkan ditambah pula dengan terik matahari di petang hari. Memang puas bermandi peluh ketika pulang ke rumah. Akibatnya malam hari sudah kepenatan untuk mengadap blog.

Segala komen yang masuk memang aku tak sempat nak balas dan tiada masa untuk aku melakukan kunjungan ke blog rakan-rakan. Aku hargai segala komen yang korang semua tinggalkan. Aku hargai kunjungan korang ke blog picisan aku ni. InshaAllah aku akan cuba balas semua komen-komen dan berkunjung ke blog korang semua apabila sudah tidak sibuk nanti.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • anif 21 May 2013 at 9:19 AM

    Saya pula baru pulih… Tapi belum sepenuhnya.

    Reply
  • 4feet8 16 May 2013 at 9:54 PM

    awk naik tren apa? LRT? PUTRA? Komuter?
    saya dah serender naik komuter..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 9:59 PM

      Pergi kerja naik bas+PUTRA LRT. Balik kerja naik PUTRA/STAR+Komuter+Bas. Mencabar tak? Hehe

      Reply
      • 4feet8 16 May 2013 at 10:01 PM

        hoih..penatnya.. terus tertido kalau saya cmtuh..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 10:04 PM

          Memang penat. Pukul 6 pagi dah keluar rumah. Tidur dalam bas je la. InshaAllah tak lama lagi akan tinggalkan public transport tu. Hehe

          Reply
          • 4feet8 16 May 2013 at 10:07 PM

            tinggalkan public transport? kenapa? carpool?

            Reply
            • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 10:13 PM

              Nak beli ‘Lagi Best’. Tak boleh tahan. Balik kerja pukul 5, pukul 7 baru sampai rumah. Hehe. Penat.

              Reply
              • 4feet8 16 May 2013 at 10:17 PM

                haha.. lagi best pun klu tak jem. klu jem, kadar smpi rumah lebih kurang naik public transport.. hehe

  • blackrosehunter 16 May 2013 at 2:00 AM

    no hal bro..utamakan yang penting dulu..

    Reply
  • onlajer 15 May 2013 at 5:54 PM

    gua pun sibuk juga

    Reply
  • Irwan Alessa 15 May 2013 at 2:04 AM

    Sama la bro, terkadang memang sibuk.. Kekadang taime tak busy malas buka laptop hanya menggunakan smartphone.. Pun boleh menulis entry, dan membalas komen walaupun lambat bro..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2013 at 7:58 AM

      Sama la macam saya bro. Update entri pakai smarphone atau table. Tapi sekarang ni tak boleh pulak. tak tahu apa masalah.

      Reply
  • CutiMalaysia 15 May 2013 at 12:23 AM

    Kekangan masa memang cabaran utama semua pemilik blog. Stuju ngan entri ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2013 at 7:57 AM

      Betul tu. Tapi bukan masalah untuk full time blogger.

      Reply
  • papa mifz 15 May 2013 at 12:15 AM

    takpe buatlah mana yg lebih penting dulu yer…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2013 at 7:57 AM

      Itulah.. Kerja memang perlu diutamakan. Kalau tak menjawab la dengan bos. Hehe

      Reply
  • titan 14 May 2013 at 11:17 PM

    ya. gua pun sibuk sekarang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2013 at 7:57 AM

      Bro sibuk pun blog tetap kencang. Haha

      Reply
  • JR 14 May 2013 at 10:16 PM

    Biasanya sekarang saya cuma ada masa waktu mlm. Atau kdg2 published entri waktu siang yg ada dlm draf….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2013 at 7:56 AM

      Kebanyakan blogger part time ni memang free masa malam je kan bro JR.

      Reply
  • azura 14 May 2013 at 8:48 PM

    semua orang bekerja pun sama penat…jadinya blog tak berupdate juga…lagikan itu gaji tetap kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2013 at 7:55 AM

      A’ah.. Kalau ada kerja hakiki, memang perlu diutamakan dulu. Blog akan terabai la jawabnya.

      Reply
  • akubiomed 14 May 2013 at 1:38 PM

    Biasalah blogger pun ada hari pasang surutnya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 May 2013 at 6:32 PM

      Bila tengah banyak idea untuk buat entri, skali sibuk dengan hal lain memang tak best. Hehe

      Reply
  • LieyaLatif 14 May 2013 at 9:39 AM

    Keje hakiki didahulukan dik…baru berkat gaji kite…in sha Allah…

    Dik kate dah angkat kete….no plat beli lagi kan…manenye?…cepat tunjuk heheheheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 May 2013 at 6:32 PM

      Itulah kak. Selalu sangat hadap blog dekat ofis pun kurang baik jugak. Hehe

      Ala.. Kereta biasa-biasa je kak. dalam proses. Hehe

      Reply
  • suri 14 May 2013 at 8:34 AM

    sy bz ..bukan dg kerja2 rumah..nak jaga ank tambah pula kesihatan kurang baik hua…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 May 2013 at 6:31 PM

      Kalau isteri lagi berat jugak tanggungjawab. Kena utamakan hal rumah sebelum nak berblog.

      Reply
  • boni kacak 14 May 2013 at 8:15 AM

    tak apa bro.. dulukan dulu yang mana penting 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 May 2013 at 6:30 PM

      Itulah.. Kalau full time blogger memang dah hadap blog 24jam je.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tangan Kanak-Kanak Tersepit Pada Mesin Permainan

By Hazmin Hamudin

Gambar-Gambar Kelakar dan Lawak

By Hazmin Hamudin

Takziah Untuk Penjaga Gol JDT

By Hazmin Hamudin

Hazama Juara Akademi Fantasia 9 – Keputusan Konsert Akhir AF 9

By Hazmin Hamudin

Semakan Keputusan Muet Mac 2012 Secara Online Dan SMS

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in