Dah lama aku tak bukak akaun Nuffnang tu. Selalu bukak pun sebab nak tengok statistik blog. Oleh sebab sejak kebelakangan ni trafik blog merudum teruk, jadi malas la nak bukak akaun Nuffnang tu. Semalam tergerak hati nak bukak akaun Nuffnang.
Bila bukak terkejut pulak aku dekat bahagian Advertorials ada tertulis nombor satu. Selalu kosong je bahagian tu. Dengan pantasnya teruslah aku klik bahagian advertorials tersebut. Oh, rupanya aku dah dapat Sponsored Post daripada Nuffnang. Macam mimpi pulak. Haha.
Aik. Sejak bila pulak Nuffnang ni baik hati dengan aku pulak. Selalu sak bagi CPUV pun bukan main liat. Memang blog aku ni tak pernah nak dapat CPUV. Inikan pulak Sponsored Post. Ke semua orangpun dapat Sponsored Post yang ni? Hehe.
Ok la, berbalik kepada Sponsored Post tu. Memang aku takda pengalaman dan tak pandai langsung berkenaan hal ni. Ada otai Nuffnang yang sudi terangkan tak? Masalah aku ialah aku tahu dah lambat dan deadline pada 20 September 2013 ni. Sempat lagi tak kalau aku nak terima tawaran Sponsored Post tu? Lagi satu masalah aku ialah Sponsored Post tu untuk pelanggan CELCOM sahaja. Aku pulak pengguna MAXIS. Nampak gaya kenalah aku beli sim card CELCOM kalau nak terima tawaran Sponsored Post ni. Mana yang tahu tu bolehlah jawab persoalan aku tu ye.
Harap lepas ni Nuffnang sudi-sudilah bagi lagi Sponsored Post dekat aku lagi. Walaupun jumlah bayarannya tidaklah banyak, tapi duit jugak tu kan. Haha. Tulis blog dapat duit, siapa yang tak nakkan?
wah syoknya, boleh share macam mana nak dapat sama macam tu…kena register kat nuffnang ke?
huh rezeki tuan tahniah semakin semangat dibuatnya
tahniah bro….
Tahniah bro. Penantian yang berbaloi kan? Biarpun blog tak selalu dapat CPUV.
Itulah. cpuv memang tak pernah nak merasa. Skali dapat sponsored post lak.
terbaiklah bro, dapat tuh
Hehe. harap akan ada lagi la lepas ni.
tahniah bro! dah terima ‘pinangan’kan? silalah buat hantaran yer…hehe
Terima kasih bro. Haha.. Indah sungguh bermain kata.
wah tahniah yer
Terima kasih KA
waahh.. hebat tuuu.. tahniah tahniah… rezki jgn ditolak… hehehe
Tak tolak ni Nadot. Tarik masuk poket sendiri. Hehe
bukan senang nak dapat tu..jangan lepaskan peluang
berapa RM tuuu?hehe
Hehe. Memang susah nak dapat. Selama ni pun tak pernah lagi dapat cek dari Nuffnang. Berapa RM? Sikit je bro. Hehe. Tapi sebab RM, kita sebat jela.
Puteri lom pernah dapat sponsored post ni lagi. Belum lagi deadline tu…bolehlah buat cepat-cepat 🙂
Itulah. Dah boleh mula nak buat dah ni puteri.
untungnya…x salah tanya pada otai2..they willing to explain kot…SA pun x pernah dapat lagi…ntah bila la boleh merasa…
Nanti ada tu turn SA pulak. Benda macam ni kita tak boleh nak jangka. Hehe.
Rezeki yg tak didugalah ye..
Lebih kurang macam tu la kak. Tak sangka dapat.
Mana otai Nuffnang ehhh? kawe bertahun tak check akaun hoo. Tahu bukak akaun, copy code… terus lupa password 😀
Haha. Nuffnang dapat iklan free la mcam tu dekat blog bro.
orang dah bagi..ambil aje maa. haha..
kalau tak mahu kami ambil heee
Haha. Memang nak ambil pun ni. Bukan senang nak dapat.
wah! tahniah..deadline 20/9? masih sempat lagi tu. kalau reject SP ni entah bila NN nak bagi lagi, kan?
Minggu ni memang takda masa nak layan benda ni. Tu yang agak takut nak siapkan minggu depan. Harap sempat la.
tahniah
semua ni maknanya duit ni
buat yang terbaik
Terima kasih bro TehR. Hehe. Memang duit semua ni.
tahniah le dapat sponsored post
Terima kasih bro zool.
cuba buat draft dulu dan hantar , nanti dia akan balas dari semasa ke semasa,, terima je rezeki tu
Tq bro untuk nasihat tu. Hehe
Waa tahniah dik…try buat draf dulu apa yang dierang nak n hantar nanti dierang akan pembetulan..janji buat n hantar ikut aper yang pihak nuffnang nak..nanti dierang guide kiter…masyuk tu..
Terima kasih kak. Akak mesti dah biasa dapat sponsored post ni kan. cara cakap tu mcam dah biasa je. Hehe
Tahniah bro semoga semakin hebat
Terima kasih bro. InshaAllah. Nak jadi hebat kena usaha lebih lagi nampaknya.
Wah, memang bertuahnya dapat…akak sekali pun tak pernah dpt. Agaknya tuah review makan2 tu tak ? 🙂
Hehe.. Tuah makan-makan ye kak. Macam tu kena jadi food blogger pulak la. Boleh dapat banyak lagi.
tahniah bro ak tak penah dapat lagi huhu
Hehe. Rezeki kita tak nampak. Nanti mesti ada.
Tahniah…
Terima kasih bro. Bro mesti dah biasa dapat macam ni kan.
Ha.. dah dapat dah.. Tahniah.. Pe lagi buat le interview kat customer service hehe
Haha.. Interview Nuffnang ke?
Tanniah bro dapat sponsored post dari Nuffnang.
Terima kasih bro. Tak dapat ke bro?
aku pun tak siap lagi…
Good luck bro..
Dapat jugak ke? Boleh la ajar. Haha.
mula2 tahniah ye..sy nk bg pendapat mmg tak la..tak reti lgsung bab nuffnang ni.cpuv oun tak pernah dpt..bertaun berblog bpa sen je pun tak pernah cashout..haha
Terima kasih 🙂 . Ala.. Blog suka-suka je kan.
tahniah hh, bukan senang nak dpt ni, sempat lagi nak draft before due date tu, takpe invest sedikit nnti dpt payment masyukk ;$
Terima kasih kak. Tak pandai lagi nak buat SP ni. Minggu ni bz pulak tu. Nasib la.
NN ni pilih bulu.. hahaha ni lebat ke?? hoho
Haha. Tak lebat la bro. Biasa je. Takpe la sebagai permulaankan.
Nuffnang tak baik lg sejak setahun lepas
Haha. Baru lagi tu bro setahun. Kena sabar sikit lagi tu.
Bukan baru setahun.dah setahun tak dapat dari nuffnang
Cuba la prepaid celcom. Tengok web dia, kenal-kenal sikit produk dia tu. Tak semestinya kita guna perkhidmatan mereka.
Dah siap beli dah no Celcom ni. Cuma tak sempat nak explore je servis dia.
rebut peluang ini bro..jangan malu dan jangan segan
Bab duit siapa yang segankan. Hehe
Untunglah dapat bro, buat je mana tau dapat lagi..
Memang nak buat ni bro. Bukan senang nak dapat ni.
wah untungla dptkan..
hihih..
Ala.. yui mesti lagi banyakkan. Lagi untung tu.
Perghhh macam bermimpi lah pulak..haha
Haha. Memang macam bermimpi pun bro Hafizul. Tah macam mana boleh dapat tah.
Rezeki bro..lepas ni leh dapat lagi tu..haha
Harapnya dengan sponsored post yang pertama ni akan menyusul pulak dengan yang lain-lain.
Klik view, pastu accept. Usaha la cara camana pun. Mana tau, kalau hang reject kali ni, Nuffnang fikir hang tak minat dah dgn sponsored post. Rezeki Halal jgn ditolak
Aku pernah terlepas sekali… boleh je dapat kali kedua dan ketiga… rezeki…
Risau jugak pertama kali dah tolak. Jadi tak elok pulak dekat pandangan Nuffnang nanti. Accept je ni. Hehe.
Accept je, rezeki jgn ditolak.. he he..
Aku pun, hari tue, di tolak sebab tak tahu je…
2nd punya SP terus nuffnang call dulu, nak tanya accept ke tidak, pastu reply dalam dashboard nuffnang. he he
bestnya rezeki tu, bertuahnya..
**tulislah travelouge ke eropah tu, nak baca
Itulah. Rezeki dapat pulak kali ni. Cerita 10 hari dekat sana. sebenarnya dah tak berapa ingat sangat. Hehe
rembat jer..jgn tunggu2 hahaha..
Haha. Memang nak rembatpun ni. Pertama kali la katakan.
Tahniah. . Saya tak pernah dapat pun sponsor post ni. . Kira bertuah tu..
Terima kasih bro. Tak tahu macam mana boleh dapat ni. Kira rezeki jugak la ni.
wah!! dkna pon tak pernah dapat.. nak berbaik dengan nuffnang laa 😛
Hehe. Kena baik lagi ni. Baru boleh dapat agaknya.
aku lgsg tak pernah dapat sponsor post..untgla..
Nanti mesti dapat tu bro. Lambat dengan cepat je. Hehe. Ni pun tah2 sekali je dapat.