Piala Sultan Selangor 2013 (The Sultan of Selangor’s Cup) telah memasuki edisi ke-12. Perlawanan tersebut akan berlangsung pada hujung minggu ni. Tiket macam biasa pasti dah berada dalam simpanan aku. Tiket ni senang je aku dapat daripada member satu pejabat. Tahun lepas dapat jugak aku menyaksikan suasana sekitar Piala Sultan Selangor 2012.
Cuma persoalannya sama ada aku nak pergi atau tidak tengok perlawanan Piala Sultan Selangor 2013 ni. Semuanya gara-gara prestasi hambar pasukan Selangor sekarang ni. Di tambah pulak dengan masalah dalaman yang sudah pasti sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan Selangor yang terkenal dengan gelaran Gergasi Merah ni.
Memang puas hati sebenarnya kalau menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium berbanding hanya menonton di rumah. Dengan suasana riuh rendah jeritan penonton, pukulan gendang yang membingit dan chant daripada UltraSel, siapa yang tak seronokkan. Cuma yang tak seronoknya aku tak sanggup pasukan Selangor kena belasah dengan Singapura pada tahun ini kalau prestasi semasa diambil kira. Belum apa-apa aku dah kutukkan. Hahaha.
Aku harapa pada Piala Sultan Selangor edisi ke-12 ni, pilihan Selangor akan dapat mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu. Memang suatu tugas yang berat jugak tanpa jurulatih Irfan Bakti yang telah meletak jawatan. Pada tahun lalu, Selangor menamatkan kemarau empat tahun apabila menjulang Piala Sultan Selangor dengan menewaskan Pilihan Singapura, 3-1 manakala aksi veteran menyaksikan lawan menewaskan veteran Selangor, 2-1.
Kalau rajin nanti mungkin aku akan jejak jugak kaki ke Stadium Shah Alam. Kalau penyakit malas datang, aku pasti akan melabuhkan badan di kerusi di rumah sambil menyaksikan perlawanan di kaca tv sahaja.
Piala Sultan Selangor 2013
Tarikh | : | 28 September, 2013 |
Lokasi | : | Stadium Shah Alam, Selangor |
Masa | : | 8.00 malam (Veteran Singapura VS Veteran Selangor) |
9.00 malam (Pilihan Singapura VS Pilihan Selangor) |
uh banyak saya tak pernah beli tiket bola lagi..uh..
menang 3-2 kan malam tadi?? veteran pulak yang kalah.. huhu
Hehe..seronok lah dapat tengok kat stadium..hehe
pergi je tgok,kalah menang tu lain cerit..sokongan tu penting..en suami pantang klu kedah main mesti turun staadium,sanggup cuti kerja.Bila kalah balik bising2…:)
biasanya sebagai tuan rumah tampilnya sangat garang dan lebih greget tentunya, secara mainnya kan di kandang sendiri, sukses buat kompetisinya sob
jumpa sok!!
Adehhh.. kawe sibuk tengok hoki Piala Piala Sultan Johor … 😀
mana tau nanti selangor buat come back
Hehe. Harap macam tu la. Jangan buat malu sama Singapura ni. Semua piala dalam Malaysia dia nak kebas.
yang penting sokongan dari penyokong 🙂
Hehe. Itulah. Sokong dari rumahpun ok jugak rasanya. 😀
semoga dapat mempertahankan kejuaraan.. kita tak fanatik bola sangat..
Hehe. Kalau perempuan tak fanatik tu memang faham dah
Tengok kat rumah je la Hazmin heheh sebab dari gaya macam malas je nak pegi stadium tu heheheh.
Hehe. Tau2 je kan kak. Memang berat je rasa nak pergi.
tak leh nak g sana. jauh sangat bro.hehe
Hehe. Bro jauh sangat di seberang laut. Pasukan Sarawak boleh tahan jugak hebatnya musim ni.
aku pun suka tengok dekat stadium , lagi – lagi kalau free hehehe
Haha. Jom.. Aku ada tiket ni.
terbaiklah bro kaki bola eh huhu
Lelaki kalau tak tengok bola tu kira tak lengkap la bro. Haha
salam blogwalking, sepertinya pertandingan yang cukup seru, layak untuk dilihat 🙂
Memang dari dulu sejarahnya merupakan musuh utama di atas padang. Memang perlawanan yang menarik untuk ditonton.
wahhh kena pergi ini,, seronok,,thanks inform 🙂
Penyokong Selangor jugak ke bro? Pergi bro penuhkan stadium.
kena pegi kena pegi…jomm
Haha. Jom bro.
Memang seronok bro tengok bola kat stadium. Aku pun dah lama betul tak tengok Selangor beraksi kat stadium Shah Alam.
Jom la turun berjamaah bro. Hehe. Tengok balik perlawanan Selangor ni.
Waa bestnyer…pergi jerla dah ader tiket jan…bg sokongon kat dierang…hehe
Hehe. InshaAllah. Kalau takda apa mungkin akan pergi tengok nanti.
pergghhh.. best tu..
Memang best. Tapi kalau memang la. 😀
28 september? mudah-mudahan ada live la hendaknya..
Tak turun ke cikgu? Selangor lawan tu. Hehe
memang best tengok di stadium.. tapi kalau tak sempat tengok kat rumah aje. tapi tiket jagan lupa bagi kat orang yang nak pegi la yea..
Kalau tak pergi memang nak sedekah dekat orang yang nak pergi. Mungkin bagi dekat adik kot.
Dah lama tak menonton live match di stadium. Kalau masa Std Bkt Jalil masih dibenarkan guna,.. selalu jugak pergi tengok kalau takde keje..
Sama la bro. Jarang pergi ke stadium dah sekarang ni. Itu sebab fikir banyak kali nak pergi ke tak ni. Hehe
tengok kat TV molek juga tu..boleh menonton sambil berblogging..
Itulah sebaiknya kan bro. Hehe.
Nampaknya saya tengok kat TV saja dan tetap sokong Selangor…
Bro JR orang Selangor ke? Bukan orang Penang ke?
Kena bagi sokongan bro….
Hehe. Kalau JDT ni mesti penuh dah stadiumkan bro.
tak pernah lagi tengok bola kat stadium.
setakat nih memang x pernah pon rasa nak tengok bola kat stadium. lebih selesa tengok bola kat rumah sebab tak suka bersesak2. 😛
Hehe.Dekat rumah memang tak sesak. Tapi ‘feel’ dia tak sama macam dekat stadium. Memang sangat meriah.
wah~ ada bola? mesti Shah Alam ‘jem’ nanti…
Sudah semestinya. Jaga-jaga la orang Shah Alam dengan kesesakan yang berlaku nanti.
Memang untung klau dapat tengok LIVE, tp klau tiket free layankan jela walau prestasi hambar 😀
Haha. Betul tu MJ. Cuma sakit hati pulak kalau kalah. Dah la namapun Piala Sultan Selangor.
memang egeng perlawan ni..hu3..tapi kini selangor dh tak macam dulu
Itulah. Dah banyak sangat berubah dengan pasukan Selangor ni. Kalau dulu semua gerun kalau berjumpa dengan Selangor.
Setiap kali tengok cerita pasal perlawanan di stadium, saya mesti teringat kisah dulu². kawan saya dia suka tengok bola di stadium, saya selalu pesan kat dia, jangan langgar tiang ye?
Dia akan kata, tak langgar. tapi sejauh mana betul katanya tu, Dia aje yang tau.
Hehe. Kenapa pesan jangan langgar tiang? Dia selalu jalan langgar tiang ke?
Perlawanan biasa mula 8.30pm. Kena datang awal untuk parking dengan tempat semua. Saya pesan pada dia jangan langgar tiang. Jangan ‘langgar tiang’ tu maksudnya jangan sampai tertinggal Maghrib.
oh akak tak minat bola..hukhuk
Hehe. Perempuan susah nak jumpa yang minat bola ni kak. Kebanyakannya memang tak minat.
kenalah rajin bru tgk live kan..hihi
Hehe.Tak tahu la nak pergi ke tak ni yui. Hehe
dekat sangat dengan kawasan saya.. harap ada masa nt. thanks infonya
Kalau ada masa boleh pergi tu bro donny.
boleh makan nih… jgn jatuhkan maruah Selangor eh
Harapnya boleh la makan macam tahun lepas. Seronok tengok. Hehe. Kalau tak buat malu jela.
member aku pun ade ajak pergi tgk game nie…api aku tak sure lagi nak pegi ke tak..tapi betul cakap ko tu..prestasi selangor lepas piala super terus merundum..mcm ada yang kena ngan player..
Regards,
-Strider-
Kalau Selangor main best mesti ramai je nak pergi tengok ni. Tapi selalunya perlawanan macam ni memang penuh sebab masukpun percuma je.
memang seronok menyaksikan live di stadium, dulu-dulu saya pernah tengok live di stadium Merdeka masa KL lawan Selangor, tapi aksi penonton lelaki tu yang tak menahan….ganas sangat……
Lama dah tu aksi di Stadium Merdeka. Hehe. Tak tahu pulak dulu penonton ganas-ganaskan.
SA pernah tgok bola kat stadium sekali jer masa Arsenal lawan Malaysia dulu..hehehehe…x sanggup dah…sesak…
Hehe. Sesak-sesak tu baru best SA. Kalau stadium kosong tak meriah pulak nanti.
Inilah satu-satunya piala terakhir yang dapat dipertahankan oleh pasukan Selangor. Hmmmm..
Bola sepak Malaysia ni, walaupun mutunya menyakitkan hati tetapi jauh di sudut hati peminat, kita masih sayangkannya lagi. Cuma yang tak reti nak sayang bola sepak Malaysia ni adalah para lahanat-lahanat kat FAM nu.
Kalau kalah jugak tak tahu la nak cakapkan. Dah la piala Sultan sendiri. Hehe
Peminat memang sayangkan bola sepak negara. Orang atas yang hanya nampak keuntungan dan boleh buat duit yang dibenci oleh semua peminat.
Oh… kaki bola ye. Kakak rasa sejak dah kawin tak pernah jejak padang bola. Kalau tengok pun teman abang menonton tv adalah….
Dah ada tiket jgn tak pergi. Bagi org lain tiket tu – sayang
Hehe. Minat tu memang minat kakzakie. Tapi kerajinan tu dah kurang sekarang ni. Itulah, kalau tak dapat pergi mungkin bagi dekat orang lain tiket tu.
huhuhui aduhla… dana lg lah tak tau… akan kewujudkan piala nih… lg melampau
Haha. Macam mana ni. Dana orang mana? Kalau orang Selangor wajib tahu. :p
kalu x nk g, kasi la sy tiket tu hehehehehe
Nak pergi ke? Hehe