• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak

Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak

By Hazmin Hamudin | 22 October 2012 | 53 Comments

British American Ttobacco

Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak. British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan antara 20 sen hingga 60 sen ke atas produk tembakaunya mulai hari ini. Ia berikutan penentuan harga baru ditetapkan Kastam Diraja Malaysia pada Khamis lalu. Berita ini sudah pastinya membuatkan perokok tegar mengeluh dan sedikit gusar dengan peningkatan harga tersebut.

Pendapat aku memang aku sokong dengan kenaikan harga rokok ni walaupun kenaikannya mungkin kecil bagi sesetengah pihak. Apa yang untungnya korang menghisap rokok ni? Yang untung berlipat ganda sudah semestinya syarikat rokok dan perokok-perokok tegar jugak yang rugi. Tu belum lagi cakap dari segi kesihatan dan penyakit-penyakit yang sememangnya pakej lengkap yang dapat masa hisap rokok.

Rasanya naiklah macam mana pun harga rokok ni, kalau dah namapun perokok tegar memang takkan berhentilah diorang ni dari menghisap rokok. Ada sahaja cara untuk mendapatkan rokok dengan harga murah contohnya seperti rokok seludup. Nak dapat free pun boleh jugak, tapi kena ‘pau’ kawan-kawan la.

Kerajaan pun dah buat kempen supaya perokok-perokok tegar ni berhenti merokok, seperti kempen ‘Tak Nak!’. Tapi tak nampak pulak keberkesanannya kempen tersebut. Mungkin juga kempen tu dibuat secara nak tak nak juga. Rasanya cara yang paling berkesan adalah dengan menutup kilang-kilang rokok ni. Boleh ke?

Antara rokok yang tersenarai di bawah BAT Malaysia adalah Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges dan Peter Stuyvesant. Harga rokok terbaru rokok-rokok tersebut adalah seperti berikut:

Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak
Yang pastinya walau naik macam manapun harga rokok ni, perokok-perokok akan tetap meneruskan aktiviti menghisap rokok dan menyedut asap yang sedia maklum tidak mendatangkan faedah kepada perokok itu sendiri. Setakat naik 20 sen memang tak member kesan kepada mereka ni. Kalau bisingpun hanyalah sehari dua sahaja, lepas tu senyap la semula. Bayangkan berapa banyak mereka sudah berjimat kalau tidak merokok ni?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Nora 25 October 2012 at 3:25 AM

    tak bagi kesan kot pada perokok tegar… hm…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 3:44 PM

      Perokok tegar memang takda kesan rasanya. Setakat 20sen je kan.

      Reply
  • Sop 25 October 2012 at 2:24 AM

    hahaha… penuh la syiling pas ni 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 3:43 PM

      Hehe.. Lepas ni ramai la lelaki yang simpan duit syilingkan.

      Reply
  • Sueskopio76 24 October 2012 at 9:18 AM

    kannnnn…
    senang sikitt, tak payah ler nk beratkan poket simpan syiling.. ;D

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 October 2012 at 10:22 AM

      Lepas ni kalau ada yg dok kutip duit 20sen makanya perokok la tu. Hehe

      Reply
  • gamep01nt 24 October 2012 at 8:17 AM

    setuju bebenor le. naik lah sampai 20 pun mmg tetap akan hisap

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 October 2012 at 10:22 AM

      Kalau up sampai RM50 agak-agak ada yang beli lagi tak rokok ni?

      Reply
  • Perfume Malaysia 24 October 2012 at 2:54 AM

    Gudang garam berapa ?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 October 2012 at 10:21 AM

      Gudang garam takda dalam senarai. Haha

      Reply
  • beckhr00y 24 October 2012 at 12:50 AM

    20 sen tu rasanya tidak dipandang sangat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 October 2012 at 10:20 AM

      Tapi sekarang ni perokok akan lebih menghargai duit 20sen tu. Hehe

      Reply
  • Melastik Bintang 23 October 2012 at 11:25 AM

    20sen…kalau naik RM2 rasanya agak berat juga nak membeli….. tapi perokok-perokok tegar tetap membeli juga walaupun naik 20sen..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:52 AM

      Hehe.. Macam salah seorang perokok tegar je bunyinya bro?

      Reply
      • Melastik Bintang 23 October 2012 at 11:58 AM

        haha..tak lah….saya bukan perokok pun..tapi bercakap atas pengalaman rakan-rakan…

        Reply
        • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 12:49 PM

          Ingatkan seorang perokok tadi.. Hehe.. Bagus la tu kalau bro tak hisap rokokkan.

          Reply
  • hazman aka species1980 23 October 2012 at 10:14 AM

    Kenaikan harga rokok yang lebih tinggi perlu dilaksanakan bagi menampung jumlah subsidi yang dikurangkan terhadap gula….pada bajet tempohari

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:51 AM

      Macam tu ke? Bukan ke pengurangan subsidi memberi keuntungan kepada kerajaan kerana pengurangan subsidi bermakna rakyat yang perlu membayar lebih harga gula.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 23 October 2012 at 9:44 AM

    Mujur lelaki-lelaki yg terdekat dlm hidup akak semuanya tidak merokok.
    Hazmin nak tahu sampai ada ketika perokok yg merokok kalau duit yg digunakan sehingga jumlah mencecah mampu utk menunaikan Haji ia jadi berdosa kalau dia tak tunaikan haji lagi – kiralah kalau RM10/- sehari satu tahun dah rm3,650/- masuk 3 tahun dah lepas tambang utk menunaikan haji kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:50 AM

      Baguslah kan kalau orang terdekat dengan akak semua tak merokok. Saya baru tau info yang akak bagi pasal orang belanja duit untuk rokok ni dan juga menunaikan Haji. Terima kasih ye kak

      Reply
  • nur anis 23 October 2012 at 9:34 AM

    huhu..kalau dah perokok tegar, memang payah nak berhenti…tengok orang keliling saya, hujan-hujan pun sanggup keluar cari rokok..apatah lagi setakat naik 20 sen..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:48 AM

      Ni memang dah perokok tegar betul kalau hujan-hujan pun sanggup jugak keluar tu. Hehe.. memang tak boleh nak buat apa lah kan.

      Reply
  • Henrietta Jose 23 October 2012 at 8:28 AM

    Dh byk kali nek….tpi msih dia itu tdk mahu berhenti….

    Reply
  • yui 23 October 2012 at 8:16 AM

    kalau nama perokok tegar, naik cmne pon tak jejaskan mereka.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:47 AM

      Memang kena ada kesedaran dalam diri sendiri jugakkan 🙂

      Reply
  • boni kacak 23 October 2012 at 2:41 AM

    adeh.. ntah bilalah mampu nak berhenti rokok ni..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:46 AM

      Hehe.. Mesti boleh ni. Takkan nak kena tunggu harga rokok cecah RM20 pulakkan bro.

      Reply
  • Kaio 23 October 2012 at 1:15 AM

    tapi dari pengalaman aku sendiri memang pernah ada juga orang berhenti merokok sebab harga rokok naik. tapi percentage nak jumpa orang macam ini memang tipis lah. well, pucuk pangkalnya kepada para perokok, tepuk dada tanya selera. Nak ke tak nak. terpulang.

    rokok2. tak habis ceritanya kan? 🙂

    p/s: entri baru dah up. tp maybe bosan sikit kot. isu boring. hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:45 AM

      Memang bergantung kepada tuan punya badan. Kalau nak berhenti, kerajaan dah tunjuk jalan dengan rawatan sepatutnya. Kempen macam mana pun kalau diri sendiri tak nak berhenti, memang tak boleh jugakkan.

      Reply
  • tehr 23 October 2012 at 1:07 AM

    tutup kilang rokok dalam negara, ada pula yang seludup dari luar
    memang takkan berhenti, bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:43 AM

      Susah jugak tu kan. Tapi sekurang-kurangnya kurang dah rokok di pasaran dan tinggal hanyalah rokok seludup di mana pihak kastam perlulah memainkan peranan sepatutnya.

      Reply
    • padin 24 October 2012 at 12:10 AM

      harga rm20 pun beli lagi, ekekee

      Reply
      • Hazmin Hamudin 24 October 2012 at 10:19 AM

        Haha.. Mana boleh tahankan kalau dah hisap rokok tu.

        Reply
  • akubiomed 22 October 2012 at 10:44 PM

    Kenaikkan harga bakal menguntung pengilang tembakau. Dibimbangi rokok seludup yang tidak bercukai akan membanjiri pasaran gelap.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:42 AM

      Bahaya jugak kalau terjadi macam ni. Banyak pihak kena mainkan peranan sudahnya.

      Reply
  • Kazen 22 October 2012 at 10:21 PM

    setuju tu ape gunanye laa merokok tu 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 October 2012 at 11:41 AM

      Merokok ke? Hehe.. Orang merokok je boleh bagi jawapan kot.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 22 October 2012 at 9:32 PM

    xcukup ag tu 20sen jer..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 10:00 PM

      Itulah pasal. Sikit sangat setakat naik 20sen je.

      Reply
  • auc dot com 22 October 2012 at 6:42 PM

    patutnya naik sampai rm50 sekotak baru betul hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:59 PM

      Marah betul ni bro.. Hehe.. Mampus esok perokok buat tunjuk perasaan. Hehe

      Reply
  • Naziman 22 October 2012 at 6:37 PM

    Ala, naik 20 sen la, makin mahal. huhuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:58 PM

      Nasib naik 20sen, kalau naik RM1? hehe

      Reply
  • titan 22 October 2012 at 5:59 PM

    nak naikkan lagi pun takpee..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:57 PM

      Cukupkan sampai RM15 ke kan bro. Baru best.

      Reply
  • Noorikmal 22 October 2012 at 4:59 PM

    Assalam, betul tu… tak beri kesan pun dekat mereka nie kalau setakat naik 20 sen…. kalau ia pun naiklah lebih sikit… mungkin mereka nie takut rugi kalau naik banyak sangat sebab tak banyak yg beli rokok dorang tu… hehhehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:57 PM

      Kerajaan pun takut jugak rakyat membantah nak dekat-dekat pilihanraya ni. Hati perokok pun mesti diorang nak jaga jugak tu.

      Reply
  • zila sensei 22 October 2012 at 4:24 PM

    ahaha..dgn berbesar hatinye sy suka harga naik!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:56 PM

      Setuju.. Baru perokok fikir banyak kali nak beli rokok.

      Reply
  • sueskopio76 22 October 2012 at 1:49 PM

    Naper tak naik RM1 hengget jer teruihh… heehehh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:55 PM

      Baru senang nak kirakan. Cukupkan RM11 terus.

      Reply
  • hafizrahim 22 October 2012 at 10:52 AM

    aku bukan perokok..so, aku sokong harga naik..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 9:54 PM

      Sama la.. Kalau harga dinaikkan tinggi, barulah boleh kurangkan orang yang membeli.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Pertunangan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan

By Hazmin Hamudin

Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke?

By Hazmin Hamudin

Era FM Muncul Sebagai Stesen Radio Nombor Satu Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

Macam Mana Nak Hilang Telinga ?

By Hazmin Hamudin

Harimau Malaya Dibaham Singa

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in