Fakta Menarik Legoland Malaysia. Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya kini dalam peringkat percubaan tahap akhir sebelum dibuka sepenuhnya kepada umum pada 15 September nanti.
Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang taman tema ini.
- Sebuah taman tema yang dibina berdasarkan rangkaian permainan binaan Lego yang terkenal.
- Merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan pertama di benua Asia.
- Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia
- Dibangunkan oleh Themed Attractions and Resorts dan Iskandar Investment bernilai RM 720 juta
- Mempunyai 7 kawasan bertema iaitu The Beginning, Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City dan Lego Technic.
Pas masuk tahunan boleh didapati secara online melalui laman web mereka di www.legoland.com.my dengan potongan 30% iaitu RM245 untuk dewasa, RM 180 untuk kanak kanak bawah 11 tahun. Manakala harga tiket untuk satu hari ialah RM140 untuk dewasa, RM110 untuk kanak kanak dan warga emas.
Terdapat lebih 3,500 tempat letak kereta disediakan.
akan dimasukkan dalam senarai holiday tahun depan..tapi entrance fee agak mahal jgak kan..pusing satu hari baru berbaloi ni.
Takpa mahal pun.. Biar masuk daripada tak masuk langsung.
mesti ramai orang Singapura turun Johor nanti kan hohoho
Itu sudah semestinya kerana hanya bersebelahan sahaja dengan negara jiran tersebut.
boleh fight dengan universal studio singapore
Rasanya Universal Studio Singapore lagi besar. Tapi masing-masing ada tarikan yang tersendiri.
bagus nih, meningkatlah nama Malaysia nanti
Tapi sepatutnya harga tiket dikurangkan lagi untuk rakyat Malaysia.
Pas tahunan tu maksudnya bayar sekali then boleh masuk pada bila-bila masa sepanjang tempoh satu tahun ni ke?
Apa yang saya faham, pas tahunan tu untuk setahun dan boleh masuk bila-bila. Berbaloi kalau yang duduk dekat.
Jom kita serbu ramai2 legoland
Confirm penuh sesak masa pembukaan rasmi nanti.
Tempat yang menyeronokkan untuk membidik dengan kamera DSLR. 🙂
Tapi bila pokok-pokok dekat situ dah besar, lagi banyak tempat yang cantik untuk membidik dengan DSLR.
btul bro..sy pon fikir mcm tu jgak..huhu