• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Rais menang saman fitnah ke atas blogger

Rais menang saman fitnah ke atas blogger

By Hazmin Hamudin | 5 July 2011 | 4 Comments

KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam memenangi saman fitnah terhadap seorang penulis blog berhubung artikel memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof memutuskan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah memfitnah.

“Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah,” katanya.

Hakim Zabariah menetapkan hari ini untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. berserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata, seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya serta perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais, yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Selepas keputusan itu, Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

Rais berkata, beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.

Sumber : kosmo

Kerana mulut badan binasa. Itulah perumpamaan yang boleh diiberikan kepada semua
blogger di luar sana. Kalau kita tidak menyelidik sedalam-dalamnya tentang apa
yang kita tulis, mungkin akan mendatangkan masalah kepada kita kelak. Jadi,
menulislah dengan berlandaskan akal dan fakta yang betul.
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 5 July 2011 at 7:59 PM

    bahaya betul lah kan takut akk tu lah akk cakap dah puji2 tk pe tk de org nk saman hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 July 2011 at 8:51 PM

      hehe…bab puji-puji serah je lah kat akak ye? :p .jom saling puji memuji dalam blog…hehe..

      Reply
  • siti suriani 5 July 2011 at 1:34 PM

    macam2 hal la. rosakkan name blogger tul haha

    http://misssabrinaa.blogspot.com/2011/07/4-ciri-perempuan-yang-gagah.html

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 July 2011 at 2:05 PM

      sebab tu la nak tulis kena pastikan sumber dan fakta betul…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Lawak April Fool Daripada DiGi

By Hazmin Hamudin

Keputusan Final Badminton All England 2011

By Hazmin Hamudin

Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm

By Hazmin Hamudin

Gunung Berapi Lokon Di Sulawesi Indonesia Meletus

By Hazmin Hamudin

Anak Angelina Jolie dan Brat Pitt (Maddox) Suka Makan Cengkerik Goreng

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in