• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Hukum Menyambut Hari Ibu

Hukum Menyambut Hari Ibu

By Hazmin Hamudin | 11 May 2013 | 18 Comments

Hukum Menyambut Hari Ibu

Sempena kedatangan Mei ini, pasti ramai yang mengingati sambutan Hari Ibu. Sambutan Hari Ibu biasanya disambut pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun di beberapa buah negara termasuk Malaysia dan di negara-negara lain. Pada tahun ini Hari Ibu akan disambut pada 12 Mei 2013.

Hukum Menyambut Hari Ibu

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah Hari Ibu itu. Sambutan Hari Ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian

Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Hukum menyambut Hari Ibu ini telah dijelaskan oleh Laman Web Islam GRID. Islam amat memerintahkan supaya setiap anak berbuat baik kepada ibu dan ayahnya. Perkara ini dengan jelas dapat dilihat di dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu”.

(Surah Lukman, ayat 14)

Berdasarkan kepada ayat di atas, hukum menyambut hari ibu dan hari bapa bagi orang Islam adalah diharuskan dengan syarat ia disambut dengan menjaga segala tuntutan agama dan menjauhi segala larangan dan tegahannya.

Disamping itu juga, berbuat baik, menyayangi, mengasihi dan mengenang segala budi dan jasa mereka bukanlah hanya pada satu hari yang tertentu sahaja. Ia perlu disemai dan disuburkan sepanjang hayat. Tapi apa yang aku lihat sekarang ini. kita lebih cenderung untuk meraikan hari ibu ini pada hari tertentu sahaja.

Walau bagaimanapun, hukum sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa akan berubah menjadi haram dan dilarang apabila disertakan di dalamnya dengan aktiviti atau agenda yang menyalahi ajaran Islam seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, perkara-perkara maksiat dan juga berlakunya pembaziran yang dilarang keras di dalam Syariat ini.

Kesimpulannya, sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa boleh disambut oleh orang Islam sekiranya ia disambut semata-mata untuk mengenang segala jasa, budi dan pengorbanan yang telah mereka curahkan dan seterusnya dapat menambahkan lagi rasa sayang, cinta dan kasih kepada mereka.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Melastik Bintang 14 May 2013 at 5:03 PM

    setiap hari adalah hari ibu.. tidak perlu tunggu 12 mei…

    yang penting niat kita menyambutnya dan cara yang macam mana kita hendak sambut..

    Reply
  • blackrosehunter 14 May 2013 at 3:28 AM

    terima kasih bro berkongsi..islam grid memang sesuai untuk tempat merujuk permasalahan agama..

    Reply
  • shafazie 13 May 2013 at 10:48 AM

    tiap2 hari ,hari ibu hehe…

    Reply
  • boni kacak 13 May 2013 at 3:39 AM

    sebaiknya kita sambut hari2 kerana selepas mereka tiada, kita akan rasa tenang kerana telah menjaga mereka sepenuh kasih sayang..

    Reply
  • jeBateja 12 May 2013 at 5:45 PM

    Den serba salah nak meyambut nya……mcm2 pandangan den dpt dlm dunia maya ni….

    Reply
  • Khairul Zamri 12 May 2013 at 3:50 PM

    katakan kasih pada ibu sepanjang hayat kita 🙂

    Reply
  • hanafi abdullah 12 May 2013 at 10:23 AM

    saya sayang ibu saya…setiap hari

    Reply
  • kakiblog 12 May 2013 at 10:22 AM

    saya bersetuju dengan pandangan ini dan sebaiknya perkara ini mendapat perhatian pihak majlis fatwa kebangsaan.

    Reply
  • 9n0L4 12 May 2013 at 9:55 AM

    tiap mase kene hargai ibu. 🙂

    Reply
  • cik tom 11 May 2013 at 10:48 PM

    akhirnya dpt gak komen..hehe..

    skang kt kmpg lg..boleh raikan dgn ibu 🙂

    Reply
  • cik tom 11 May 2013 at 10:48 PM

    testing

    Reply
  • suri 11 May 2013 at 10:24 PM

    ibu ratu hatiku 🙂 jauh selalu teringat..klu dekat bermaja pula heee

    Reply
  • JR 11 May 2013 at 10:09 PM

    Kpd yg masih ada ibu dan ayah hargailah mereka ketika mereka masih bernafas dan menyedari kehadiran kita. Usahlah menangis di hadapan mereka ketika mereka tidak dpt merasai lagi hangatnya air mata kita…

    Reply
  • ejam 11 May 2013 at 9:07 PM

    saya sekarang menumpang kasih sayang ibu mertua dan ibu kepada anak saya jer sekarang, Allah lagi sayangkan ibu saya..

    rindu dan sayang arwah ibu saya..

    Reply
  • sharinginfoz 11 May 2013 at 8:44 PM

    seboleh-bolehnya tak perlu tunggu waktu kan…

    Reply
  • fiza saiza 11 May 2013 at 8:13 PM

    Selamat Hari ibu 🙂

    Reply
  • Datin Tyka 11 May 2013 at 7:14 PM

    hari-hari adalah hari ibu… sayang mak dengan bapak selalu

    Reply
  • auc 11 May 2013 at 5:41 PM

    hari2 sambut hari ibu 😉

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Karangan Budak Sekolah | Terima Kasih Datuk

By Hazmin Hamudin

Gambar Dan Video Kemalangan Maut Di Federal Highway

By Hazmin Hamudin

Kesan Contengan Di Kereta Dah Hilang

By Hazmin Hamudin

Habuk Je Yang Tinggal

By Hazmin Hamudin

Whitney Houston Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung Dan Dadah

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in