• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Fakta / Maksud R4BIA Dan Simbol Empat Jari

Maksud R4BIA Dan Simbol Empat Jari

By Hazmin Hamudin | 20 August 2013 | 21 Comments

R4BIA dan Simbol Empat Jari

R4BIA dan simbol empat jari mungkin menjadi suatu fenomena sekarang ni di media sosial. Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol empat jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬? Apakah maksud R4BIA dan simbol empat jari bewarna kuning tersebut?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Sedih dengan apa yang berlaku di Mesir sekarang ni. Banyak orang awam yang tidak bersalah terkorban. Semoga Allah melindungi saudara kita di Mesir. Mudah-mudahan ianya tidak akan berpanjangan dan kuasa pemerintahan akan kembali semula kepada rakyat.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Pokok Manggis Depan Rumah 21 August 2013 at 6:08 PM

    Inilah maksud simbol ini yea, sama-sama berdoa untuk keselamatan orang-orang Islam di mesir.

    Reply
  • Myra Jay 21 August 2013 at 11:27 AM

    sama2 kita berdoa untuk keamanaan rakyat Mesir di sana dan moga Allah memberi perlindungan pada mereka

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:09 PM

      Amin.. InshaAllah kan MJ. Harap semuanya selesai dengan baik.

      Reply
  • boni kacak 21 August 2013 at 3:23 AM

    sama-sama kita doakan saudara kita di Mesir, Syria dan Palestin.. mereka semuanya sedang ditindas sekarang.. dan doakan para mujahidin yang sedang berjuang mempertahankan Islam..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:09 PM

      InshaAllah bro. Harap semuanya selesai dengan cepat dan secara baik.

      Reply
  • JR 20 August 2013 at 7:24 PM

    Tugas tentera ialah melindungi negara dari serangan musuh. Tapi di Mesir tentera menggunakan senjata musuh (Israel) untuk membunuh rakyat, menggunakan pasukan penembak tepat bagi memastikan kematian penentang mereka.

    Yang paling seronok dalam hal ini ialah Israel, mereka tak perlu menggunakan senjata utk menentang Islam kerana tentera Mesir sendiri sudah melakukannya bagi pihak mereka.

    Terpegun dgn seruan ulamak tersohor dunia Yusuf Qardhawi kpd rakyat Mesir hari ini. Kata Qardhawi, rakyat Mesir tak perlu takut kpd diktator tentera. Katanya lagi rakyat Mesir tak perlu takut mati kerana bukan tentera tapi Allah yang menentukan tarikh kematian manusia…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:08 PM

      Sepatutnya mereka menggunakan saluran diplomasikan bro JR. Sekali negara dah jatuh memang ambil masa yang lama untuk pulih.

      Reply
  • Ismail N 20 August 2013 at 5:22 PM

    Kalau sekali bergolak, selamanya bergolak. Mudah-mudahan tak jadi sebegini di tempat kita.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:08 PM

      Harapnya Malaysia yang aman ni akan terus aman walaupun ada kes-kes besar yang berlaku sekarang ni.

      Reply
  • Aku Penghibur 20 August 2013 at 11:59 AM

    sedih betul apabila lihat sesama islam bermusuhan dan saling membunuh..Ya Allah selamatkan mereka di sana 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:07 PM

      Kita hanya mampu berdoa je kan. Harap semuanya selesai secara baik.

      Reply
  • papa mifz 20 August 2013 at 11:42 AM

    sedih apabila tengok islam sesama islam saling berbunuhan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:07 PM

      Itulah.. Yang bukan Islam hanya bertepuk tangan melihat apa yang berlaku.

      Reply
  • yui 20 August 2013 at 9:34 AM

    doakan yang terbaik buat mereka..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:06 PM

      Itulah.. Hanya mampu berdoa je kan.

      Reply
  • lieyalatif 20 August 2013 at 8:53 AM

    moga segala sengketa perang kehilangan nyawa cepat berakhir dgn kemenangan pada pihak yg sepatutnye….

    syukur malaysia tak seteruk di sane…..abis2pun perang cyber dgn perhimpunan haram jek….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:06 PM

      Malaysia perang secara halus kak. Hehe. Takda terang-terangan.

      Reply
  • blackrosehunter 20 August 2013 at 8:41 AM

    susah rasanya diorang ni nak berdamai..pape pun semoga kembali kepada sediakala..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:05 PM

      Itulah.. Macam makin rumit je keadaan dekat sana.

      Reply
  • 4feet8 20 August 2013 at 8:27 AM

    err.. OIC apa cerita ya..?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2013 at 3:05 PM

      OIC hanya menjawab “oh.. i see..” haha..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Macam Mana Nak Hilang Telinga ?

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H

By Hazmin Hamudin

Gerhana Matahari Cincin Berlaku Pada 20 Mei 2012

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Pekerja 2013

By Hazmin Hamudin

Awal Dan Scha Berbulan Madu Di New York

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in