• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Ibu Tergamak Jual Dara Anak

Ibu Tergamak Jual Dara Anak

By Hazmin Hamudin | 5 March 2012 | 14 Comments

Sedangkan binatang pun sayangkan anak, inikan pula manusia yang dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi dalam zaman sekarang, akal manusia seringkali buta untuk melakukan perkara kebaikan kerana begitu leka dengan perkara-perkara duniawi semata-mata.

Ibu Jual Dara Anak

Begitulah yang terjadi apabila seorang ibu yang sepatutnya membesarkan anak dengan didikan agama dan pendidikan yang secukupnya, tetapi memilih untuk memaksa anak gadisnya yang berumur 13 tahun untuk melacur. Ya… Kebanyakan remaja sebaya beliau semuanya sedang sibuk  mentelaah pelajaran untuk masa depan mereka tetapi beliau diajar oleh ibunya untuk mengenali dunia pelacuran. Perkara yang sangat-sangat menyedihkan.

Ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab menjaga anak di bawah jagaan mereka kerana mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sumber: MyMetro

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jobless Girl 5 March 2012 at 10:30 PM

    Ini penderaan lah, kejam betul ibu bapa ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2012 at 10:08 AM

      Memang sgt kejam lebih-lebih lagi dilakukan oleh ibu sendiri.

      Reply
  • Lawrence Vision 5 March 2012 at 8:27 PM

    Apa nak jadi ni,anak pun dijual..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 9:49 PM

      Dunia dah akhir zaman kot. Macam-macam perangai manusia yang keluar.

      Reply
  • bardboo 5 March 2012 at 6:54 PM

    geramnya baca ni!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 9:48 PM

      Memang boleh mendatangkan marahpun kan.

      Reply
  • segalabenda 5 March 2012 at 6:11 PM

    apa punya ibu macam tu. dah la die kene HIV, pastu nak anak die pun jadi sama.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 6:21 PM

      Memang tak layak digelar ibu manusia macam tu. Sanggup menjual anak sendiri.

      Reply
  • akubiomed 5 March 2012 at 4:08 PM

    Alasan kesempitan hidup hingga melacurkan anak. 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 4:54 PM

      Alasan kesempitan wang memang tak patut. Nak dengan tak nak bekerja sahaja kita ni sebenarnya. kalau dah malas tu bagi la kerja apa pun, memang takkan buat punya.

      Reply
  • suri 5 March 2012 at 11:48 AM

    mujur Tuhan itu maha kuasa dpt slmtkan ank dia..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 2:10 PM

      Tu la.. Tak sangka pulak 1st customer tu pegi hantar kat JKM kan…

      Reply
  • Somoon 5 March 2012 at 9:30 AM

    Perempuan ini tidak layak disebut ibu.
    Inilah yang berlaku jika sudah rabun wang
    dan tiada pengetahuan dan amalan agama.
    Saya follow sini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 2:07 PM

      betul tu… Sedangkan binatang pun sayangkan anaknya…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tiada Apa Yang Menarik

By Hazmin Hamudin

Keesamus

By Hazmin Hamudin

Whey Protein Dan Muscle Mania Club

By Hazmin Hamudin

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Salah Eja ?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in