• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Jerman Juara Piala Dunia 2014

Jerman Juara Piala Dunia 2014

By Hazmin Hamudin | 14 July 2014 | 13 Comments

Jerman Juara Piala Dunia 2014

Jerman Juara Piala Dunia 2014 setalah berjaya menewaskan Argentina 1-0 pada perlawanan final yang berlangsung di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Gol pemain gantian, Mario Goetze pada minit 113 masa tambahan telah membawa Jerman menjulang Piala Dunia 2014.

Aku pasti ramai yang bersengkang mata untuk menonton perlawanan final antara Jerman dan Argentina tersebut. Ramai yang berkumpul di kedai-kedai mamak yang menyediakan skrin besar untuk mononton perlawanan tersebut. Kalau setekat tengok dekat rumah mana nak meriahkan. Perdana Menteri kita pun tak nak kalah juga dengan menonton perlawanan final tersebut di Dataran Merdeka bersama ribuan peminat.

Di Malaysia, Piala Dunia secara tak langsung memberi kesan juga kepada rakyat di negara ini. Hari ni juga dijangka kebanyakkan pekerja-pekerja akan menjadi zombie. Surau-surau di pejabat juga kemungkinan menjadi sesak dari kebiasaannya akibat dipenuhi oleh zombie-zombie tersebut. Haha.

Apa-apa pun, Piala Dunia edisi 2014 telah melabuhkan tirainya hari ini dengan kemenangan bergaya pasukan Jerman. Kemenangan itu juga meletakkan Jerman melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di bumi Amerika Selatan dan mengulangi kemenangan ke atas Argentina pada 1990.

Bagi aku perlawanan tadi agak bosan dan tidak menarik seperti yang diharapkan. Ingatkan ada la jaringan besar yang dibuat oleh kedua-dua pasukan. Walaupun terdapat serangan bertali arus daripada kedua pasukan, namun masih lagi buntu untuk melakukan jaringan sehingga 90 minit perlawanan. Rupanya perlawanan terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Jerman yang berjaya menjulang Piala Dunia 2014 dan muncul juara sebanyak empat kali iaitu pada 1954, 1974, 1990 dan 2014.

 

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    17 July 2014 at 9:33 AM

    dia kalau juara tak boleh nak kata apa hee…tapi ini perlawanan akhir er saya dapat tengok dari mula sampai akhir heee..

    Reply
  2. Ismail N says

    15 July 2014 at 2:38 PM

    Yup, kawe pun jadi zombie 4 tahun sekali 😀 Tahniah Jerman…

    Reply
  3. zara says

    15 July 2014 at 12:08 AM

    Saya tak bersengkang mata tengok bola..tapi result dapat juga tahu..

    Reply
  4. Denaihati says

    14 July 2014 at 11:29 PM

    sesipa yang dah jadi zombie, malam ni boleh recover balik. tahniah buat German…hee

    Reply
  5. dhagi says

    14 July 2014 at 10:55 PM

    Bersengkang mata? Zombie? Ats sbb kerja aku perlu aku fokus.bola terpaksa di layan bersama tidur yg cukup.hahaha

    Reply
  6. Mohd Zakwan says

    14 July 2014 at 8:33 PM

    terbaik lah jerman.. tak sia-sia menyokong

    Reply
  7. ajumohit says

    14 July 2014 at 7:14 PM

    tahniahlah jerman, masa kemas meja lepas sahur baru tahu keputusannya 😉

    Reply
  8. titan says

    14 July 2014 at 5:50 PM

    dah agak dah sejak neymar cedera lagi. Memang german ada peluang besar nak jadi juara berbanding negara lain. hoho..

    Reply
  9. suriaamanda says

    14 July 2014 at 3:45 PM

    Tahniah buat pasukan German……tgok kejap masa sahur…

    Reply
  10. Nafira says

    14 July 2014 at 3:24 PM

    Tahniah buat pasukan german. Saya tengok masa sahur tadi jer. kebetulan buka pada masa tambahan dan masih 0-0.. jadiknye.. sempat lah tengok gol kemenangan German pagi tadi.. hehehe.

    Reply
  11. Anuar says

    14 July 2014 at 3:10 PM

    Tahniah pasukan Jerman kerana berjaya menjulang piala dunia 2014…

    Reply
  12. anies says

    14 July 2014 at 1:52 PM

    diakui hampir zombie tp germany punya psl…it’s ok

    Reply
  13. yui says

    14 July 2014 at 8:45 AM

    bru tau pg ni..huhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Pelan (blueprint) Aston Martin James Bond Untuk Di Lelong

By Hazmin Hamudin

Sedap Ke Makan Steamboat ?

By Hazmin Hamudin

Gambar Kad Kahwin Chef Riz dan Ana Dahlia

By Hazmin Hamudin

Seniman Negara 1955, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2019 · Genesis Framework · WordPress · Log in