• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Angkara Kekasih Panas Baran

Angkara Kekasih Panas Baran

By Hazmin Hamudin | 15 August 2012 | 4 Comments

Angkara kekasih panas baran

Memang dasyat betul kalau diikutkan sangat rasa panas baran tu. Suka-suka hati jantung dia je sampai simbah petrol nak bakar anak orang. Lepas ni siap la pintu kurungan besi terbuka luas menanti kedatangan. Tinggal nak masuk dalam je la. Kan tak pasal-pasal dah kena sambut raya dalam penjara.

Kedua-duanya pulak muda lagi dan yang perempuan masih lagi bersekolah, sepatutnya tumpukan dulu dekat belajar tu. Ni belum apa-apa dah bercinta beria sangat sampai ibu bapa pun benarkan anak yang masih di bawah umur tu keluar awal pagi dengan teman lelaki untuk besahur. Bila dah jadi macam ni siapa yang hendak dipersalahkan?

Lelaki pulak kalau panas baran sekali pun, perlulah pandai kawal baran tu. Jangan diikutkan sangat perasaan amarah yang tengah membuak-buak tu. Kalau tak ni la jadinya, abis semua nak dibakar, dipukul, dibantainya. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni. Harap dapat dijadikan iktibar kelak dengan apa yang terjadi ni.

Dari Hmetro Online melaporkan kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 17 August 2012 at 8:40 PM

    rasa mcm nk hentak jer mamat ni..huhu

    Reply
  • akubiomed 15 August 2012 at 7:13 PM

    Kejam perbuatan yang dilakukan. 🙁

    Reply
  • titan 15 August 2012 at 6:01 PM

    makin bangang juga orang kita zaman sekarang ni..

    Reply
  • yana 15 August 2012 at 10:17 AM

    Tula sekolah lg da pndai bcinta.. Ermmmmm…. Fmly lak bleh biarkn ank bcnta pastu kuar pagi2.. Da jd mcmnie sape yg ssh..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

10 Tanda Kita Dah Tua

By Hazmin Hamudin

Panduan / Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidil Fitri

By Hazmin Hamudin

Kuatkan Tulang Yang Dah Kendur Di Gym KBS Putrajaya

By Hazmin Hamudin

Siapa Yang Dapat Tengok Hujan Meteor Perseid?

By Hazmin Hamudin

Sarapan Pagi Ni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in