• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Yusry Reka Banglo Untuk Lisa Surihani

Yusry Reka Banglo Untuk Lisa Surihani

By Hazmin Hamudin | 25 May 2012 | 2 Comments

Yusry & Lisa

Yusry Reka Banglo Untuk Lisa Surihani. Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya Yusry.

Beruntung Lisa Surihani apabila suami sendiri yang mereka cipta rekaan untuk rumah banglo untuk isteri tersayang. Kalau dah ada duit yang banyak tu, nak buat apa pun bolehkan. Harap rumah tangga Yusry dan Lisa Surihani kekal sehingga akhir hayat mereka.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 25 May 2012 at 4:16 PM

    Ada duit semua jadi. 🙂

    Reply
  • Jebeng Otai™ 25 May 2012 at 8:58 AM

    kalo kaya apa2 pon boleh…huhu

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Mesti Tengah Risau

By Hazmin Hamudin

Tak Perasan Dapat CPUV

By Hazmin Hamudin

Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke?

By Hazmin Hamudin

Best Sangat Ke Filem Hantu Bonceng Ni ?

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in