• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

By Hazmin Hamudin | 4 November 2013 | 17 Comments

Orang Berdoa

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah. Kebiasaan bila tiba kemunculan tahun baharu dalam kalander Islam, kita akan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah. Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Manakala doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun Hijrah

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun Hijrah

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Berdoa hendaklah dilakukan di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baharu ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • AUC 6 November 2013 at 8:28 PM

    bergegas dari GH sempat baca dgn anak isteri… alhamdulillah…

    Reply
  • ayut 6 November 2013 at 4:17 PM

    Aritu dh smpan…lpas tu smpi msa xbwk kertas yer…..ap pon doa utk yg terbaik demi msa2x akn dtg…amin

    Reply
  • Khairul Zamri 5 November 2013 at 11:47 PM

    alhamdulillah tahun baru sudahh kita

    Reply
  • Rizkyzone.com 5 November 2013 at 7:05 PM

    semoga di tahun yang baru ini bisa menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya yah mas, khusnya dalam beribadah

    Reply
  • cik tom 5 November 2013 at 3:30 PM

    perkongsian yg bagus..gmbr doa pun jelas utk baca..

    Reply
  • wir 4 November 2013 at 5:26 PM

    in sya Allah…pukul 6.50 ptg ni blh la bermula…

    Reply
  • JR 4 November 2013 at 5:03 PM

    Terima kasih atas peringatan itu…

    Salam tahun baru. Semoga semua kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dari semalam….

    Reply
  • anies 4 November 2013 at 11:58 AM

    kdg2 bla nk maghrib asik terlupa nk baca..dah msk isyak br tingat 😉

    Reply
  • mie 4 November 2013 at 11:52 AM

    lama x amalkan…
    dulu zaman sekolah ada juga..
    thankz sebab berkongsi…

    Reply
  • t.a.t.a 4 November 2013 at 11:33 AM

    malam ni tukar buku baru.

    ingat lagi masa di asrama dulu. malam ni tukar buku baru, malam ni juga la memasing buat hal, ada assembly mengejut. dalam tu warden marah, “Haa tahu pun malam ni buka buku baru. tapi perangai masih sama. kotor la buku baru korang.”

    hahaha

    Reply
  • Juan 4 November 2013 at 10:39 AM

    selamat datang tahun baru didalam Islam, semoga hari ni lebih baik dari semalam

    Reply
  • blogger lelaki 4 November 2013 at 10:30 AM

    selamat tahun baru..hijrah kearah yg lebih baik

    Reply
  • Farid Adam 4 November 2013 at 9:41 AM

    Sama2lah kita beramal dengannya..

    P.s. Sedih tak boleh nak backing ke blog saya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2013 at 9:46 AM

      Amin…

      Kenapa tak boleh nak backlink ke blog tuan?

      Reply
      • Farid Adam 4 November 2013 at 9:55 AM

        Dapat error “an invalid mime type error”

        Reply
  • Anuar 4 November 2013 at 9:31 AM

    Terima kasih di atas perkongsian info… Selamat menyambut Tahun baru 1435 Hijrah…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2013 at 9:46 AM

      Selamat Tahun Baharu Hijrah juga bro.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Senarai Telefon Pintar 3G Yang Boleh Dibeli Dengan Rebat RM200

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Flash Atau Flush?

By Hazmin Hamudin

Yee Sang | Makan Besar Tahun Baru Cina

By Hazmin Hamudin

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013

By Hazmin Hamudin

Sinopsis dan Trailer Filem Ombak Rindu 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in