• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Luahan Rasa / Bagaimana Menyayangi Seseorang

Bagaimana Menyayangi Seseorang

By Hazmin Hamudin | 17 March 2011 | 16 Comments

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia ini ada pelbagai personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesunggguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demin cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamnya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin berakhir keesokan harinya., tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

p/s : “Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyu, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah…”



Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 17 March 2011 at 9:51 AM

    @SANDRA AZWAN
    yup…memang pun..

    Reply
  • SANDRA AZWAN 17 March 2011 at 9:50 AM

    tepat sekali!;-)

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 9:44 AM

    @SAYANG
    ada la..

    Reply
  • S A Y A N G 17 March 2011 at 9:41 AM

    sapa sayang awak?

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 9:38 AM

    @Qaseh dalia adelia
    Kalau la semua pasangan macam tu mesti best kan.. 🙂

    Reply
  • Qaseh dalia adelia 17 March 2011 at 9:31 AM

    yup semua kat atas tu mmg cara yg paling superb tuk sygi org

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 7:30 AM

    @SAYANG
    sayang ? hahaha…tau dah sape…

    @nora
    hehe..xpe..janji ada bagi buah fikiran dengan komen komen yang diberi..

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 7:30 AM

    @SAYANG
    sayang ? hahaha…tau dah sape…

    @nora
    hehe..xpe..janji ada bagi buah fikiran dengan komen komen yang diberi..

    Reply
  • nora 17 March 2011 at 6:37 AM

    love is cinta ^^
    (cemment x de motif :p)

    Reply
  • S A Y A N G 17 March 2011 at 6:28 AM

    kalau senyum pn x bole?? cmne?? (wahhh. saya suda pandai komen)

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 3:51 AM

    @:: Nursyahida Daud // Scha ::
    tq.. 🙂
    wah…siap umumkan follower yang keberapa lg..hehe…tp takda hadiah la..

    Reply
  • :: Nursyahida Daud // Scha :: 17 March 2011 at 3:46 AM

    i LIKE this entry…=)
    saya follower ke 212….

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 3:23 AM

    @❦ CuTe MuMmY FaRa ❦
    Bukan susah, tapi hampir mustahil nak dapat..hehe

    Reply
  • ❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ 17 March 2011 at 3:15 AM

    @Hazmin
    memang pun.. susah nak dapat cinta sejati..

    Reply
  • Hazmin 17 March 2011 at 3:05 AM

    @❦ CuTe MuMmY FaRa ❦
    tu la..penuh bermakna ayat-ayat tu kan..

    Reply
  • ❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ 17 March 2011 at 2:55 AM

    mm.. sangat suka dengan entry ini..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Samurai Beef Burger McDonald’s

By Hazmin Hamudin

Kereta Dah Kena Curi

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Apa Yang Anda Faham?

By Hazmin Hamudin

Senarai 49 Pertubuhan Kongsi Gelap Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

24 Protokol Yahudi (Zionis)

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in